Sunday, October 26, 2008

Perjuangan Pemuda: Dilemma antara Perjuangan Melayu atau Perjuangan Islam

Mungkin ini antara agenda wajar yang perlu dibincangkan oleh seluruh kepimpinan pemuda sama ada dalam NGO, parti mahupun mahahsiswa.

Isu soal DEB, ketuanan Melayu tidak habis sudah dibincangkan yang kadangkala membawa nada emosi hingga meluat untuk didengar.

Kadangkala kebanyakkan kita akan meluat jika ada terlalu kerap orang, media, termasuk penulis blog menukilkan soal UMNO, BN termasuk yang terkini berkaitan kehangatan pemilihan UMNO.

Perlu ditegaskan disini, mengapa wujud senario untuk bentuk-bentuk pemerhatian dan tulisan terhadap UMNO dan BN. Kerana harus kita sedar inilah parti yang sedang memerintah Malaysia. Jika selepas ini PR yang memerintah kerajaan pusat, sudah pasti bicara siapa yang menjadi Presiden PKR, PAS & DAP termasuk jawatan tertinggi yang lain akan menjadi perhatian.

Pemuda dalam dilemma, apakah mahu melihat soal perjuangan Melayu ataupun Islam. Harus ditegaskan bahawa perjuangan Islam itu perlu dihadapan.

Dilemma pemilihan kepimpinan pemuda yang mungkin perlu juga dicermati oleh pemuda UMNO jika mahu dilihat punyai kekuatan mempertahankan agama ialah mahu tidak mahu antara tiga calon pemuda yang telah layak siapakah dikalangan mereka yang berupaya dilihat lebih Islamik secara holistik

Apakah Mukhriz, KJ atau Dr.Khir? Tetapi perjuangan untuk dilihat lebih Islamik tidak boleh dibuat secara kosmetik kerana Islam itu penuh dengan nilai keadilan. Maka pemimpin pemuda yang mahu naik ialah yang lebih terlihat kepimpinan keadilan, ketelusan & keberaniannya.

Pemimpin ini perlu memperlihatkan keadilannya dalam menentukan visi & misi buat parti dan seterusnya terhadap rakyat. Pemimpin pemuda adalah pemimpin pelapis apatah lagi Pemuda UMNO yang menjadi tunjang BN dan BN adalah parti pemerintah.

Ada juga khalayak yang agak sinis jika ada anak muda yang mahu bicara soal politik. Sekali lagi kita perlu menerima bahawa politik dan agama itu tidak boleh dipisahkan tetapi jangan pula kita mempergunakan dalam konteks mempermainkan agama untuk kepentingan politik. Adalah wajib kita menguruskan dunia termasuk politik dengan menegakkan agama.

Para pemimpin yang cermat & reti menjaga agama, tidak sukar buat pemimpin ini menguruskan kebajikan rakyat secara berintegriti kerana agama yang dijaga melalui kuasa yang diamanahkan akan memberikan keberkatan kepada pemimpin.

Namun hari ini mungkin tanpa kuasa dan wang menjadikan seseorang tidak akan mendapat ruang dalam politik. Maka berapa kuat hubungan darah menjadi pertaruhan apatah lagi darah itu adalah darah pemimpin. Darah bukan sebarang darah tetapi darah legasi pemimpin yang dilihat bakal berkuasa atau mengekalkan kuasa. Bila ini menjadi hitungan, ternyata rosaklah parti apabila yang amanah dan kukuh pendirian atau prinsipnya ditolak kerana jangan harap mahukan takhta jika tidak ada kuasa dan wang serta susur galur keturunan sebelumnya yang jadi pemimpin.

Perjuangan Islam adalah jawaban bagi pemuda Melayu, ini sebenarnya antara tindakan wajar oleh para perwakilan untuk menentukan siapa yang patut berada di mercu tanda kepimpinan pemuda UMNO dan kemudiannya kumpulan ini perlu menjadi penasihat tegar kepada kepimpinan utama UMNO agar sentiasa segar diatas landasan agama buat memajukan bangsa dan negara.

