Thursday, September 4, 2008

Siri 2 : Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia

Salam Hormat dan Salam Perjuangan buat teman-teman aktivis, mantan aktivis dan buat teman mahasiswa di kampus. Salam Ramdhan, semoga diberikan kekuatan buat meneruskan ibadah puasa hingga ke penghujung.
Minggu lepas, saya baru sahaja sempat berdiskusi dengan beberapa teman-teman yang saya kira ada kesungguhan untuk merealisasikan usaha kita bagi menggerakan Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia. Namun suka kita berkongsi bahawa usaha ini perlukan komitmen dan iltizam atas dasar prinsip demi untuk melihat lahirnya Generasi mendatang yang lebih kompeten dalam kita mendepani cabaran pembentukan masyarakat madani yang lebih kompleks.
Kita bukan sekadar bincang tentang soal Melayu, kerana Islam itu sudah mengajar kita untuk lebih wajib mendahulukan keadilan berbanding kezaliman. Asas kepimpinan itu wajar untuk dipaksikan kepada kebenaran. soalnya, apakah kita mampu memilih yang terbaik di kalangan kita sama ada Melayu, Cina dan India untuk memimpin generasi. Apakah pandangan Islam dalam soal kepimpinan atau memilih kepimpinan bukan Islam? Semuanya ini sudah ada jawabannya, namun bagi yang lebih arif wajar untuk membuahkan perkongsian ilmu.
Adalah menjadi kegagalan kita dalam mencorak politik hari ini kerana kita wajar akur dan kita wajar sedar bahawa k-politic atau persoalan ilmu sudah semakin terpinggir dalam soal menentukan baik buruk sesuatu perkara. Soallmu bukan sahaja harus diisi oleh Melayu, bahkan Generasi Muda Cina dan India juga perlu diterapkan dengan asas perjuangan yang dibatasi oleh keilmuan bukan secara emosi dan sentimen.
Riak-riak emosi politik jelas, sekadar mengambil beberapa sikap teman-teman baik yang Melayu mahupun Cina yang agak renggang perhubungannya sekarang sedangkan dahulu di kampus berjuangan dalam landasan yang sama. Apakah dulu bersama kerana ada kesempatan mahu mengkudakan sesama teman? Atau mahu menumpang keberanian pimpinan mahasiswa Islam? Sekarang apabila telah menjadi pegawai khas atau orang penting politik sama ada dalam PR atau BN telah menunjukkan ketegangan yang tidak rasional?
Sewajarnya kita lebih lunak dalam perhubungan, sikap prejudis politik yang telah banyak merosakkan generasi muda, mungkinkah ini hadir daripada bekalan 51 tahun merdeka?Apakah ini salah BN?UMNO? atau ini soal pertentangan generasi muda dengan kelompok tua yang begitu ghairah mahu mengekalkan kuasa?
Apakah situasi yang sama juga akan berlaku sekiranya bertukar kerajaan daripada Bn kepada PR? Maka yang memegang kuasa dalam kepimpinan PR kelak bakal menonjolkan sikap yang sama seperti yang telah ditonjolkan oleh BN (rujuk realiti kini)?
Generasi Muda Baru harus membina idealisme, ikon dan halatuju yang lebih kompos. Apakah kita generasi baru pada hari ini merasa enak dengan situasi yang ada pada hari ini? Jika tidak, apakah perubahan yang kita mahu? Ditangan pemimpin yang bakal memimpin perubahan, apakah ada harapan untuk melihat situasi yang lebih baik buat agama? Apakah momokan perjuangan bangsa sudah tidak diterima? sekiranya tidak diterima apakah bentuk baru yang mahu kita bentuk.
Mungkinkah terbina GENERASI MUDA BARU MALAYSIA yang lebih holistik muafakat, kefahaman, ilmu dan kematangannya dapat dibentuk? Siapa yang mahu memimpin? apakah terma rujukan kita? Apakah kita mahu menafsirkan keadilan itu kesamarataan atau keadilan itu seperti yang Islam gariskan, meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Sambungan................

4 comments:

Anonymous said...

askum, saya tertarik dgn gagasan saudara. Tapi agaksukarnak dilaksanakan sebab ramai bekas2 aktivis yang berterabur, nampak hanya saudara sahaja di NGO

Anonymous said...

satukan sahaja budak budak aktivis, ini satu cadangan yang baik, mana perginya PMN? dah jadi parti mahasiswa noda ker??

mana pergi presiden? patutnya tukar sahaja PMN jadi NGO. Burukkan nama mahasiswa sahaja PMN

Anonymous said...

apa Gerakkerja GERAK sekarang?nampaknya agak bagus statement yang saudara pengerusi dah buat. saya rasa lebih baik berbanding time Ezam dulu. Hidup Pengerusi baru,hidup Nazree!! Teruskan kes TNB yang saudara dah ketengahkan

Kieng Meng said...

Naz..sudi2 la dtg ke blog aku..hehehe