Monday, March 29, 2010

Apakah Ezam bertemu Saiful? Mohon Penjelasan

Sehingga hari ini masih tidak ada lagi jawaban daripada Ezam Mohd Nor berkaitan cabaran saya untuk Ezam menyatakan secara jelas dan kepada umum bahawa - Beliau (Ezam) percaya bahawa DS Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat?. Ezam juga masih tidak menjawab apakah beliau sudah bertemu dengan DS Anwar Ibrahim untuk mengetahui hal sebenar berkaitan dakwaan fitnah liwat kedua ini?
Ezam juga belum menjawab adakah beliau sendiri pernah bertemu dengan Saiful Bukhari Azlan? Jika ada pertemuan, bilakah pertemuan itu berlaku? Sebelum atau selepas laporan polis dibuat oleh Saiful terhadap DS Anwar Ibrahim? Dimana beliau bertemu Saiful? pada waktu/jam berapa?
Saya mempersoalkan ini kepada Ezam kerana melihat kebelakangan ini, Ezam secara lantang mempersoalkan kredibiliti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bagi Ezam tidak adil dalam memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim kerana TG Nik Aziz tidakpun pernah berjumpa Saiful? Jika TG Nik Aziz tidak pernah berjumpa Saiful, maka apakah Ezam pernah berjumpa Saiful? Apakah bukti yang ditunjukkan Saiful kepada Ezam sehingga Ezam percaya tentang dakwaan sodomi ini? Saya masih menunggu jawaban Ezam.

Muhyiddin VS Najib?

Mungkinkah Pagoh bakal menyerang Pekan? Mungkinkah Muhyiddin Yassin berani melanggar Najib? Jika dalam kemelut politik MCA agak menarik untuk kita teliti bahawa Chua Soi Lek (Bekas Timbalan Presiden MCA) telahpun secara berani mencalonkan diri bagi menentang Ong Tee Keat (Bekas presiden MCA) bagi jawatan Presiden dalam pemilihan yang berlaku semalam.
Dan ternyata Chua Soi Lek telahpun menang dan menerima mandat oleh perwakilan. Jadi tidak mustahil untuk kita juga melihat bahawa ada kemungkinan-kemungkinan Muhyiddin akan mencalonkan diri dalam pemilihan UMNO akan datang jika mendapat sokongan akar umbi seperti mana Chua Soi Lek yang mendapat sokongan akar umbi MCA.
Kita berbicara soal ini kerana terdapat ketidak konsistenan Muhyiddin dalam menyokong polisi atau pendekatan Najib melalui 1 Malaysia. Rakyat didahulukan untuk didungukan oleh Najib-Muhyiddin dengan polisi flip flop mereka. Mereka tidak konsisten antara menggagaskan polisi dan implimentasi tindakan. Seorang bercakap soal 1 Malaysia manakala seorang bercakap soal hak Melayu sahaja.
Pertama, tatkala Najib berbicara soal 1 Malaysia, Muhyiddin memfokuskan persoalan Melayu. Ini pertentangan umum yang jelas menunjukkan kontradiksi. Najib melancarkan website 1 Malaysia, Muhyiddin melancarkan My Malaysia. Namun sehingga kini laman My Malaysia (Muhyiddin Yassin untuk Malaysia) sudahpun ditutup kembali. Apakah sebabnya? Ini hanya beberapa nukilan permasalahan di antara mereka. Banyak lagi yang dimaklumi rakyat.
Apakah mungkin tidak ada cara lain bagi Muhyiddin menyelamatkan UMNO melainkan secara berani menawarkan diri bertanding bagi jawatan Presiden UMNO menentang Najib sepertimana Chua Soi Lek lakukan terhadap Ong Tee Keat?. Sekarang kononnya UMNO sudah subur demokrasi. Sistem kouta sudah tidak perlu lagi untuk bertanding jawatan termasuk bagi jawatan Presiden. Jadi Najib jangan bimbang dan terkejut jika Muhyiddin bangkit menentangnya dalam pemilihan akan datang. Jika Muhyiddin merasakan politik Melayu itu boleh meneruskan survival UMNO, mungkin lebih baik Muhyiddin bertanding melawan Najib. Namun jika Najib mersakan strategi 1 Malaysia lebih ampuh, tidak perlu lagi Muhyiddin untuk membising bicara soal Melayu. Realitinya jika, jika dalam kalangan UMNO itu memilih 1 Malaysia, maka sebenarnya pilihan rakyat itu adalah bersama Pakatan rakyat yang lebih jujur menterjemahkan keadilan dan kesaksamaan ekonomi kepada rakyat berbanding UMNO/BN.
Jika ini yang berlaku, tidak ada satu haluan di antara pemimpin nombor satu dan nombor dua (tatkala kononnya Najib menjaja 1 Malaysia), kita selaku Generasi Muda dan Anak Muda tidak boleh menaruh keyakinan terhadap kepimpinan UMNO/BN lagi. Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia bersedia bangkit dan membina Harapan Baru buat rakyat Malaysia melalui kepimpinan yang lebih Berintegriti dan Berkebajikan.

PERKASA Sub-Kontrak UMNO?

Apakah benar kewujudan Perkasa hanya bersifat Sub-Kontrak UMNO? Ini mungkin boleh dilihat apabila Perkasa begitu gigih berbicara soal hak Melayu yang hari ini kian sepi dibawa oleh UMNO.
UMNO sudah tidak ada kemampuan membawa isu Melayu. Kredibiliti mereka sudah tercalar dengan rendahnya nilai integriti kepimpinannya. Justeru kaedah untuk terus membicarakan persoalan hak Melayu secara agresif telah memungkinkan untuk Perkasa di Sub-Kontrakkan oleh UMNO bagi membawa isu-isu Melayu. Atau mungkin Perkasa akan ditubuhkan menjadi sebuah parti politik menjelang Pilihanraya Umum Ke-13. Ini mungkin kerana kehadiran 10,000 orang pada AGM Perkasa tempoh hari sudahpun memberikan isyarat jelas bahawa peranan UMNO dalam isu Melayu akan dikuburkan sendiri oleh Perkasa.
Kewujudan Perkasa secara rasionalnya menunjukkan kepada kita bahawa UMNO sudah tidak relevan. Tetapi Perkasa hanya sekadar NGO bukannya parti politik. Maka wadah yang ada buat rakyat Malaysia termasuk orang Melayu jika mahu melakukan perubahan politik setelah UMNO/BN tidak lagi relevan adalah bersama-sama dengan Pakatan Rakyat (PKR, PAS & DAP). Ini Pakatan Rakyat wadah politik Masa Depan Rakyat Malaysia.

CERAMAH UMUM

Tarikh: 27 Mac 2010 (Sabtu), Masa: 9.00 mlm, Tempat: Muasasah Darul Sharif, Jempol. Penceramah: Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat), Sdra. Nazree Yunus (Mantan Pengerusi GERAK), Ustaz Khairil Anwar Mohd Wafa (Ketua Pemuda PAS N. Sembilan). Anjuran PAS Kawasan Jempol Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Jempol.

Tuesday, March 23, 2010

Keadilan Untuk Anwar

Dalam membicarakan persoalan apakah perlu Anwar Ibrahim dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen bagi membicarakan soal kenyataan beliau di dalam Parlimen (One Malaysia = One Israel?) harus kita lihat bersama dengan kes yang berlaku di Perak.
Ketika kemelut di Perak, UMNO/BN juga turut melibatkan Sultan untuk mengesahkan kedudukan politik di Perak. Sultan juga memanggil ketiga-tiga ADUN yang mahu mengisytihar menjadi ADUN Bebas tetapi cenderung kepada BN.
Apakah salah Anwar Ibrahim untuk menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, maka perlu dipersembahkan tanda sokongan Ahli Parlimen yang menyokong beliau? Jika UMNO/BN menyatakan bahawa tindakan Anwar Ibrahim adalah salah, maka salah juga tindakan BN Perak membawa tiga ADUN yang mahu keluar PKR&DAP mengadap Sultan. Jawabannya, UMNO/BN perlu bubarkan DUN Perak dan jangan pula berselindung disebalik dakwaan mendapat restu istana seperti mana mereka tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim untuk mendapatkan restu Yang Dipertuan Agong.
Ini yang perlu kita nilai.

Monday, March 22, 2010

Jadual Ceramah - Selamatkan Malaysia

CERAMAH SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA FITNAH2
Tarikh: 21 Mac 2010, Masa: 9.00 mlm. Hari: Ahad. Tempat: AU5, Gombak, Selangor. Penceramah: Yb. Shaari Sungip, Yb. Amiruddin (ADUN Batu Caves), Sdra. Din Binjai, Ustaz Salehuddin - YDP PAS Gombak, Sdra. Nazree Yunus.
CERAMAH PERDANA
Tarikh 13 Mac 2010 Masa: 9.00 mlm Hari: Sabtu. Tempat: Lanai Lestari Kg. Tok Embun, Temerloh, Pahang. Penceramah: Sdra Nazree Yunus (Mantan Pengerusi Gerak), Sdra. Lee Khai Loon (Exco Penerangan AMK Pusat), Hj. Ramlan (Exco AMK Pusat), Hishamuddin Rais, Ahmad Shah Masood. Pimpinan Anak Muda Selatan Thai.
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT:PENTAS ANAK MUDA
Tarikh : 19 Februari 2010 Masa : 9.00 malam Hari : Jumaat ( Malam Sabtu )Tempat: 162 Gedong Lalang, Ampangan ( Belakang Pejabat Dun Ampangan, Bersebelahan Sek Agama Rakyat ( SARA ) Gedong Lalang, N. Sembilan. Penceramah :1. Sdr Syamsul Iskandar : Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia2. Sdr Ustz Nasaruddin Hassan : Ketua Pemuda PAS Pusat.3. Sdr YB Antoney Loke : Ketua Pemuda DAP Pusat.4. Sdr Nazree Yunus : Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi ( GERAK )5. Sdr YB Aminuddin Harun - Adun Sikamat6. YB Rashid Latif - Adun Ampangan.
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis. Masa : 9 malam Tempat : Bandar Baru Sendayan (Dekat Felda Sendayan) , N.Sembilan Penceramah : 1-Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS 2-Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri/Pengerusi PKR Pahang 3-Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan 4- YB Hj Mohamad Taufek , ADUN (PAS) Paroi , N.Sembilan 5-Chegubard , Ketua PKR Rembau 6-Mohd Nazree Mohd Yunus , PKR/Bekas Pengerusi GERAK

Thursday, March 11, 2010

Prinsip KEADILAN tarik minat Nazree



Sifat keterbukaan dan perjuang-an membawa amalan politik baru, mendorong bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus menyertai KEADILAN.


Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu berkata, prinsip parti yang mengamal prinsip keadilan dan memperlihat sifat futuristik, menarik perhatiannya.


Beliau berharap penyertaannya membantu memberi sumbangan kepada parti dari segi membudayakan integriti dan anti-rasuah dalam urus tadbir negara.


Katanya, beliau juga mahu menggalas perjuangan parti ke arah membawa pembaharuan dalam sistem politik negara yang lebih berintegriti.


“Saya secara serius menyertai KEADILAN untuk memulakan fasal baru dalam perjuangan. Keputusan ini saya ambil selepas bertemu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Bagi saya, penyertaan ini bersifat, saling melengkapi kepimpinan yang sedia ada dalam parti,” katanya pada sidang media pada 24 Januari lalu.


Pengumuman itu dibuat Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu majlis sederhana di ibu pejabat parti.


Mengakui menerima pelawaan tidak rasmi daripada parti lain, tapi enggan mendedahkannya, Nazree mengesa golongan muda turut sama menjana gelombang reformasi kedua.


Beliau juga menyatakan tidak ditawar, apatah lagi menuntut sebarang jawatan atau kedudukan dan menyerahkan perkara itu kepada pimpinan parti.


“Soal saman Tan Sri Khalid Ibrahim, saya serahkan kepada pucuk pimpinan. Saya masuk parti ini bukan untuk meminta Khalid membatalkan saman,” katanya.


Shamsul pula berkata, kemasukan Nazree yang sebelum ini diuar-uar akan menyertai Umno, dijangka mampu mengukuhkan KEADILAN dan AMK secara keseluruhan.


“Penyertaan Nazree itu membuktikan pemimpin muda menaruh minat mendapat terhadap intipati perjuangan KEADILAN dan kita me-ngalu-alukannya,” kata beliau.