Masalah perjuangan Islam agak kurang untuk menunjukkan masalah dalam PAS, mungkin wujudnya ulama tulen dalam majlis syura PAS telah menyelamatkan keadaan. Ulama dalam UMNO dimana? Perlu dioptimumkan fungsi Penasihat Agama PM, jika perlu tubuhkan MAJLIS SYURA UMNO ATAU MAJLIS SYURA UNTUK PRESIDEN DAN PERDANA MENTERI. Keanggotaannya adalah perlu diberikan kepada yang benar-benar ahli dalam bidang agama.
Ini bukan bermaksud untuk golongan bukan ulama tidakboleh jadi pemimpin, janganlah pula ada pemimpin bukan ulama takut hilang kuasa dengan situasi seumpamaini. Yang penting ialah pemimpin yang sedia ada wajar kembali kepada cara pentadbiran seperti orang yang punyai agama. Jika tidak mahir soal hukum hakam dan syarak yang berkaitan penentuan hukum dalam menyempurnakan tugasan sebagai pemimpin, apakah salah untuk 'refer' golongan agama?
Jangan kita ulangi sikap Abu Jahal,sudah tahu Islam agama dibawa Nabi Muhammad SAW adalah benar tetapi masih keras hati untuk terus menentang kerana bimbang hilang jawatan dan pangkat. Jangan terlalu peranoid dengan Islam dan peranoid untuk 'refer' ulama. Tidak hilang jawatan kamu wahai pemimpin jika ada kesungguhan 'refer' pada kebenaran agama.

Ini perlu buat UMNO agar setidak-tidaknya menjadi parti Melayu yang lebih terarah dengan budaya beragama. Agama akan lebih membentuk suatu budaya yang lebih murni dalam UMNO. Jika ramai yang menghidupkan agama dalam UMNO sudah pasti jiwa perwakilan lebih kental bahkan boleh menolak rasuah politik yang kian membarah. Tanpa agama masing-masing akan dilihat kosong dalam perjuangan Melayu atau bangsa dalam UMNO. Melayu yang mahu diperjuangankan UMNO ialah MELAYU ISLAM bukan MELAYU KAFIR. Jika ada Cina Islam dan Cina Kafir, jika ada India Islam dan India Kafir apakah tidak mustahil untuk ada Melayu kafir? Menjadi tugas UMNO termasuk PAS(di Kelantan,Kedah, Perak & PKR Selangor) untuk lebih ke arah perjuangan Islam dengan memperkasakan minda beragama orang Melayu,Cina dan India yang beragama Islam.

Apabil minda beragama telah berjaya dipupuk, akhirnya Melayu, Cina & India yang bukan Islam akan lebih nampak dan hormat kepada kepimpinan Melayu. Tetapi bukan sebab pemimpin itu Melayu tetapi kerana pemimpin Melayu itu beragama Islam lantas mengamalkan serta mengimplementasikan kehendak agama dan tuhan dalam pentadbiran dengan memantulkan bentuk-bentuk keadilan buat semua. Cerminan akhlak setelah beragama oleh Melayu, Cina & India Islam akan lebih melunakkan keadaan. Tiada siapa dikalangan Melayu, Cina & India yang bukan Islam yang akan bangkit mengatakan ada sahaja yang tidak adil. Ini kerananya semuanya sudah adil dengan terlunasnya perlaksanakan tuntutan agama dalam kehidupan.

Salam Hormat

Nazree Yunus

Thursday, October 16, 2008

Kuota Jawatan : Menguji Kematangan Demokrasi UMNO

Tangguh ke MAC 2009, itulah keputusan Pak Lah. Pada 8 MAC, "Saya tidak pertahankan jawatan presiden". Maka telahpun ada telahan mungkin Paklah mahu turun dari menjadi Presiden UMNO, tetapi mungkinkah Mac nanti Perdana Menteri masih Abdullah Hj Ahmad Badawi.
Namun kita dapat lihat bagaimana, sebelum 8 Mac itu telah ada cabaran buat Muhyidin di kerusi kedua. Dilihat ini mungkin strategi Paklah agar ada juga orangnya di posisi Tim. Pres. Diaturkan Muhyidin untuk seolah-olah menikam Paklah tetapi yang lebih utama ialah buat menambat hati Najib lantas sekaligus membuatkan Najib terhutang budi kepada Muhyidin yang telah memecahkan suasana tenag dalam menerima keputusan peralihan kuasa dibuat pada Jun 2010.
Hanya Mukhriz dan Khairy atau KJ sahaja yang lantang menolak AGM UMNO ditunda ke MAC 2009 berbanding sepatutnya DISEMBER ini. Tetapi apakah makna YB Ketua Pemud PAS menawarkan kepada KuLi dan KJ untuk menyertai PR terutamanya PAS? Barangkali ada kaitannya dengan Anwar Ibrahim. KJ sudah diketahui adalah peminat Anwar Ibrahim, KJ juga yang telah menyerahkan secara by hand pasport Anwar untuk berubat di German.
Apakah KJ antara orang Anwar dalam UMNO? Posisi perebutan atau pertandingan jawatan ketua Pemuda UMNO nampak kian sengit. Mukhriz mewakili kem Najib bahkan boleh diistilahkan sebagai Legasi Mahathir, KJ adalah waris Paklah juga mungkin proksi Anwar. Jika tidak mana mungkin YB Salehudin begitu lunak menjemput KJ bersama Pemuda PAS dan bersedia memaafkan kesalahannya terdahulu. Sehingga artikel ini ditulis masih tidak ada lagi respond KJ sama ada menafikan atau menerima.
Kita juga tahu bahawa YB Ketua Pemuda PAS adalah antara yang disebut sebagai Pro Anwar atau Tean Erdagon. Kini percaturan politik nasional sudah dalam Game Anwar dan Mahathir. Paklah mungkin tahu hanyatnya tidak panjang,namun diam Paklah, tukar kementerian, tunda pemilihan adalah dilihat strategi memberi lebih masa buat Anwar menjalankan tugas menukar kerajaan bukannya memberi masa buat Najib belajar kewangan dan pentadbiran.
Telahan Gus Dur ketika saya bertemu dengan Ahli Dewan Perwakilan Rakyat PKS jelas mnunjukkan isyarat bahawa selepas Paklah adalah Anwar. Bisakah telahan mimpi GusDur ini menjadi kenyataan?
Tugas Najib untuk menghalang pertukaran kerajaan akan lebih mudah selepasselesai AGM UMNO, maka harus usaha pembaikan UMNO secara tulen dibuat segera sebelum AGM UMNO melabuhkn tirainya.
Kuota jawatan dalam UMNO dengan hanya dua undi sahaja melayakkan sesiapa bertanding apa juga jawatan dalam Puteri UMNO termasuk Ketua Puteri sewajarnya dilhat oleh sayap lain secara positif. Mungkin dengan meminimunkan kuota dapat mengurangkan politiking dalamUMNO itu sendiri.
Apakah mungkin hanya Mukhriz dan KJ sahaja yang berjaya layak bagi pencalonan Ketua Pemuda yang memerlukan 39 undi. Apakah pola kecenderungan pencalonan bahagian masih terikat dengan corak feudalisme?
Jika masih terikat dengan corak feudalisme, saya menjangkakan Mukhriz akan menang mudah. Ini kerana legasi yang bakal meneruskan pelayaran UMNO ialah daripada team Najib yang jelas diketahui hubungannya dengan Tun Mahathir. Begitu juga bagi kerusi Naib Pres. Hishamudin pasti menang undi terbanyak untuk kerusi itu kerana Hisham adalah sepupu Najib.
Setakat ini hanya calon untuk bertanding jawatan Ketua Puteri telah meningkat kepada 500% berbanding kekosongan. Apakah Puteri lebih hebat daripada Pemuda, wanita, Naib Pres & Tim. Pres yang tidakpun menunjukkan akan adanya pencalonan mencecahkan 500% berbanding kekosongan portfolio?Mungkin ini makna kematangan demokrasi dalam UMNO. Sama ada demokrasi itu mahu ditonjolkan dengan kouta, atau kematangan itu mahu ditonjolkan dengan mengalahkan sistem feudal yang kian menebal dalam UMNO.

