Tuesday, September 30, 2008

Pemuda UMNO & Team Erdagon PAS

Langkah anak muda dalam UMNO perlu lebih rancak, sudah kelihatan bibit kelahiran team Erdagon dalam pemuda UMNO, namun langkah mereka masih kurang berani dan tidak mencetuskan minat anak muda untuk bersama.
Nampak kenyataan-kenyataan Mukhriz dan KJ bercanggah dengan keputusan MT UMNO untuk menangguhkan AGM dari Disember ke Mac 2009. Angka 9 menurut masyrakat Cina adalah angka success (Kejayaan). Apakah ini percaturan baru?
Dalam PAS agak menarik dengan kewujudan TEAM ERDAGON, seringkali dilihat team ini mencabar keputusan-keputusan konservatif dalam PAS. Nama-nama seumpama Dato Kamaruddin Jaafar, Husam Musa, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli & Dr. Zulkifly Ahmad sudah tercatat antara yang sinonim dengan gelaran ini. Kewujudan kumpulan-kumpulan seumpama ini yang dilihat sebagai kumpulan PAS yang PRO Anwar Ibrahim setidak-tidaknya menggamit kumpulan anak muda termasuk mahasiswa untuk bersama PAS.
Jik Pemuda UMNO mahukan sokongan anak muda, ikon perlu ditonjolkan. Pakatan Rakyat punyai Anwar Ibrahim sebagai ikon evergreen walaupun banyak tuduhan terhadap beliau. Jika benar Najib mahu dijadikan ikon, biarlah seribu satu tuduhan terhadapnya termasuk berkaitan Altantuya, tetapi jika Najib adalah ikon rakyat, Najib akan tetap berdiri atas prinsip dan dilihat sebagai pemimpin karisma.
Atau Khairy Jamaluddin mahu menjadikan diri sebagai ikon baru anak muda? Langkah mula Anwar Ibrahim berpaksikan gerakan muda Islam, background Anwar yang lebih dilihat Islamik menggagalkan apa jua cubaan untuk mengaitkn beliau dengan tuduhan moral. KJ juga harus begitu jika mahu dilihat sebagai ikon. Umur muda KJ dalammendaki tangga puncakkepimpinan dalam UMNO dilihat baik. Tetapi apakah ini cerminan kepimpinan jujur, amanah dan telus yang mahu diketengahkan? KJ hanya perlu membuktikan ini, jiwa agama perlu ditonjolkan, jika ditonjolkan apakah level movement KJ boleh disetarafkan dengan Anwar Ibrahim? KJ juga adalah golongan rival dan kritikal ketika zaman mahasiswanya.
tuntutan generasi muda hari ini bukan sekadar rival dan kritikal tidak ketentuan, tetapi yang didahagakan oleh generasi baru ialah kepimpinan muda Islam yang kontemporari atau yang boleh kita istilahkan sebagai TEAM ERDAGON. Mereka dilihat lebih strategik untuk Islam berbanding parti sekular yang menjadi platform mereka. Itulah dia Anwar Ibrahim ketika dalam UMNO,namun kini TIDAK.

No comments: