Wednesday, December 3, 2008

Ketuanan Melayu: Biarkan disitu, Kita Bicara Soal Integriti & Anti Rasuah

Nukilan untuk menyatakan rasa bahawa Ketuanan Melayu tidak perlu dibahas, dipertahan atau ditolak. Biarkan disitu. Kerana ianya dulu disitu tidak ada apa yang mengancam. Sekadar satu premis yang tidakpun boleh ditafsirkan sebagai bersifat antara tuan dan hamba.
Isu penting jika ahli politik mahu bicara ialah persoalan membentuk budaya integriti (politik kejujuran&kebenaran) & usaha melawan rasuah. Polemik pendekatan perkauman harus ditinggalkan. Apa-apa premis yang dilihat bisa membangkitkan kekeliruan tidak perlu dibahaskan terlalu panjang.
Jika 'premis Ketuanan Melayu' menjadi suatu yang tabu untuk dibicara sama ada untuk dipertahan atau dilawan, maka lebih elok semuanya pemimpin bercakap soal yang boleh disepakati.
Jika berjaya dibudayakan integriti (politik kejujuran & kebenaran), sudah pasti tidak akan ada premis ataupun istilah-istilah yang akan dicipta lantas diinterpretasikan secara salah seumpama 'Ketuanan Melayu'. Apa sudah tidak ada isu lain yang lebih penting. Bahkan jika keadilan itu terserlah dalam kepimpinan, sebut sahaja apa jua ungkapan seumpama "Ketuanan Melayu kuasa Dua" pun tidak akan ada orang yang "heran"(ambil kisah).
Perjuangan Generasi muda hari ini ialah perjuangan melawan penjajahan rasuah dan penyelewengan. Kegagalan rakyat dan termasuk ahli-ahli parti (semua parti yang berdaftar)meletakkan "the best among us" menyebabkan pembinaan tamadun dan kredibiliti negara dan kepimpinan akan terus hanyut dalam jerlus metarialis.
Pemimpin akan lebih berkejar stabiliti metarial keterlaluan termasuk "keuntungan politik" semata tanpa dihidupkan perjuangan untuk merealisasikan idealisme berkepentingan rakyat dan bersifat Islah. Kerana itu premis yang harus kita bicara hari ini adalah bagaimana memasyarakatkan Integriti (politik kejujuran & kebenaran) secara vertikal & horizontel.
Generasi muda wajar dibentuk dengan acuan yang diluar daripada sistem pasir jerlus (sistem pembinaan pemimpin & pengurus) yang telah rosak pada hari ini. Pasir jerlus yang akan sentiasa mendekatkan pemimpin dengan korupsi ialah kuasa. Bicara soal korupsi tidak akan muncul tanpa kuasa. Kuasa Mutlak yang akan terlebih lagi membenarkan korupsi & penyelewengan. Yang perlu dipantau dan dibaiki oleh kita hari ini ialah bagaimana untuk melihat dimana berlakunya KEWUJUDAN KUASA MUTLAK.
Sambungan......Rasuah: Antara Demokrasi & Kuasa Mutlak.

5 comments:

Anonymous said...

bila nak tulis tntang rasuah & demokrasi

Anonymous said...

betultu sahabat, tak pyah nakkecoh-kecoh tntang ketuanan Melayu

Muhamad Affandi Abd Malik said...

saya setuju dengan pendapat penulis.Perkara yang jelas dan yang disepakati harus diutamakan oleh pemimpin.

Anonymous said...

pandangan penulis tentang mahasiswa sekarang bagaimana?jika ikut biodata, penulis adalah mantan presiden pmium.tak dengarpun suara pmium sekarang?penulis tinggalkan pelapis yang mandul, dulu dengan naik storm di jalan raya, sekarang mana garangnya gerakan pmium dengan storm.nampak lembut sahaja pmium. takda laungan haibar-haibar aspirasi lagipun seperti zaman saudara nazree? minta komen penulis

Anonymous said...

tak payh kecoh-kecoh pasal ketuanan melayu, baik bincang tentang kepimpinan jujur & amanah macam yang dah dipandangankan ni.pemimpin perlu jujur dan amanah, lahirkanlah generasi muda yang ada keikhlasan utk memimpin