Sunday, October 5, 2008

Membangun MINDA POLITIK BARU

Sudah lama saya mahu membicarakan soal ini. Kita golongan muda termasuk masyarakat harus membangun MINDA BARU POLITIK.
Kita bicara soal politik kerana kita di ajar dalam agama untuk iqomatuddin wa siyasatuddunya(kita dirikan agama dengan menguruskan dunia).
Sebab itu begitu ramai mahu mengumumkan mahu jadi calon pemilihan agung. Keran apa? kerana mahu jadi pemimpin untuk berbakti. Cuma kita ingin peringatkan bahawa persoalan jawatan itu adalah soal amanah, dan amanah itu merupakan suatu tanggungjawab dan bukan kemasyuran.
Pemimpin harus menjawab isu dengan rasa tanggungjawab terhadap agama, bukan semata menjawab isu dengan kepentingan politik, ISU HINDRAF, isu kononnya terhakis hak Melayu, Isu roboh kuil hindu, isu cina dan india tidak mendapat hak dan pelbagai isu lain yang dibangkitkan sewajarnya tidak dibangkit dalam mood perkauman masing-masing.
Akhirnya, masing-masing kaum tidak kira Melayu, Cina dan India mendakwa kaum mereka teraniaya atau tersisih, warga kelas kedua dan sebagainya.
Jawapan kepada kemelut ini ialah kerana kita tidak memilih yang paling amanah dikalangan kita. Dalam politik kampus juga sudah dibina group-group yang boleh kita istilahkan sebagai kroni. Jika kroni punya potensi dan capabality kemampuan, maka yang terbaik akan menjadi pilihan, tetapi jika yang bukan terbaik tetapi atas asas ini 'group kita' menyebabkan budaya ini terbawa-bawa sampai keluar.
UMNO jika mahu pulih harus refer kepada PAS dai aspek pengkaderan. Kader kader PAS begitu menunjukkan komitmen yang penuh iltizam.
Sebab itu asasnya ialah agama, jika rendah pengetahuan agama tetapi masih mahu refer ulama', bagi kita pemimipin dalam kelompok ini masih boleh diterima. Jangan pula sampai tolak ulama', lantas menentukan sendiri acuan pembawaan politik tanpa panduan Quran dan Sunnah.
MINDA POLITIK BARU perlu berasaskan agama kerana agama itu telah menunjukkan segala-galanya. Selain Islam, agama lain juga ada pembicaraan soal amanah. Sifat ini wajib ada dalam jiwa pemimpin. Politik itu jangn disenikan dengan kekotoran.
Sukar bicara tentang keadilan tanpa melibatkan kepimpinan, Maka mahu keadilan, wajar buat pemimpin adil dan amanah diangkat. Gagal mengangkat pemimpin adil dan amanah, kita akhirnya akan MENANGKAN POLITIK LAMA; POLITIK RASUAH, POLITIK FITNAH & POLITIK KHIANAT. Soalnya........Siapa mahu memimpin politik baru?........Siapa ikon baru kita?
Sambungan akan datang......Pemimpin Politik Baru....Dimana anak muda & mahasiswa?

