Thursday, February 11, 2010

Nazree Gerak letak jawatan, sedia sertai politik

SHAH ALAM , 24 Jan. : Mohd Nazree Mohd Yunus sah meletak jawatan sebagai Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi Malaysia (Gerak) berkuat kuasa serta-merta semalam untuk me- nyertai politik. Menurut kenyataan Sekretariat Gerak, keputusan itu dimaklumkan setelah perbincangan Nazree bersama Ahli Majlis Tertinggi Gerak. "Keputusan Nazree meletakkan jawatan adalah supaya Gerak terus kekal sebagai badan bebas, neutral dan non-partisan dalam usaha badan itu berjuang membudayakan integriti dan anti korupsi," kata kenyataan itu, semalam.
Bagaimanapun, Nazree didakwa tidak mahu mengumumkan parti mana yang menjadi pilihan beliau kerana menghormati Gerak dan parti politik yang bakal disertai serta menyerahkan kepada pimpinan parti yang akan disertainya membuat pengumuman. Beliau, juga mengucapkan terima kasih terhadap pelawaan Ketua Penerangan PAS, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya menyertai parti berkenaan, seperti dilaporkan Sinar Harian sebelum ini. Kenyataan itu juga memaklumkan, struktur Gerak kekal seperti biasa, melainkan jawatan Pengerusi Gerak yang kini kosong.
Sementara itu, Nazree ketika dihubungi menafikan dakwaan ditawarkan jawatan tertentu dalam parti politik. Menurutnya, dakwaan itu tidak benar sama sekali kerana penyertaannya itu dilakukan melalui istiqamah dengan memohon petunjuk daripada Allah. “Insya-Allah sidang media akan diadakan untuk mengumumkannya. Setakat ini, saya tidak akan memberi kenyataan berhubung hal ini,” katanya.SH

No comments: