Rasuah & salah guna kuasa – Ini terma ciptaan dan kita percaya sudah pun menjadi buah mulut pimpinan Pakatan Rakyat. Sebelum tercipta Pakatan Rakyat lagipun isu rasuah dan salah guna kuasa menjadi peluru untuk menembak bertubi-tubi kerajaan BN.
Hari ini percaya atau tidak lima negeri sudah dalam pentadbiran Pakatan Rakyat hampir 2 bulan. Banyak yang sudah kita dengar. Dalam menilai secara konstruktif kita yakin dan percaya bahawa ada positif dan ada yang kedengaran negatif tentang pentadbiran di negeri-negeri tadbiran Pakatan Rakyat.
Jika sebelum ini kita dengar tentang hentaman hebat soal perilaku rakus Bekas MB Selangor tentang isu setinggan, rasuah dan salah guna kuasa. Hingga hari ini manakah fail dan dokumen jika benar terdapat rasuah dan salah guna kuasa yang dibuat. Di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor pasti dapat mengeluarkan dokumen bukti perlakuan rasuah dan salah guna kuasa tersebut. Ataupun sebenarnya hampir tidak ada salah laku rasuah yang dilakukan. Lazim untuk kita melihat pendedahan adalah akibat terlalu banyak penyelewengan yang dilakukan, namun jika terlalu pasif gerakan pendedahan yang dilakukan maka seolah-olah harapan buat melihat pesalah rasuah dan salah guna kuasa di hukum adalah semakin malap?
Mungkin terlalu licik pimpinan yang lalu hingga tulang rasuah pun tidak dapat untuk dihidu dan dijumpai. Kita generasi baru ingin melihat keberkesanan idealisme di terjemah menjadi kata dan laksana kerana kita yakin bahawa perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata. Jika Anwar Ibrahim dengan laungan Lawan Tetap Lawan, sudah pasti dalam menangani isu rasuah dan salah guna kuasa juga tetap komited dengan inti pati makna laungan tersebut.
Jika dahulu kesukaran mendapatkan maklumat yang lebih tepat dan jitu menjadi halangan, ternyata hari ini dengan ruang sebagai parti yang memerintah keempat negeri baru di tawan ini memudahkan akses untuk meneliti dan membongkar rahsia rasuah pemimpin terdahulu. Adalah mengaibkan jika yang selalu bercakap soal kebenaran dan kini punyai ruang untuk membedah dan merawat penyakit rasuah dan salah guna kuasa dengan kuasa yang ada di tangan dilengah-lengahkan.
Ataupun isu rasuah dan salah guna kuasa secara berleluasa oleh kerajaan terdahulu hanya momokan fitnah pembangkang sebelum ini. Ini bukan tuduhan, tetapi sekadar perkongsian untuk beringat tatkala kuasa dalam genggaman buat merubah apa yang sebelum ini kita klasifikasikan sebagai yang mungkar. Apakah bentuk makruf yang mahu di buat Pakatan Rakyat jika bukan dengan kita membawa yang makruf secara agresif dan secara optimum pelaksanaannya.
Jangan hanya tinggal harapan sahaja buat rakyat untuk melihat para penguasa yang rakus memakan rasuah terus bebas buat seolah-olah diri mereka dimaafkan. Peranan dan tanggungjawab ini perlu lebih dipukul oleh sang penguasa yang telah pun meletakkan diri mereka sebagai pejuang rakyat. Apakah makna pejuang rakyat jika akhirnya apabila berada pada tampuk sang penguasa masih lagi ragu-ragu lagi atau masih kabur untuk menerobos rahsia mungkar pemimpin sebelum ini. Jika ia benar maka selidikilah dan menentukan bentuk pengajarannya. Jika tidak benar, adakah permohonan maaf itu perlu?
Apakah setelah berdaulat maka lain yang dikata maka lain yang di kota? Soal amanah dan kepimpinan adalah urusan besar yang gunungpun tidak tertanggung bebanan ini. Jangan hingga politik haiwan yang menentukan arah penujuan kita. Penyelesaian isu rasuah perlu lebih lantang untuk disuarakan apatah lagi dalam keadaan kerajaan pusat sudah beria menubuhkan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia. Jika tidak, harapan hanya tinggal harapan.