Tuesday, September 30, 2008

Trend Anak Muda & Mahasiswa terhadap PAS, UMNO, PKR & NGO

Trend anak muda & Mahasiswa dalam PAS, aktivis kampus ada yang telah menyertai PAS, ada juga PKR dan mungkin UMNO atau PKR. NGO juga menjadi pilihan. Mungkin NGO dilihat lebih kukuhkan dan mudah bagi yang bekerja dalam kerajaan. Kerajaan hari ini bukan sekadar kerajaan pusat sahaja. 5 negeri dipimpim Pakatan Rakyat.Jadi berhati-hati juga orang UMNO/BN yang bekerja dalam sektor awam di 5 negeri ini takut dipecat. Sama juga dengan perihalnya ahli Pakatan rakyat yang bekerja di negeri BN. Mereka juga berhati-hati takut dipecat dan ditukar.
Ini realiti yang tidakboleh dinafikan, proses cleansing politic akan tetap dilaksanakan biar ianya dilakukan secara bertahap dan terhormat. Jika tiada proses cleansing fikrah, mungkin sepenggal sahaja berjaya tadbir mana-mana kerajaan pimpinan parti politik.
Trend anak muda yang agresif nampak lebih cenderung ke arah PKR, seolah-olah PEMUDA TAHAN LASAK UMNO sudah bertukar ke PKR. Sudah jadi PEMUDA TAHAN LASAK PKR. Trend aktivis kampus lebih cenderung ke dalam PAS yang dilihat lebih tarbawi dan intelek. PAS lebih menunjukkan diri sebagai parti yang matang tetapi slow motion. Aktivis mahasiswa di kampus terbahagi kepada dua. Ada yang cenderung terhadap UMNO dan ada yang lebih cenderung terhadap PAS (dalam konteks aktivis mahasiswa Melayu Islam).
Yang cenderung terhadap UMNO (UMNO sebelum 8 mac) adalah daripada group kurang tahan lasak dikampus. Sebab itu apabila berdepan dengan PEMUDA TAHAN LASAK PKR, tidakmuncul-munculpun kelibat anak muda mewakili UMNO (cuba lihat suasana Permatang Pauh).
yang tahan lasak di kampus juga ada dua kumpulan. Satu ada yang ke UMNO, satu ada yang bersama PAS. Yang bersama PAS juga ada dua kumpulan, satu yang sekadar menjadi pengikut(kerana dinasihatkan oleh yang lebih berusia bahawa mahasiswa kurang makan garam, perlu mengikut dahulu). satu lagi mengjadi kritikal. Tetapi group ini tidak banyak. Namun mereka ini sudah pasti adalah peminat TEAM ERDAGON PAS.
Aktivis kampus tahan lasak dalam UMNO tidak banyak yang dapat dibuat, kerana dalam UMNO itu sendiri tidak ada PEMIMPIN PEMUDA TAHAN LASAK. Perlu dipercepatkan kelahiran PEMIMPIN PEMUDA UMNO TAHAN LASAK, tetapi bukan lasak fizikal tetapi minda yang murni yang kita mahukan. Pemuda UMNO jangan malu dan segan bicara soal Islam, bicara soal reform, bicara soal integriti, bicara soal hak rakyat, bicara soal kemiskinan, bicara soal pengayaan minda dan bicara soal menolak rasuah dan kerajaan berkebajikan serta bersih.
Akibat gusar untuk bicara soal dan terminologi positif,akhirnya institusi termasukUMNO itu dilihat negatif. Ini realiti, bicara soal kebaikan, mudah-mudahan ianya menjadi doa dan kita harapkanlebih ramai yang baik berbanding yang jahat.
Jangan hanya harapkan PAS baik, UMNO jahat, ini tidak seimbang. Dan jangan pul harapkan UMNO baik,PAS PKR jahat. ini juga tidak seimbang. Yang menjdi harapan kita ialah biar yang lebih majoriti itu memilih untuk memberikan kemenangan kepada kebaikan.

