Thursday, August 6, 2009

KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA



5 OGOS 2009


Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi, GERAK Malaysia hari ini kesal dengan kenyataan Setiausaha Poliik Meneri Besar Selangor yang menuduh Gerak sebagai alat Barisan Nasional untuk menyerang Pakatan Rakyat.

Sewajarnya tuduhan beliau itu dibuktikan terlebih dahulu. Apakah dengan mendedahkan dakwaan kes-kes rasuah beserta dokumen dan bukti-bukti terbabit, maka Gerak terus dituduh secara melulu sebagai alat Barisan Nasional? Tuduhan wajar dibuktikan.

Sewajarnya kerajaan yang mendokong integriti dan anti rasuah wajib bersama-sama dengan GERAK Malaysia untuk membanteras rasuah dan menolak pemimpin yang korup. Gerak bersedia bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik bagi agenda integriti & anti korupsi.

Jika saranan beliau supaya Gerak Malaysia tidak melaporkan dakwaan rasuah secara melulu kerana MB Selangor telah pun mengarahkan supaya audit dalaman dilakukan terhadap peruntukan semua ADUN, maka apakah pula pandangan Nik Nazmi berkaitan berkaitan demonstrasi ISA jika Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan akan dilakukan kajian terhadap ISA?

Pandangan beliau wajar berimbang dan jangan hanya dikeluarkan untuk kepentingan politik.

Justeru, GERAK menyarankan untuk diadakan Debat Integriti Terbuka antara MB Selangor dan Pengerusi GERAK Malaysia dan Nik Nazmi selaku Setiausaha Politik MB boleh mengaturkan masa & tempat Debat Integriti tersebut.


GERAK Malaysia