Sunday, October 26, 2008

Perjuangan Pemuda: Dilemma antara Perjuangan Melayu atau Perjuangan Islam

Mungkin ini antara agenda wajar yang perlu dibincangkan oleh seluruh kepimpinan pemuda sama ada dalam NGO, parti mahupun mahahsiswa.

Isu soal DEB, ketuanan Melayu tidak habis sudah dibincangkan yang kadangkala membawa nada emosi hingga meluat untuk didengar.

Kadangkala kebanyakkan kita akan meluat jika ada terlalu kerap orang, media, termasuk penulis blog menukilkan soal UMNO, BN termasuk yang terkini berkaitan kehangatan pemilihan UMNO.

Perlu ditegaskan disini, mengapa wujud senario untuk bentuk-bentuk pemerhatian dan tulisan terhadap UMNO dan BN. Kerana harus kita sedar inilah parti yang sedang memerintah Malaysia. Jika selepas ini PR yang memerintah kerajaan pusat, sudah pasti bicara siapa yang menjadi Presiden PKR, PAS & DAP termasuk jawatan tertinggi yang lain akan menjadi perhatian.

Pemuda dalam dilemma, apakah mahu melihat soal perjuangan Melayu ataupun Islam. Harus ditegaskan bahawa perjuangan Islam itu perlu dihadapan.

Dilemma pemilihan kepimpinan pemuda yang mungkin perlu juga dicermati oleh pemuda UMNO jika mahu dilihat punyai kekuatan mempertahankan agama ialah mahu tidak mahu antara tiga calon pemuda yang telah layak siapakah dikalangan mereka yang berupaya dilihat lebih Islamik secara holistik

Apakah Mukhriz, KJ atau Dr.Khir? Tetapi perjuangan untuk dilihat lebih Islamik tidak boleh dibuat secara kosmetik kerana Islam itu penuh dengan nilai keadilan. Maka pemimpin pemuda yang mahu naik ialah yang lebih terlihat kepimpinan keadilan, ketelusan & keberaniannya.

Pemimpin ini perlu memperlihatkan keadilannya dalam menentukan visi & misi buat parti dan seterusnya terhadap rakyat. Pemimpin pemuda adalah pemimpin pelapis apatah lagi Pemuda UMNO yang menjadi tunjang BN dan BN adalah parti pemerintah.

Ada juga khalayak yang agak sinis jika ada anak muda yang mahu bicara soal politik. Sekali lagi kita perlu menerima bahawa politik dan agama itu tidak boleh dipisahkan tetapi jangan pula kita mempergunakan dalam konteks mempermainkan agama untuk kepentingan politik. Adalah wajib kita menguruskan dunia termasuk politik dengan menegakkan agama.

Para pemimpin yang cermat & reti menjaga agama, tidak sukar buat pemimpin ini menguruskan kebajikan rakyat secara berintegriti kerana agama yang dijaga melalui kuasa yang diamanahkan akan memberikan keberkatan kepada pemimpin.

Namun hari ini mungkin tanpa kuasa dan wang menjadikan seseorang tidak akan mendapat ruang dalam politik. Maka berapa kuat hubungan darah menjadi pertaruhan apatah lagi darah itu adalah darah pemimpin. Darah bukan sebarang darah tetapi darah legasi pemimpin yang dilihat bakal berkuasa atau mengekalkan kuasa. Bila ini menjadi hitungan, ternyata rosaklah parti apabila yang amanah dan kukuh pendirian atau prinsipnya ditolak kerana jangan harap mahukan takhta jika tidak ada kuasa dan wang serta susur galur keturunan sebelumnya yang jadi pemimpin.

Perjuangan Islam adalah jawaban bagi pemuda Melayu, ini sebenarnya antara tindakan wajar oleh para perwakilan untuk menentukan siapa yang patut berada di mercu tanda kepimpinan pemuda UMNO dan kemudiannya kumpulan ini perlu menjadi penasihat tegar kepada kepimpinan utama UMNO agar sentiasa segar diatas landasan agama buat memajukan bangsa dan negara.

Masalah perjuangan Islam agak kurang untuk menunjukkan masalah dalam PAS, mungkin wujudnya ulama tulen dalam majlis syura PAS telah menyelamatkan keadaan. Ulama dalam UMNO dimana? Perlu dioptimumkan fungsi Penasihat Agama PM, jika perlu tubuhkan MAJLIS SYURA UMNO ATAU MAJLIS SYURA UNTUK PRESIDEN DAN PERDANA MENTERI. Keanggotaannya adalah perlu diberikan kepada yang benar-benar ahli dalam bidang agama.
Ini bukan bermaksud untuk golongan bukan ulama tidakboleh jadi pemimpin, janganlah pula ada pemimpin bukan ulama takut hilang kuasa dengan situasi seumpamaini. Yang penting ialah pemimpin yang sedia ada wajar kembali kepada cara pentadbiran seperti orang yang punyai agama. Jika tidak mahir soal hukum hakam dan syarak yang berkaitan penentuan hukum dalam menyempurnakan tugasan sebagai pemimpin, apakah salah untuk 'refer' golongan agama?
Jangan kita ulangi sikap Abu Jahal,sudah tahu Islam agama dibawa Nabi Muhammad SAW adalah benar tetapi masih keras hati untuk terus menentang kerana bimbang hilang jawatan dan pangkat. Jangan terlalu peranoid dengan Islam dan peranoid untuk 'refer' ulama. Tidak hilang jawatan kamu wahai pemimpin jika ada kesungguhan 'refer' pada kebenaran agama.

