Tuesday, March 25, 2008

Pemuda UMNO: Mengembalikan Keyakinan dalam Fenomena Baru & Generasi Baru


Melihat kepada suasana politik yang ada, kita dapat jangkakan memang akan ada arus perubahan rakyat dalam pola dan ‘trend’ pengundian dalam Pilihanraya yang ke-12 tempoh hari. Cuma yang perlu kita tegaskan bahawa pola pengundian yang begini akan kekal bagi 5 tahun akan datang dan tahun-tahun berikut yang berlaku pilihan raya jika UMNO yang ada pada hari ini kekal dengan sifat dan kedudukan lemahnya dalam memahami dan mendepani cabaran. UMNO perlu lebih berani mengetengahkan cadangan penyelesaikan yang mampu menguntungkan agama, bangsa dan negara. Jika memantapkan parti dengan mengekalkan kepimpinan sedia ada adalah yang terbaik buat rakyat, maka dialu-alukan pengekalan tersebut. Namun jika yang lebih pasti untuk membaiki UMNO dengan melakukan penolakan drastik terhadap kepimpinan tertentu,maka ini juga tindakan yang perlu tidak dapat tidak dilaksanakan oleh UMNO. UMNO pada hari ini lebih perlu melihat kepada suara rakyat yang mahukan perubahan ‘total’ dalam UMNO itu sendiri.

Kejelasan serta pengamatan daya politik yang lebih menyeluruh dan matang perlu dibina dan disegarkan semula dalam kepimpinan UMNO. Sudah pasti patform kepemudaan UMNO perlu kepada ‘re-enginering’ dengan memasukkan suntikan peranan ‘check & balance’ pemuda UMNO yang lebih berkesan. Hari ini Pemuda UMNO tidak ubah umpama pasukan sorak atau ‘pom-pom boy’ yang dilihat tidak mampu untuk mencetuskan minat dikalangan anak muda generasi muda untuk terlibat di dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda UMNO tidak lagi dapat bergeraka atas kapasiti lantang dan matang dalam memulihkan keyakinan dan sedikit sebanyak menentukan halatuju yang lebih dinamik buat UMNO.

Dinamika masyarakat Melayu yang pada hari ini sudah mula lebih banyak terdedah kepada pengamalan Islam secara hikmah sudah melihat kehilangan tokoh dalam UMNO yang mampu memberikan sedikit keyakinan atas asas yang mampu untuk menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Hari ini UMNO atau mana-mana parti yang bercita-cita mahu memimpin dalam kapasiti yang mampu untuk meraih sokongan rakyat adalah perlu dengan seberapa segera untuk membina barisan kepimpinan pelapis yang punyai jiwa dan halatuju perjuangan. Golongan anak muda intelek dari universiti adalah antara barisan generasi baru yang bakal untuk mengisi ruang kemasyarakatan yang ada dan mereka ini telah pun menterjemahkan undi mereka dalam PRU-12. Analisis corak pola pengundian mereka akan kita ketahui pada bulan September ini dan apakah mereka ini punca kegagalan BN untuk memerintah dengan majoriti 2/3 dan hilang 4 negeri baru. Sama-sama kita nantikan apakah yang akan berlaku di seluruh kampus tanah air setelah berlangsungnya pilihan raya kampus pada September nanti. Kita sudah dapat membaca ‘trend’ pengundian mahasiswa di kampus di saat-saat sebelum berlangsungnya pilihan raya umum adalah suatu bentuk ‘trend’ yang ada signifikannya.

Kuasa kepimpinan mahasiswa yang sudah bergelumang dengan politik kampus akan mempengaruhi anak-anak buah mereka bagi menjuruskan pemilihan kepimpinan kepada wadah politik yang mereka mampu untuk berikan keyakinan. Antara agenda penting mana-mana kepimpinan terutamanya sayap-sayap kepemudaan parti ialah perlu ada suatu bentuk inisiatif yang strategik dalam memperkasakan sayap kepemudaan masing-masing. Parti dan kepimpinan politik akan mampu untuk diperkasakan bagi mendepani cabaran dan seterusnya mengembalikan keyakinan apabila ruang dalam kepimpinan parti di buka dengan cara yang ikhlas dalam mendidik generasi baru.