18 comments:
aku anti rasuah.bagus anak muda bncg tntg rasuah
cepat PKR cekup orag rasuah.sumbat khir anak toyol kat dalam jail
nak tntg rasuah jom sertai gerak.gerak Ezam punya
ahli GERAK
YE KER?aku baru tahu ada Gerak bawah Ezam,macam mana nak join?
nazree ni ahli Gerak ke?tiba-tiba citer tntg rasuah?
minta penjelasan.jika benar, baguslah.teruskan saudara
rasuah takkan terhapus sekiranya mereka masih berada ditempat yang sama...andai tiada perubahan dalaman, akar minda gagal berfunsi..maka lingkungan rasuah tetap berleluasa....anjakan minda perlu berlaku setidak-tidaknya volume rasuah dapat dikecilkan..
kelakar ..nak suruh pakatan rakyat benteras rasuah, tetapi BPR dan peguam negara masih dikuasai BN..
untuk apa dilapor, lepas tu peguam negara kata tak ada kes ..
lebih baik pakatan rakyat tumpukan usaha ambil alih kerajaan pusat, lepas tu ambil tindakan secara pakej..semua sekali masuk bakul..
engkau tak ingat ke kes ezam kena jel dua tahun pasal dedah kes rafidah ? itu contoh terbaik.. org yang buat salah dilepaskan, tapi yang melapor pulak kena tindakan..
taktik provok picisan mcm ni dah tak laku la ..org makin cerdik, dah banyak preceeding case ..lebih baik semua kerajaan negeri kumpul semua bukti, simpan dan tunggu masa sesuai untuk ambil tindakan secara pakej.. nanti boleh gantikan tahanan kamunting untuk ISA kepada PUSAT TAHANAN RASUAH ..
oh, bagus juga cadgan sniper!tapi artikel ini sekadar utk mengingatkan yag sudah diberikan sedikit kuasa jgn lupa agenda rasuah
apa jadinyer dgn ACA?suruhanjaya anti rasuah malaysia aper citer?duk bawah parlimen ke macamana?
Usaha-usaha untuk memerangi rasuah tidak akan berjaya selagi mana kaki dan tangan pihak berkuasa masih dibelenggu rantai hikmat Putrajaya.Yang terbaik sekarang adalah bagi PR menunjukan ketulusan dalm pentadbiran atau pun good governance untuk mengukuhkan sokongan rakyat marhain.
rantai hikmat putrajaya perlu dilonggarkan terutamanya rantai dari tingkat4
Aktiviti rasuah sudah lama berlaku, bertahun tahun yang lalu. Semasa Tungku, Tun Razak, Tun Hussain, Tun Mahathir dan sekarang Pak Lah. Ini sudah menjadi perkara biasa khasnya pada pemimpin pemimpin UMNO. Kesemua pemimpin telah menyatakan yang mereka akan membenteraskan rasuah tetapi yang berlaku mereka menyelesaikannya secara senyap dan kes tutup.
Sekarang pihak pembangkang telah berjaya mematahkan 2/3 majoriti BN. Ini adalah satu rahmat dimana kita akan menyaksi pemimpin pemimpin UMNO lebih terkawal.
PEMIMPIN BN AKAN JADI TERKAWAL DGN KUATNYA PEMBANGKANG,TAPI PEMBANGKANG YANG DAPAT KUASA JGN JADI LUPA PULA DGN AGENDA LAWAN RASUAH YANG MEREKA LAUNG-LAUNGKAN SELAMA INI
Saudara,
adalah satu yg amat melucukan apabila memperkatakan ttg tindakan2
yg patut diambil oleh PR yg baru 2 bulan memerintah.Ibarat org yg baru masuk rumah baru.takan sekali gus nak masuk semua perabot. Banyak lagi perkara yg lebih penting perlu difikirkan untuk kesejahteraan rakyat. Sebagai org yg terpelajar patut boleh pikir perkara ini.Seingat saya diawal pemerintahan Paklah sibuk dengan ungkapan2 menghapus rahsuah.Namun selepas 5 thn,bukan 5 bulan ye apakah hasilnya.BN sibuk suruh PR laksana manifesto tetapi manifesto BN sudah dilaksakan atau belom?Negara masih tidak aman dan selamat.BUdak masih hilang.Beras x cukup.Dimana makmurnya?
ya aku mahu parti mahasiswa jadi pemerintah. mana hilang nya parti mahasiswa?umno dgn pas tak boleh pakai dah
peminat parti mahasiswa
Pemuda UMNO
Mungkin lebih baik kita anjurkan forum, lebih jelas siapa yang tak tunia janji manisfesto.
Babi jadi keutamaan kerajaan PR utk tempoh 2 bulan. Ada potensi jadi hub babi dalam tempoh 50 tahun lagi
Komisen itu rasuah juga .... jadi jangan ambil komisen....nanti BPR tangkap baru tau .... rasuah boleh membinasakan rakyat dan negara ... rasuah juga adalah antara dosa besar dalam agama Islam .... hentikan rasuah segera ....
Rakan2
Jangan Lupa layari blog saya di http://khairilazuar.wordpress.com
bagi komen setiap artikel yang saya tulis. …ada artikel baru
tahniah buat saudara nazree atasperlantikan saudara sebagai pengerusi GERAK bagi menggantikan ezam mohd nor
Karim Pantai Dalam
Post a Comment