Wednesday, December 10, 2008

Tukar Segera Kepimpinan PMIUM: Kepimpinan Kurang Efektif

Rentak semakin gusar. Halatuju pembinaan jaringan peringkat nasional harus menjadi landasan membentuk kematangan gerakan mahasiswa.
Ringkas yang mahu kita bicarakan, isu nasional berkaitan Pemecatan Rafiah Salim, bekas NC UM seolah-olah tidak ada pandangan kredibel pimpinan mahasiswa UM untuk menjawab situasi sama ada bersetuju ataupun tidak. Langkah lemah untuk mendepani masa ini tidak cocok dengan kedudukan UM sebagai penentu kompas dan speedy meter gerakan mahasiswa.

Mungkin wajar untuk kepimpinan PMIUM bertukar lebih awal. Nampaknya yang ada kurang efektif. Sepatutnya tindakan tidak terhenti dengan sekadar mencetus polemik dalam isu "demo khutbah". Jangan hanya dilihat PMIUM sekadar menggamit isu penyelewengan di APIUM, tetapi dengan diluaskan orbit ke peringkat UM seolah-olah makin tidak mampu digapai untuk memobilasi gerakan massa mahasiswa UM dalam menentukan apakah pendirian persepsi yang ingin ditentukan dan direncana.

Statement wajar dibuat untuk menentukan sikap mahasiswa terhadap isu "tamat kontrak Rafiah". Amat perlu untuk kenyataan pendirian kepimpinan mahasiswa itu berpencak dimainstream dan bukannya dipinggiran. Hatta untuk melihat pendirian pimpinan mahasiswa di massa alternatif pun tidak ada. Apakah media alternatif pun tidak mempunyai ruang buat pimpinan mahasiswa atau gerakan mahasiswa. Atau pimpinan tidak memanfaatkan ruang?
Pencak mahasiswa perlu digarap untuk menentukan sikap serta arah gerakan. Sudah pasti untuk proses peralihan kepimpinan PMIUM akan datang perlu kepada pemilihan kepimpinan yang mampu dan mempunyai kekuatan membaca massa dan menentukan pendirian. Kekuatan ini ditambah dengan kecekapan mengambil tindakan dan menggerakkan aksi massa untuk menjawab situasi yang wujud. Yang tiada buat ketika ini ialah aksi massa untuk isu-isu nasional yang langsung tidak kedengaran lantang dari domain PMIUM.
Jika merasakan kekuatan dan pengalaman tidak mencukupi, langkah kolibrasi adalah langkah wajar yang perlu diambil, kolibrasi boleh dibuat dengan jaringan gerakan lain termasukmedia, jangan sekadar meletakkan diri dalam situasi kelemahan untuk dijadikan alasan buat membisu tanpa tampil dengan mobilasi dan aksi massa yang kukuh buat melakukan reform atau islah. Isu sudah banyak terhidang, termasuk yang terbaru"isu rafiah" dan dirasakan lebih dekat dengan mahasiswa UM & PMIUM, jangan sekadar ahli Parlimen bekas PMIUM sahaja yang berhujah di Parlimen namun pendirian tegas mahasiswa tidak didukung dengan gerakan mahasiswanya.

9 comments:

Anonymous said...

tukar sahaja cepat, penulis ada cadangan ke apa dan siapanak jadi presiden pmium?

Anonymous said...

pendekatan macmana yang kita nak buat?jika al-akh ada cadangan boleh buat post baru.

Anonymous said...

terima kasih bagi pandangan akhi, nampaknya sayang al-akh nazree pada gerakan mahasiswa masih tebal, syabas & teruskan perjuangan

Anonymous said...

Salam..
akh nazree

apakah kayu ukur saudara terhadap kuat lemahnya pmium pada satu2 isu semata-mata?

Dan apalah sgt isu rafiah kepada mahasiswa?

Anonymous said...

betulla bukan pada satu-satu isu, saya nak tahu juga apa isu yang pmium dah bawa?

isu auku?mana statement?sampai parlimen dah pinda 61 seksyen,tak dengar pun isu, nasib akhi nazree remind, baru saya sedar, memang ada keperluan pmium bermuhasabah, jangan emosi sangat ahli pmium tegar, checklah apa yang telah anda buat juga dalam pmium,jangan main isu kampus sahaja, pmium bukan daie kampus,kamu juru bicara ummah, tapi jangan jadi sombong,terimalah pandangan orang lain. tahniah akhi nazree, teruskan perjuangn, saya yakin & nampak halatuju akhi.jemputlah bagi pandangan pada kami ahli pmi KK1 UM.jika lalu UM, singgahlah disini, boleh berjumpa adik beradik kk1

Anonymous said...

Salam kepada semua..jwpn kpd ahli PMI KK1..saya telah mewakili PMIUM & juga GAMIS utk isu AUKU..saya dan rakan-rakan Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU (GMMA) telah mengeluarkan kenyataan ttg pindaan AUKU..bahkan isu AUKU tlh dperjuangakan oleh GMMA sebelum pindaan ini berlaku. rujuk mahasiswakini.com & mansuhkanauku.wordpress.com (blog GMMA)

Anonymous said...

time auku bentang dan diluluskan 2 hari lepas di parlimen,mana pimpinan GMMA?balik kpg ka?ada cuti ker dalam gerakan?

cuti kakitangan awampunkena potong 5 hari, cuti pimpinan & aktivis mahasiswa tak potong ka?

Anonymous said...

Salam, kpd aktivis ISI UKM..kami GMMA tlh hadir ke parlimen sms perbhasan, kami bukan stkt mndgr bahkan tlh mmbuat sidang media bersama ahli parlimen yg myokong pndirian GMMA di lobi parlimen..kami tidak rehat cuma anda tidak menilai kerja & usaha org lain..

* teguran kpd yg ingin memberi komen, berilah komen atas nama sbnr, jgn burukkan nama org lain.kalau betul2 jujur & ikhlas utk perjuangan AUKU& isu2 smsa lain buat atas nama sbnr barulah bertanggungjwab spt penulis (Abg Nazree).

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam, gerakan mahasiswa harus digembleng oleh keseluruhan ahli. Tindakan wajar adalah suatu keputusan yang perlu diambil oleh para aktivis mahasiswa. sikap hanya membiarkan orang lain bersendirian dalam gerakkerja wajar diminimumkan.

Hasrat penterjemahan idealisme memerlukan iltizam dan permuafakatan yang kolektif, ruang bicara gerakan mahasiswa boleh melalui fasa dinamika jika ada usaha untuk memulakan kolibrasi untuk memacu reformasi & islah