Saturday, June 7, 2008

Arah Perjuangan Kita

Salam, terima kasih buat teman-teman yang bertanya tentang soal arah perjuangan saya sendiri. Suka saya jelaskan bahawa sebagai rakyat kita punyai semacam tanggungjawab dan kewajiban intelektual sekaligus moral keagamaan. Dalam perkara menentukan keputusan halatju perjuangan, kita sudah di ajar Islam bahawa ada prioritas yang perlu kita fahami. Kefahaman prioritas dalam agama akan lebih mendatangkan keyakinan buat kita menentukan keputusan. Setiap landasan atau platform hanya sekadar wadah perjuangan. Jalan mana yang mampu untuk kita letakkan Islam di atas maka jalan itu yang perlu kita telusuri. Perlu dijelaskan bahawa dasar perjuangan kita ialah Islam. Maka Islam itu perlu dijadikan landasan perjuangan dalam keadaan kita punyai kekuatan untuk memberi faham kepada yang lain.

Soal keterbukaan untuk memperlihatkan Islam itu moderate perlu diketengahkan. Islam itu mudah tetapi bukan kita mempermudah-mudahkan Islam. Islam itu sudah moderate dan bukan kita memoderatekan Islam. Asasnya Malaysia ini ialah Islam dan bangsa Melayunya. Namun kita menerima kemajmukan itu sebagai perbezaan dan kepelbagaian untuk diraikan. Mungkin dikesempatan yang lain boleh kita bicarakan tentang soal kuasa politik dan kuasa ekonomi di Malaysia.

Soal perjuangan menentang rasuah hanya sebahagian perjuangan yang kita yakin bahawa Islam dan agama-agama lain membicarakan korupsi ini sebagai suatu yang begitu busuk untuk kita libati. Namun walaupun ianya sebahagian, perlu ada rantaian yang mahu memperjuangankan supaya rantai untuk perjuangan yang lebih besar itu ada kesinambungannya. Sudah pasti perjuangan yang lebih besar itu ialah MEMBINA SUASANA YANG LEBIH SEJAHTERA. Islam mempunyai kapasitas ini dalam keadaan ianya perlu diberi faham kepada seluruh rakyat Malaysia. Ini tugasan mahasiswa Islam.

Gerakannya bukan tertumpu kepada pengkaderan tetapi ialah apakah fungsi pengkaderan tersebut. Banyaknya aktivis bukan bererti kita kuat. Intinya penting buat gerakan kita tidak fergile dan rapuh. Gerakan Mahasiswa Islam wajar menggerakkan gagasan FAHAM ISLAM sebagai inti perjuangan. Keterlibatan dalam politik termasuk politik kampus adalah bukan sekadar hanya untuk melatih daya kritis dan kritikal dalam pembentukan jiwa kepimpinannya, tetapi adalah penting buat Gerakan Mahasiswa Islam punyai daya juang yang hidup jiwanya dengan memahami apakah prioritas perjuangan mereka. Mahasiswa perlu menjadi a part and parcel of the hole society.

Jalan sudah direntas oleh perjuanga terdahulu, Rasulullah juga membawa agenda reform. Rasulullah diturunkan buat membawa islah dan perubahan dalam masyarakat. Jika jalan perjuangan sudah direntas, jangan kita tidur, lanjutkan perjuangan reformasi jika kita betul-betul berfikir tentang soal tanggungjawab moral keagamaan. Yang kita dukung ialah prinsip, maka penterjemahan dan pendekatan prinsip adalah berasaskan kefahaman prioritas yang perlu diperdalami.

Salam Hormat & Salam Perjuangan
Nazree Yunus
Jakarta 6.35AM

2 comments:

Unknown said...

Sebainya arah perjuangan kita harus sesuai dengan Al Qur'an dan As Suunah supaya selamat dunia dan akhirat
http://politik.infogue.com/arah_perjuangan_kita

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Terima kasih atas pandangan saudara/saudari.

Asasnya ialah sumber Al-Quran&As-Sunnah itu. Namun kita yakin & percaya bahawa soal metodologi itu ada asas-asas perbezaannya. Kita berharap agar lebih banyak yang dapat kita menyumbang buat agama. Generasi baru dan muda harus ada kesedaran buat melakukan reform/Islam dalam keadaan yang lebih terarah dan dinamik.

Wslm