Calon-calon Pemuda UMNO sudah memukul canang, kuda-kuda silat sudah dibuka, namun kita masih menunggu apakah asas teras utama moto, idealisme dan gagasan pemikiran yang mahu dilatakan.
Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.
Aenda yang perlu menjadi fokus Pemuda UMNO ialah agenda melawan rasuah, jikasekadar bicara soal idealisme yang tidak langsung berani membongkar rasuah, seakan ada kehilangan kekuatan dalam keutuhan perjuangan calon-calon Pemuda UMNO.
Mereka pemuda UMNO wajar memahami bahawa UMNO dan BN ditolak oleh rakyat atas asas yang mereka sendiri telah hilangkan kepercayaan ini daripada rakyat terhadap mereka, persoalan ini adalah perjuangan menentang rasuah, integriti & good governance.
Sekiranya langkah anak muda UMNO ini adalah langkah kosong tanpa berani untuk memberikan kemenangan kepada perjuangan melawan rasuah, pembentukan integriti dan good governance, maka anak muda UMNO ini tidak akan berupaya mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya.
Kita berbicara untuk kemaslahatan rakyat, maka mana-mana parti dan kepimpinan yang mahu memegang amanah kepimpinan, maka pengurusan politik mereka perlu telus, beramanah dan penuh tanggungjawab.
Perbicaraan ini juga menyentuh tentang rasuah dalamparti politik sama ada UMNO,PAS, PKR dan parti parti kerana kita sedar tidak ada pemisahan antara agama dan politik. Platform NGO juga perlu digerakkan segala usaha bagi memberikan kesedaran apatah lagi GERAK Malaysia sebagai NGO yang memberikan fokus terhadap rasuah.
No comments:
Post a Comment