Ini perlu buat UMNO agar setidak-tidaknya menjadi parti Melayu yang lebih terarah dengan budaya beragama. Agama akan lebih membentuk suatu budaya yang lebih murni dalam UMNO. Jika ramai yang menghidupkan agama dalam UMNO sudah pasti jiwa perwakilan lebih kental bahkan boleh menolak rasuah politik yang kian membarah. Tanpa agama masing-masing akan dilihat kosong dalam perjuangan Melayu atau bangsa dalam UMNO. Melayu yang mahu diperjuangankan UMNO ialah MELAYU ISLAM bukan MELAYU KAFIR. Jika ada Cina Islam dan Cina Kafir, jika ada India Islam dan India Kafir apakah tidak mustahil untuk ada Melayu kafir? Menjadi tugas UMNO termasuk PAS(di Kelantan,Kedah, Perak & PKR Selangor) untuk lebih ke arah perjuangan Islam dengan memperkasakan minda beragama orang Melayu,Cina dan India yang beragama Islam.

Apabil minda beragama telah berjaya dipupuk, akhirnya Melayu, Cina & India yang bukan Islam akan lebih nampak dan hormat kepada kepimpinan Melayu. Tetapi bukan sebab pemimpin itu Melayu tetapi kerana pemimpin Melayu itu beragama Islam lantas mengamalkan serta mengimplementasikan kehendak agama dan tuhan dalam pentadbiran dengan memantulkan bentuk-bentuk keadilan buat semua. Cerminan akhlak setelah beragama oleh Melayu, Cina & India Islam akan lebih melunakkan keadaan. Tiada siapa dikalangan Melayu, Cina & India yang bukan Islam yang akan bangkit mengatakan ada sahaja yang tidak adil. Ini kerananya semuanya sudah adil dengan terlunasnya perlaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan.

Salam Hormat

Nazree Yunus

7 comments:

Anonymous said...

betul apa yang saudara utarakan, perjuangan islam mendepani perjuangan melayu,

saya tertarik dgn tulisan saudara pd perenggan ini yang menyatakan

Apabil minda beragama telah berjaya dipupuk, akhirnya Melayu, Cina & India yang bukan Islam akan lebih nampak dan hormat kepada kepimpinan Melayu. Tetapi bukan sebab pemimpin itu Melayu tetapi kerana pemimpin Melayu itu beragama Islam lantas mengamalkan serta mengimplementasikan kehendak agama dan tuhan dalam pentadbiran dengan memantulkan bentuk-bentuk keadilan buat semua. Cerminan akhlak setelah beragama oleh Melayu, Cina & India Islam akan lebih melunakkan keadaan. Tiada siapa dikalangan Melayu, Cina & India yang bukan Islam yang akan bangkit mengatakan ada sahaja yang tidak adil. Ini kerananya semuanya sudah adil dengan terlunasnya perlaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan.

fikir2kanlah bagi yang lain

Anonymous said...

bagus anak muda, banyak tulisan kamu yang kalau orang UMNO baca patutnya diorang berubah, tapi tau sajalah,UMNO mana nak berubah kecuali dapat pemuda macam kamu.

Anonymous said...

agak menarik komentar saudara berkaitan perjuangan islam, saya rasa lega dgn pendirian saudara, ternyata saudara masih berada pada ladasan iman dan perjuangan yang betul

Anonymous said...

bagus anak muda, teruskan perjuangan lawan rasuah, kami yang tua ni sangat menyokong jika ada generasi muda yang ada jiwa. tapi awas jangan terpedaya dengan politik kotor mana-mana pihak

Anonymous said...

perjuangan islam perlu dihadapan, saya nampak ini kebenaran yang UMNO harus terima, saudara ada fikrah yang jelas dalam soal ini.

cuma mungkin tak pernah kena ISA lagi. teruskan perjuangan anak muda

Anonymous said...

perlu ada kesungguhana kalau kamu nak berjuang, saya cadangkan agar saudara buat program bersama belia utk didik mereka supaya faham tntg bahaya rasuah

Kieng Meng said...

terimak kasih kerana menulis tentang ini..