Reformasi tahun 1998/1999 yang berlaku tidak sehingga berjaya untuk menjatuhkan Kerajaan secara jalanan pada ketika itu di bawah pimpinan Dr. Mahathir. Cuma kesannya mampu untuk kita cermati dalam kondisi yang begitu. Suasana ini cukup berbeza dengan apa yang berlaku di Indonesia. Gerakan Mahasiswa mampu untuk berdemontrasi yang akhirnya menumbangkan regim Suharto.
Sudah hampir 10 tahun reform di Indonesia berlaku dan gerakan reformasi di Malaysia dimulakan. Namun dari aspek ekonominya, Indonesia masih ketinggalan daripada Malaysia. Apakah ini bermakna reformasi itu gagal? Apakah reformasi itu sudah salah arah?
Hasil survei sama ada reformasi menjadikan Indonesia ke arah yang lebih baik menunjukkan 68% mahasiswa menjawab tidak. Hasil ini menunjukkan sebahagian besar responden benar-benar melihat dan merasakan bahawa semenjak gerakan reformasi pada tahun 1998, belum ada pembaikan yang bererti untuk menjadikan Indonesia yang lebih baik kehidupannya. Sementara 24% responden menganggap bahawa Indonesia sudah berjalan ke arah yang lebih baik dan 8% responden yang menjawab tidak tahu.
Di Malaysia bagaimana keadaan kesan pergerakkan reformasinya?Apakah respon responden atau mahasiswa Malaysia? Dimanakah mereka? Dimanakah perjuangan mereka? Tentang isu kenaikan harga minyak, dimana mahasiswa? Apakah demontrasi yang mahu mereka anjurkan bagi isu kenaikan harga minyak ataupun demontrasi bagi menyatakan Pak Lah perlu turun daripada takhtanya? Mahasiswa perlu menyatakan pendirian.
Di Indonesia, banyaknya mahasiswa beropini bahawa kondisi Indonesia tidak berjalan ke arah yang lebih baik kerana sistem kerja pemerintah yang tidak memuaskan. Ini tercermin dari 48% mahasiswa yang berpendapat bahawa agenda pembanterasan korupsi pada pemerintah hanya terlaksana sebanyak 43%, bakinya 9% mahasiswa menyatakan tidak tahu. Asumsi yang menunjukkan angka 43% dan 48% begitu dekat bagi menunjukkan agenda pembanterasan korupsi sama ada berjaya ataupun gagal.
Anak muda dan mahasiswa Malaysia perlu menyatakan fakta kajian mereka. Jika mereka gagal untuk menyatakan ini, maka boleh untuk kita menjerumuskan bahawa GERAKAN REFORMASI SUDAH KANDAS kerana kita perlu diberi faham bahawa reformasi itu hanya pintu dan bukan matlamat. Reformasi sekadar membuka pintu kebebasan, pintu keadilan dan pintu perpaduan yang lebih bermakna. Gagalnya rakyat untuk bersedia menghadapi perubahan dalam agenda reformasi sudah pasti akan membawa kembali fitnah kepada reformasi itu sendiri. Jika rakyat tidak berubah setelah gerakan reformasi dilakukan maka yang disalahnya ialah reformasi. Dalam menggagaskan agenda reformasi, persediaan perlu dilakukan. Jiwa rakyat perlu dibangunkan, minda rakyat perlu di isi dan diterjemahkan.
Yang perlu kita jawab pada hari ini, apakah reformasi itu kandas kerana penggerak dan pengikutnya tidak bersedia? Apakah penggerakanya sudah salah arah? atau pengikutnya sudah kehabisan modal buat perjungan? Dimana mereka???
Salam Hormat & Salam Perjuangan
Nazree Yunus
Jakarta 6.11AM

4 comments:
Apa cadangan saudara tentang reform?siapa yang akan jadi peneraju reformasi reform?
jika benar kamu rasa reformasi kandas, apa pulak cadangan kamu?kamu mahukah memimpin reformasi yang lebih baik?apa cara kamu?
kalau betul sangat perlu reform reformasi, ke arah mana yang kita nak tuju
Salam,
Terima kasih atas pandangan teman-teman yang prihatin terhadap agenda mereform reformasi. Keadaan ini perlu kepada asas kefahaman yang mendalam. Namun saya yakin dan optimis bahawa perjuangan mereform reformasi itu harus diteruskan dengan penglibatan seluruh rakyat Malaysia dan terutamanya GENERASI BARU DAN ANAK MUDA. Namun pendekatan yang kita maksudkan adalah yang bersifat menguntungkan kemaslahatan rakyat. Yang mahu kita tuju ialah ke arah Malaysia yang lebih sejahtera dengan Islam menjadi teras kesejahteraan dan kerukunan negara.
GENERASI BARU DAN ANAK MUDA harus merencana arah dan memulakan pencetusan perubahan itu dengan kadar yang segera namun mampu untuk membawa masyarakat umum yang lain dengan pecutan kemajuan pemikiran dan pembangunan yang seiring. Kegagalan agenda reformasi membawa kemajuan ekonomi masyarakat seiring dengan pembangunan daya pemikiran hanya akan membawa fitnah kembali kepada perjuangan reformasi atau Islah itu.
Salam Hormat & Salam Perjuangan
Jakarta 7.51PM
Post a Comment