Pemuda UMNO & Team Erdagon PAS

Langkah anak muda dalam UMNO perlu lebih rancak, sudah kelihatan bibit kelahiran team Erdagon dalam pemuda UMNO, namun langkah mereka masih kurang berani dan tidak mencetuskan minat anak muda untuk bersama.
Nampak kenyataan-kenyataan Mukhriz dan KJ bercanggah dengan keputusan MT UMNO untuk menangguhkan AGM dari Disember ke Mac 2009. Angka 9 menurut masyrakat Cina adalah angka success (Kejayaan). Apakah ini percaturan baru?
Dalam PAS agak menarik dengan kewujudan TEAM ERDAGON, seringkali dilihat team ini mencabar keputusan-keputusan konservatif dalam PAS. Nama-nama seumpama Dato Kamaruddin Jaafar, Husam Musa, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli & Dr. Zulkifly Ahmad sudah tercatat antara yang sinonim dengan gelaran ini. Kewujudan kumpulan-kumpulan seumpama ini yang dilihat sebagai kumpulan PAS yang PRO Anwar Ibrahim setidak-tidaknya menggamit kumpulan anak muda termasuk mahasiswa untuk bersama PAS.
Jik Pemuda UMNO mahukan sokongan anak muda, ikon perlu ditonjolkan. Pakatan Rakyat punyai Anwar Ibrahim sebagai ikon evergreen walaupun banyak tuduhan terhadap beliau. Jika benar Najib mahu dijadikan ikon, biarlah seribu satu tuduhan terhadapnya termasuk berkaitan Altantuya, tetapi jika Najib adalah ikon rakyat, Najib akan tetap berdiri atas prinsip dan dilihat sebagai pemimpin karisma.
Atau Khairy Jamaluddin mahu menjadikan diri sebagai ikon baru anak muda? Langkah mula Anwar Ibrahim berpaksikan gerakan muda Islam, background Anwar yang lebih dilihat Islamik menggagalkan apa jua cubaan untuk mengaitkn beliau dengan tuduhan moral. KJ juga harus begitu jika mahu dilihat sebagai ikon. Umur muda KJ dalammendaki tangga puncakkepimpinan dalam UMNO dilihat baik. Tetapi apakah ini cerminan kepimpinan jujur, amanah dan telus yang mahu diketengahkan? KJ hanya perlu membuktikan ini, jiwa agama perlu ditonjolkan, jika ditonjolkan apakah level movement KJ boleh disetarafkan dengan Anwar Ibrahim? KJ juga adalah golongan rival dan kritikal ketika zaman mahasiswanya.
tuntutan generasi muda hari ini bukan sekadar rival dan kritikal tidak ketentuan, tetapi yang didahagakan oleh generasi baru ialah kepimpinan muda Islam yang kontemporari atau yang boleh kita istilahkan sebagai TEAM ERDAGON. Mereka dilihat lebih strategik untuk Islam berbanding parti sekular yang menjadi platform mereka. Itulah dia Anwar Ibrahim ketika dalam UMNO,namun kini TIDAK.

Monday, September 29, 2008

Pemilihan Pemuda UMNO: Agenda lawan rasuah agenda utama

Calon-calon Pemuda UMNO sudah memukul canang, kuda-kuda silat sudah dibuka, namun kita masih menunggu apakah asas teras utama moto, idealisme dan gagasan pemikiran yang mahu dilatakan.
Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.
Aenda yang perlu menjadi fokus Pemuda UMNO ialah agenda melawan rasuah, jikasekadar bicara soal idealisme yang tidak langsung berani membongkar rasuah, seakan ada kehilangan kekuatan dalam keutuhan perjuangan calon-calon Pemuda UMNO.
Mereka pemuda UMNO wajar memahami bahawa UMNO dan BN ditolak oleh rakyat atas asas yang mereka sendiri telah hilangkan kepercayaan ini daripada rakyat terhadap mereka, persoalan ini adalah perjuangan menentang rasuah, integriti & good governance.
Sekiranya langkah anak muda UMNO ini adalah langkah kosong tanpa berani untuk memberikan kemenangan kepada perjuangan melawan rasuah, pembentukan integriti dan good governance, maka anak muda UMNO ini tidak akan berupaya mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya.
Kita berbicara untuk kemaslahatan rakyat, maka mana-mana parti dan kepimpinan yang mahu memegang amanah kepimpinan, maka pengurusan politik mereka perlu telus, beramanah dan penuh tanggungjawab.
Perbicaraan ini juga menyentuh tentang rasuah dalamparti politik sama ada UMNO,PAS, PKR dan parti parti kerana kita sedar tidak ada pemisahan antara agama dan politik. Platform NGO juga perlu digerakkan segala usaha bagi memberikan kesedaran apatah lagi GERAK Malaysia sebagai NGO yang memberikan fokus terhadap rasuah.

