Thursday, November 13, 2008

GAMIS dan Pro-M perlu perjelas isu Pengkid: Antara Dakwah & Politik

GAMIS atau Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia harus untuk lebih terkehadapan dalam isu pengharaman pengkid. 23 Oktober Jawatankuasa Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan telah memutuskan bahawa perbuatan perempuan membuat penampilan seperti lelaki adalah haram. Fatwa ini jelas, maka GAMIS perlu kehadapan dalam konteks Gerakan Mahasiswa kerana badan ini lebih dekat dengan Food-Not-Bombs yang telah mengadakan demontrasi bersama Katagender.
GAMIS wajar menjadi inisiator untuk memulakan apa yang saya istilahkan sebagai "round table discussion" untuk menjelaskan secara hikmah kepada Food-Not-Bombs dan juga sekutu-sekutunya yang mungkin kurang jelas.
Ditambah lagi jika yang menjadi majoriti pendukung dan ahli Food-Not-Bombs adalah anak muda Melayu yang beragama Islam. Lebih tanggungjawab GAMIS dalam soal ini kerana jika tidak berlaku sebarang perubahan dalam rakan seangkatan SMM sejak 3 tahun lalu jelas sekali Food-Not-Bombs antara rakan pendukung bersama agenda Free & Fair For Election Campus. Ini rakan-rakan kita yang seangkatan ketika demontarsi isu mahasiswa. Mereka ini jugalah yang seringkali membantu apabila tiba "job" pencetakan t-shirts aksi mahasiswa.
Kita merasakan GAMIS lebih berupaya untuk menunjukkan jalan pulang buat Food-Not-Bombs terutamanya majoriti yang beragama Islam walaupun ada yang mengambil pendekatan untuk tidak beramal dengan agama.
Kita masih menantikan apakah tindakan GAMIS dalam konflik yang timbul ini. Tindakan perlu konkrit dengan badan yang dinaungi (GAMIS sebagai Gerakan Mahasiswa Islam), bukan sekadar warga GAMIS menyatakan amarah mereka terhadap Food-Not-Bombs diblog-blog masing-masing. Berjuang dengan platform/jamaah lebih bermanfaat dan efektif daripada sekadar mengambil penterjemahan iman dengan menulis sedangkan kalian pimpinan dan warga GAMIS punyai platform dan ahli yang sepatutnya lebih bijak mengambil ruang untuk bicara secara hikmah melalui meja penjelasan terhadap mereka yang tidak menerima fatwa bahawa Pengkid itu haram. Apatah lagi Food-Not-Bombs(FNB) itu rakan seangkatan dalam siri-siri diskusi SMM dan demontrasinya. Maka FNB adalah mad'u yang paling hampir buat GAMIS dan rakan-rakan mahasiswa Islam. Jika GAMIS tidak mahu menjadi inisiator perbincangan & penjelasan, pimpinan mahasiswa Islam di kampus dengan wadah WUFI, PMI atau ISIUKM boleh mengambil peranan setelah GAMIS diperingkat Nasional tidak memberikan respond yang tegas dalam soal ini.
Jika Food-Not-Bombs mulai dengan demontrasi, tetapi mungkin GAMIS tidak perlu mulakan dengan langkah sumbang demontrasi dijalanan,tetapi mulakan dengan langkah kredibiliti penjelasan dimeja diskusi melalui penjelasan dengan ketegasan dan hujah berasaskan Quran & Sunnah. Langkah ini lebih memberikan keadilan buat reputasi GAMIS (sebagai Gerakan Mahasiswa Islam) yang kian tenggelam jika dibandingkan dengan SMM(SMM juga makin tenggelam dengan PMN, Pro-Mahasiswa Nasional) atau Pro-Mahasiswa juga boleh menyatakan pendirian mereka berkaitan perkara ini.
Siri lanjut.....Kemana Arah Tuju Pro-M & SMM

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum. .

Hehe..lawak jgk ye ustazah.. Orang yang kuat-kuat..masuk UMNO..lebih baik lemah-lemah. .tak masuk UMNO..atau sakit-sakit. ..tak muncul-muncul. .atau diam-diam..tak datang-datang. .atau gugur-gugur. .tak jatuh-jatuh. .atau bengkang-bengkok. .tak lurus-lurus. .dari yang kuat-kuat..masuk UMNO..menjadi pencacai UMNO..bak kata p-Ramlee dalam cerita 3 Abdul " yang tua ni, pencacai angkat najis UMNO, ayahanda jangan marah nanti kena jual!!"..??? ada faham? saya pon tak faham...

Apa da..banyak sangat la atau!! Ni bahasa sang pujangga..tak faham pon kena buat faham..

haha..ada jugak "rumuours"..orang yang masuk UMNO ni, kebanyakkan di setup oleh hardcore jemaah.. Mungkin ini strategi oleh pasukan "intelegence" .. harapnya, semua kena berlapang dada..

"So"..kalau satu hari nanti..jika ada orang masuk UMNO dan jadi ahli UMNO bahagian seremban yang bertumbuk-tumbuk. .berterajang- terajang. .seterusnya jadi pemuda UMNO..itu semua dah di setup "tue"..untuk jatuhkan UMNO..haha..

Jom kita semua berlapang dada...zaman la ni zaman konspirasi.. kita pon susah mau tafsir..mana yang betul, mana yang konspirasi.. banyak sangat "layer"..pening-pening. .

meminjam kata-kata husin lempoyang dalam cerita 3 abdul..

Jual manusia lagi baik dari jual unta!! WOW!!

Anonymous said...

Siapa imam arab ni?

Anonymous said...

ini mamat orang kuat nazree dulu, merupakan fanatik budak2 noghori,budak pas imam arab