Kita perlu sedar bahawa generasi pemuda yang berumur 15-20 tahun ketika laungan merdeka oleh Tunku Abdul Rahman adalah mereka yang telah berusia 65-70 tahun pada saat ini. Kebanyakkan mereka sudah tidak mempunyai upaya untuk mengundi mungkin barangkali sudah meninggal dunia ataupun tidak keluar mengundi. Pengundi agresif yang keluar mengundi adalah di kalangan mereka yang berusia 20an ke atas dan kebanyakkan mereka ini adalah yang lahir selepas daripada 1970. Golongan ini tidak merasa sentimen yang begitu kuat terhadap UMNO dalam isu perjuangan kemerdekaan, tetapi yang dilihat oleh golongan generasi baru ini ialah Krisis UMNO pada tahun 1987 sehingga membawa kepada pengharamannya dan juga Reformasi 1998 yang juga bermula dengan krisis kepimpinan dalaman UMNO antara Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim. Laungan slogan kerajan bersih, kerajaan beramanah, kerajaan adil dan kerajaan yang memberikan kebebasan bersuara dan berhimpun adalah antara slogan-slogan yang cucuk dengan jiwa generasi baru.

Keperluan kepimpinan yang memerintah adalah perlu dengan sedaya upaya untuk menunjukkan kebersihan kepimpinan, amanah, adil dan memberikan kebebasan yang tepat pada definisi masyarakat generasi baru yang ada. UMNO atau BN perlu mengembalikan keyakinan rakyat jika punyai cita-cata mahu mengembalikan sokongan rakyat terhadap mereka. Keyakinan rakyat generasi baru akan hadir dalam erti kata keperluan kemasyarakatan yang telah berubah pada hari ini dipenuhi. Kepentingan kualiti kepimpinan sudah mula diukur bukan pada tahap material dan kekuatan untuk melakukan pembangunan fizikal semata-mata.

Dalam komitmen mahu melakukan perubahan, UMNO perlu untuk membawa suara Pergerakan Pemuda mereka kembali bertaring seperti zaman tokoh-tokoh pemuda UMNO yang telah membawa perubahan yang meyakinkan rakyat terhadap halatuju perjuangan mereka. Adakah hari ini UMNO tidak cemburu kepada parti-parti lain yang sentiasa masih subur dan sedang giat untuk terus memperkasakan sayap pemuda sebagai antara platform yang boleh menunjukkan arah masa depan kepimpinan parti.

UMNO wajar merenung sejarahnya, UMNO telah mengembangkan pengaruhnya ke setiap pelosok kampung, mukim, daerah dan negeri dengan cara menubuhkan cawangan-cawangan baru. Setiap orang Melayu di harap menjadi anggota UMNO dan tenaga yang amat perlu diberi perhatian ialah golongan remaja dan anak-anak muda Melayu.

Merenung kata-kata Dato’ Onn Jaafar,” Tujuan utama penubuhan Pemuda ialah untuk menyediakan golongan muda hari ini dan masa akan datang dengan peluang-peluang yang terbuka luas bagi membolehkan mereka melengkapkan diri untuk memainkan peranan yang aktif dan sentiasa mengambil tahu terhadap hal ehwal yang berlaku di dalam negara dan juga luar negara”.

Atas kesedaran dan penuh keinsafan ini, Pemuda UMNO perlu bergerak melepasi sempadan sekadar hanya menjadi pasukan sorak dalam institusi parti itu. Pemuda UMNO perlu bangkit dengan jiwa dan semangat perjuangan yang tulen demi agama, bangsa dan negara. Rujukan zaman kepemudaan Tun Sardon Zubir, En. Senu Abdul Rahman, Dato’ Harun Idris, Haji Suhaimi dan Anwar Ibrahim adalah antara jangaka masa gemilang yang mampu untuk menarik minat golongan muda.