Thursday, September 25, 2008

UMNO harus tewaskan rasuah, menang hati rakyat

UMNO dan BN harus menewaskan rasuah bagi memenangi hati rakyat. Terlalu banyak formula untuk menstabilkan politik tanah air. Mungkin gabungan PAS-UMNO-PKR. Tetapi nostalgia terbuangnya PAS dari Perikatan dan lahirnya PK (Kemudiannya PKR) setelah Penasihat PKR (Anwar Ibrahim) dipecat dari UMNO.

Ada yang mengatakan adalah lebih baik Anwar dalamUMNO buat Melayu dan seluruh bangsa lain berbanding Anwar dalam PKR buat Melayu dan bangsa lain. Ini kerana ada yang ragu dengan strategi Anwar buat mendaki puncak Putra Perdana.

Mungkin juga ada teori yang mahu Anwar masuk UMNO. Tetapi yang dapat masuk UMNO semula adalah Ezam, bekas Setiausaha Politiknya. Maka tidak sia-sia didikan Anwar pada anak didiknya, berjaya Ezam tatkala Tun Mahathir keluar UMNO. Teori yang berat mengatakan Ezam adalah Trojen Horse Anwar hanyalah mungkin berkisar dalam acuan Team Najib atau PKR sendiri. Ramai yang bertanya kepada saya soal kemasukan Ezam ke dalam UMNO.

Hari ini saya ingin menjelaskan bahawa kemasukan Ezam adalah keputusan peribadi beliau. Ada yang bertanya, apakah Ezam sudah terima ganjarannya? Ingin dijelaskan bahawa itu bukan dalam pengetahuan saya. Tumpuan kita adalah melawan rasuah, laungan ini juga mirip laungan Penasihat PKR sendiri. Saya percaya masa yang menentukan sejauh mana Ezam mampu melakukan reform dalamUMNO.

Namun saya percaya reform itu harus dimulai dengan tekad dan iltizam menewaskan rasuah dalam UMNO terlebih dahulu, kemudian kita bicara soal memenangi hati rakyat. Jika Ezam sudah lupa tentang perkara ini,maka saya orang pertama yang akan memperingatkan beliau. Ini masih jelas dalam pendirian saya berhubung perjuangan melawan rasuah dan proses memberikan kesedaran berkaitan bahaya rasuah ini. Perjuangan hari ini ialah perjuangan menyanjung amanah dan ketabahan dalam suasana politik yang semakin cemas dan rimas.

Sambungan......Bicara Pemilihan Pemuda UMNO, apa idealisme yang wajar digagas!

Arah Generasi Muda Baru Malaysia: Tengku Razaleigh PM atau Anwar TPM?

16 September, 23 September, 1 Oktober, 7 dan 9 Oktober 2008 adalah detik-detik yang bakal tercatat sebagai sejarah. Namun masa yang akan menentukannya. Semuanya detik yang akan menentukan siapa PM baru Malaysia.

Asasnya mudah, siapapun PM, pembentukan Good Governance perlu menjadi teras kepimpinan. Imej kepimpinan yang lebih sempurna pakej akan mendapat tempat.

Namun dalam polimik ini, rasuah harus dihindarkan dari membelengu penentuan sistem politik. Sistem serta perlembagaan sedia ada memberikan ruang kepada kedua belah pihak sama ad kerajaanpusat mahupun pembangkang menentukan kedudukan aras politik mereka selepas dan menjelang tarikh-tarikh di atas.

