Sunday, October 5, 2008

Membangun MINDA POLITIK BARU

Sudah lama saya mahu membicarakan soal ini. Kita golongan muda termasuk masyarakat harus membangun MINDA BARU POLITIK.
Kita bicara soal politik kerana kita di ajar dalam agama untuk iqomatuddin wa siyasatuddunya(kita dirikan agama dengan menguruskan dunia).
Sebab itu begitu ramai mahu mengumumkan mahu jadi calon pemilihan agung. Keran apa? kerana mahu jadi pemimpin untuk berbakti. Cuma kita ingin peringatkan bahawa persoalan jawatan itu adalah soal amanah, dan amanah itu merupakan suatu tanggungjawab dan bukan kemasyuran.
Pemimpin harus menjawab isu dengan rasa tanggungjawab terhadap agama, bukan semata menjawab isu dengan kepentingan politik, ISU HINDRAF, isu kononnya terhakis hak Melayu, Isu roboh kuil hindu, isu cina dan india tidak mendapat hak dan pelbagai isu lain yang dibangkitkan sewajarnya tidak dibangkit dalam mood perkauman masing-masing.
Akhirnya, masing-masing kaum tidak kira Melayu, Cina dan India mendakwa kaum mereka teraniaya atau tersisih, warga kelas kedua dan sebagainya.
Jawapan kepada kemelut ini ialah kerana kita tidak memilih yang paling amanah dikalangan kita. Dalam politik kampus juga sudah dibina group-group yang boleh kita istilahkan sebagai kroni. Jika kroni punya potensi dan capabality kemampuan, maka yang terbaik akan menjadi pilihan, tetapi jika yang bukan terbaik tetapi atas asas ini 'group kita' menyebabkan budaya ini terbawa-bawa sampai keluar.
UMNO jika mahu pulih harus refer kepada PAS dai aspek pengkaderan. Kader kader PAS begitu menunjukkan komitmen yang penuh iltizam.
Sebab itu asasnya ialah agama, jika rendah pengetahuan agama tetapi masih mahu refer ulama', bagi kita pemimipin dalam kelompok ini masih boleh diterima. Jangan pula sampai tolak ulama', lantas menentukan sendiri acuan pembawaan politik tanpa panduan Quran dan Sunnah.
MINDA POLITIK BARU perlu berasaskan agama kerana agama itu telah menunjukkan segala-galanya. Selain Islam, agama lain juga ada pembicaraan soal amanah. Sifat ini wajib ada dalam jiwa pemimpin. Politik itu jangn disenikan dengan kekotoran.
Sukar bicara tentang keadilan tanpa melibatkan kepimpinan, Maka mahu keadilan, wajar buat pemimpin adil dan amanah diangkat. Gagal mengangkat pemimpin adil dan amanah, kita akhirnya akan MENANGKAN POLITIK LAMA; POLITIK RASUAH, POLITIK FITNAH & POLITIK KHIANAT. Soalnya........Siapa mahu memimpin politik baru?........Siapa ikon baru kita?
Sambungan akan datang......Pemimpin Politik Baru....Dimana anak muda & mahasiswa?

3 comments:

Anonymous said...

bila saudara nak tulis tentang pemimpin politik baru, apakomen saudara tentang pemilihan agung umno?

apa pandangan saudara tentang kecenderungan rakyat malaysia. Depanimahu ubah kerajaan atau tidak? Pak Lah dah tak sambung nak jadi PM, bolehkah PR ambil alih kuasa?minta komen sauadar.

Anonymous said...

Pak lah dah tak sambung, apa harapan untuk PR?

mcam ahli umno dah insaf dan bersatu kembali.

bolehkah PR selepas ni dapat lagi undi atau undi protes ahli umno?

undi cina dgn india macamana?

apa pandangan anak muda

Anonymous said...

ke mana arh tuju saudara?

pas ke UMNO?

benarkah rakan-rakan saudara dalam pas (team konservatif)telah beri kata dua pada saudara?

apaagenda saudara dalam gerak sekarang?

benarkah saudara team erdagon PAS?

saya pernah mendapat berita saudara pernah bertemu dengan Tim.Pres PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa,apa tujun saudra?