Thursday, September 25, 2008

UMNO harus tewaskan rasuah, menang hati rakyat

UMNO dan BN harus menewaskan rasuah bagi memenangi hati rakyat. Terlalu banyak formula untuk menstabilkan politik tanah air. Mungkin gabungan PAS-UMNO-PKR. Tetapi nostalgia terbuangnya PAS dari Perikatan dan lahirnya PK (Kemudiannya PKR) setelah Penasihat PKR (Anwar Ibrahim) dipecat dari UMNO.

Ada yang mengatakan adalah lebih baik Anwar dalamUMNO buat Melayu dan seluruh bangsa lain berbanding Anwar dalam PKR buat Melayu dan bangsa lain. Ini kerana ada yang ragu dengan strategi Anwar buat mendaki puncak Putra Perdana.

Mungkin juga ada teori yang mahu Anwar masuk UMNO. Tetapi yang dapat masuk UMNO semula adalah Ezam, bekas Setiausaha Politiknya. Maka tidak sia-sia didikan Anwar pada anak didiknya, berjaya Ezam tatkala Tun Mahathir keluar UMNO. Teori yang berat mengatakan Ezam adalah Trojen Horse Anwar hanyalah mungkin berkisar dalam acuan Team Najib atau PKR sendiri. Ramai yang bertanya kepada saya soal kemasukan Ezam ke dalam UMNO.

Hari ini saya ingin menjelaskan bahawa kemasukan Ezam adalah keputusan peribadi beliau. Ada yang bertanya, apakah Ezam sudah terima ganjarannya? Ingin dijelaskan bahawa itu bukan dalam pengetahuan saya. Tumpuan kita adalah melawan rasuah, laungan ini juga mirip laungan Penasihat PKR sendiri. Saya percaya masa yang menentukan sejauh mana Ezam mampu melakukan reform dalamUMNO.

Namun saya percaya reform itu harus dimulai dengan tekad dan iltizam menewaskan rasuah dalam UMNO terlebih dahulu, kemudian kita bicara soal memenangi hati rakyat. Jika Ezam sudah lupa tentang perkara ini,maka saya orang pertama yang akan memperingatkan beliau. Ini masih jelas dalam pendirian saya berhubung perjuangan melawan rasuah dan proses memberikan kesedaran berkaitan bahaya rasuah ini. Perjuangan hari ini ialah perjuangan menyanjung amanah dan ketabahan dalam suasana politik yang semakin cemas dan rimas.

Sambungan......Bicara Pemilihan Pemuda UMNO, apa idealisme yang wajar digagas!

8 comments:

MA ZN Enterprise said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

Anonymous said...

pandangan saudara benar, tapi kena ingat UMNO dah tak boleh nak ubah dah. tinggal nak tenggelam sahaja

Anonymous said...

hati rakyat memang perlu utk dimenangi, tapi umno perlu dihancurkan, saudara perlu kekal pada prinsipanti rasuah, UMNO penuh rasuah.

Anonymous said...

macam mana nakjoin GERAK ni?adakah GERAK terbuka utk anak muda?

Anonymous said...

Gerak, minta tolong dedah rasuah KJ, MP Rembau

Anonymous said...

Nak lawan KJ kena orang Rembau, Saudara Nazree bila nak tanding Parlimen Rembau. Lawan sahaja Khairy yang korup tu!!!

Anonymous said...

Saudara nak bertanding Pemuda UMNO ker? Bila artikelPemilihan pemuda UMNo nak kuar?

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Tahniah sahabat, kenapa tidak berjuang bersama Pemuda PAS?bukankah saudara pejuang aktivis mahasiswa Islam di UM?

Semua orang banyak bercakap minta saudara bersama Pemuda PAS?