Dalam kesedaran ini, kita melihat bahawa gerakan ‘Revolusi Mental’ yang bertujuan untuk “memberi kesedaran kepada pemuda-pemuda khasnya dan anggota-anggota UMNO amnya akan peri mustahaknya perubahan fikiran yang cepat sesuai dengan perubahan-perubahan pembangunan yang telah sedia dilalukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Kita perlu akur bahawa keperluan masyarakat sudah berubah. Adalah harus terus menerus dan dengan cekap bagi UMNO untuk memastikan parti itu tetap segera untuk beradaptasi dengan perubahan-perubahan yang berlaku yang juga dalam lingkungan percaturan kepimpinan mereka. Jika hari ini ada parti lain yang lebih cepat untuk menyerap dalam perubahan, maka tidak menjadi salahnya jika parti itu yang diberikan mandat oleh rakyat dalam pilihan raya tempoh hari.

Jika menelusuri sejarah, pemilihan Dato’ Abdul Razak sebagai Ketua Perikatan Pemuda pada Ogos 1955 adalah kerana pertimbangan dua faktor. Faktor yang pertama ialah sikap feudal yang sedia ada pada orang Melayu pada ketika itu. Dato’ Abdul Razak adalah seorang aristokrat Melayu pada ketika itu dan mempunyai ciri-ciri kebangsawanan yang menepati ciatarasa feudal masyarakat Melayu. Faktor kedua ialah beliau merupakan seorang birokrat Melayu yang sudah pun mencapai kedudukan tinggi dalam pentadbiran. Namun kita menginsafi bahawa kedua-dua faktor ini bukanlah suatu faktor yang terus menerus akan relevan dalam struktur kepimpinan UMNO. Kegagalan pemecahan sistem kepimpinan feudal dengan hanya menjadikan UMNO parti kerabat eksklusif akan menyebabkan UMNO tidak lagi menjadi parti rakyat yang bertakhta dalam landskap politik tanah air.

Untuk itu, perubahan untuk mengembalikan keyakinan adalah amat wajar untuk dimulakan dalam sayap pemuda. Pemuda perlu diberi nafas baru, pemuda perlu diberi keyakinan baru dan pemuda perlu mencorak fenomena baru dengan membawa generasi baru. Buat parti lain yang mampu untuk menterjemahkan perkara ini, untungnya akan hadir dalam kantung politik masing-masing.

Pemuda perlu bertindak seumpama ‘kumpulan halia’ (ginger group) bagi membawa memberi imej bahawa Pemuda UMNO akan terus menjadi golongan pendesak tetapi teguran-teguran akan dikemukakan secara halus dan dapat diterima oleh pucuk pimpinan. Pemuda UMNO perlu menjelmakan imej antara konservervatif dan radikal. Kebijakan untuk berwasatiah dalam perjuangan serta pendekatan politik yang menguntungkan agama, bangsa dan negara akan membawa parti itu ke arah suatu kuasa kepimpinan yang mampu mencorakkan tamadun yang bermakna buat rakyat. Pemuda UMNO perlu memikirkan persoalan ‘Revolusi Minda’ dalam mengembalikan keyakinan generasi baru dalam fenomena baru politik tanah air.

Mohd Nazree Mohd Yunus
Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda
Institut Kajian Asas Kemasyarakatan

13 comments:

Anonymous said...

Aku setuju dengan gagasan 'revolusi minda' dalam pemuda UMNO.

Harap nazree boleh kembangkan idelisme tersebut

Hassan UKM

Anonymous said...

Dengar cerita nak nikah dah, bile?

tak letak ke dalam blog saudara?

Junior SMAPLABU

Anonymous said...

masih stuck di isu bangsa dan racial politic
i know u're a good debater/forum
but stuck in the party that has old mentality and full of money politics will only hinders your capability.
i know u can do better and farer than this.
even the liberals that live outside the country realize that by only islam we can liberalize the malays and even the malaysian to a new era. islam has a broad conotation and strong backbone for the political party.
i know and have seen the party that has the islamic connotation is very slow in progress because of lack of idea and konkongan of idea. but choosing the shortcut is not the best way.
hope u understand what i mean

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Terima kasih saudara acabeire

Ada masa boleh kita berbincang lanjut.

Menarik pandangan saudara

Faridzul Nasaruddin said...

Revolusi minda. Satu lontaran idea yang menarik daripada saudara.
Namun saya yakin prosesnya bukan mudah. Jika tiada iltizam, kemahuan dan semangat yang tinggi terutamanya dari kalangan pucuk pimpinan pemuda, agenda ini tidak akan berhasil.
Dan lebih menarik lagi sebenarnya andai gagasan "revolusi minda" ini dapat dihayati oleh semua gerakan pemuda di Malaysia; pembangkang, pemerintah mahupun badan bebas.

Berani Berfikir.
www.faridznasar.blogspot.com

Anonymous said...

Hari ini Pemuda UMNO tidak ubah umpama pasukan sorak atau ‘pom-pom boy’ yang dilihat tidak mampu untuk mencetuskan minat dikalangan anak muda generasi muda untuk terlibat di dalam Pergerakan Pemuda UMNO. Pergerakan Pemuda UMNO tidak lagi dapat bergeraka atas kapasiti lantang dan matang dalam memulihkan keyakinan dan sedikit sebanyak menentukan halatuju yang lebih dinamik buat UMNO.

saya rasa umno ada usaha menarik minta pumuda. contoh... mendekati mat-mat rempit... taja mat-mat rempit pi kutub utara.. ajak-ajak mat rempit bersuka ria... anjurkan konsert tarik org muda...itu adalah mekanisma mendekati org muda. cuma UMNO gagal mendekati pemuda yg celik minda dan terbuka intelektual.. yg lantang di universiti seperti lembu di cucuk hidung.. tak berkembang otak.

Anonymous said...

eh abu shifa ni macam penyokong UMNO totok je?

janganlah marah.

sape suruh UMNO tak pandai ambil mahasiswa atau pemimpin mahasiswa yang bagus-bagus. baguslah kalau nak jage mat rempit, tapi kalau ada mat rempit tak da orang nak jage mat rempit tu, UMNO takkan kemana dengan mat rempit tu..

saya rasa orang macam nazree ni elok benar le kamu didik dia sebagai pemimpin UMNO. ada le otak sikit.

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Terima kasih kepada saudara yang bersetuju dengan gagasan 'revolusi minda'.

Saya mencadangkan agar mana-mana teman-teman yang ada kesungguhan untuk kita sama-sama bmemincangkan gagasan idea 'revolusi minda'

Sebelum daripada itu saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih atas pandangan saudara sekalian.

Kita perlu aturkan masa untuk perbincangan tersebut.

Hari ini saya telah mendaftarkan Pertubuhan ARAH PENUJUAN BANGSA. Saya menjemput seluruh teman-teman untuk bersama dalam wadah kita ini.

Buat Saudara Faridzul, tahniah atas inisiatif menubuhkan GERAK Mahasiswa. Teruskan usaha & gerak kerja saudara.

Mungkin saudara boleh membina laman web sendiri bagi GERAK Mahasiswa. Saya nampak ada arah penujuan yang saudara cuba lakukan.

Anonymous said...

You people are so old school.

Your mindset are still stuck in Ketuanan Melayu. If Hairy J or Khir Toyol has their way on the hot seat, there is no helping Pemuda. UMNO is half past dead now, may God help you.

Anonymous said...

pity you mr nazree..you are wasting your capability and skills in umno. trust me, umno is a sinking ship nowadays!

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Thanks for your opinion.I really appreciate it

We must help the sinking ship. Reform thingking and thinker must in UMNO.

I think this'is not about stuck in Melayu mind set. This's about how we look at the history.

Justice is not equality.

I hope we can understand it.

In the other hand, Unity is not uniform. History can teach us about it. I think you know it.

Maybe we can make a forum to discus about it.

Can we meet sometime, I'll explain to you about this way.

Anyway, thanks for your respond

Anonymous said...

Ni tidak ada kena mengena dgn entri cuma nak ucap tahniah atas perkahwinan saudara...
maaf tak dapat hadirkan diri

baarakALLAHu la-kuma wa baaraka ‘alaikuma wa jam’a bainakuma fi khair.

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Terima kasih atas doa kalian.

Semoga pembinaan rumah tangga adalah langkah untuk terus menguatkan diri dalam terus beristiqamah dalam perjuangan