Thursday, September 4, 2008

Siri 2 : Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia

Salam Hormat dan Salam Perjuangan buat teman-teman aktivis, mantan aktivis dan buat teman mahasiswa di kampus. Salam Ramdhan, semoga diberikan kekuatan buat meneruskan ibadah puasa hingga ke penghujung.
Minggu lepas, saya baru sahaja sempat berdiskusi dengan beberapa teman-teman yang saya kira ada kesungguhan untuk merealisasikan usaha kita bagi menggerakan Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia. Namun suka kita berkongsi bahawa usaha ini perlukan komitmen dan iltizam atas dasar prinsip demi untuk melihat lahirnya Generasi mendatang yang lebih kompeten dalam kita mendepani cabaran pembentukan masyarakat madani yang lebih kompleks.
Kita bukan sekadar bincang tentang soal Melayu, kerana Islam itu sudah mengajar kita untuk lebih wajib mendahulukan keadilan berbanding kezaliman. Asas kepimpinan itu wajar untuk dipaksikan kepada kebenaran. soalnya, apakah kita mampu memilih yang terbaik di kalangan kita sama ada Melayu, Cina dan India untuk memimpin generasi. Apakah pandangan Islam dalam soal kepimpinan atau memilih kepimpinan bukan Islam? Semuanya ini sudah ada jawabannya, namun bagi yang lebih arif wajar untuk membuahkan perkongsian ilmu.
Adalah menjadi kegagalan kita dalam mencorak politik hari ini kerana kita wajar akur dan kita wajar sedar bahawa k-politic atau persoalan ilmu sudah semakin terpinggir dalam soal menentukan baik buruk sesuatu perkara. Soallmu bukan sahaja harus diisi oleh Melayu, bahkan Generasi Muda Cina dan India juga perlu diterapkan dengan asas perjuangan yang dibatasi oleh keilmuan bukan secara emosi dan sentimen.
Riak-riak emosi politik jelas, sekadar mengambil beberapa sikap teman-teman baik yang Melayu mahupun Cina yang agak renggang perhubungannya sekarang sedangkan dahulu di kampus berjuangan dalam landasan yang sama. Apakah dulu bersama kerana ada kesempatan mahu mengkudakan sesama teman? Atau mahu menumpang keberanian pimpinan mahasiswa Islam? Sekarang apabila telah menjadi pegawai khas atau orang penting politik sama ada dalam PR atau BN telah menunjukkan ketegangan yang tidak rasional?
Sewajarnya kita lebih lunak dalam perhubungan, sikap prejudis politik yang telah banyak merosakkan generasi muda, mungkinkah ini hadir daripada bekalan 51 tahun merdeka?Apakah ini salah BN?UMNO? atau ini soal pertentangan generasi muda dengan kelompok tua yang begitu ghairah mahu mengekalkan kuasa?
Apakah situasi yang sama juga akan berlaku sekiranya bertukar kerajaan daripada Bn kepada PR? Maka yang memegang kuasa dalam kepimpinan PR kelak bakal menonjolkan sikap yang sama seperti yang telah ditonjolkan oleh BN (rujuk realiti kini)?
Generasi Muda Baru harus membina idealisme, ikon dan halatuju yang lebih kompos. Apakah kita generasi baru pada hari ini merasa enak dengan situasi yang ada pada hari ini? Jika tidak, apakah perubahan yang kita mahu? Ditangan pemimpin yang bakal memimpin perubahan, apakah ada harapan untuk melihat situasi yang lebih baik buat agama? Apakah momokan perjuangan bangsa sudah tidak diterima? sekiranya tidak diterima apakah bentuk baru yang mahu kita bentuk.
Mungkinkah terbina GENERASI MUDA BARU MALAYSIA yang lebih holistik muafakat, kefahaman, ilmu dan kematangannya dapat dibentuk? Siapa yang mahu memimpin? apakah terma rujukan kita? Apakah kita mahu menafsirkan keadilan itu kesamarataan atau keadilan itu seperti yang Islam gariskan, meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Sambungan................