Monday, March 29, 2010

Apakah Ezam bertemu Saiful? Mohon Penjelasan

Sehingga hari ini masih tidak ada lagi jawaban daripada Ezam Mohd Nor berkaitan cabaran saya untuk Ezam menyatakan secara jelas dan kepada umum bahawa - Beliau (Ezam) percaya bahawa DS Anwar Ibrahim adalah seorang peliwat?. Ezam juga masih tidak menjawab apakah beliau sudah bertemu dengan DS Anwar Ibrahim untuk mengetahui hal sebenar berkaitan dakwaan fitnah liwat kedua ini?
Ezam juga belum menjawab adakah beliau sendiri pernah bertemu dengan Saiful Bukhari Azlan? Jika ada pertemuan, bilakah pertemuan itu berlaku? Sebelum atau selepas laporan polis dibuat oleh Saiful terhadap DS Anwar Ibrahim? Dimana beliau bertemu Saiful? pada waktu/jam berapa?
Saya mempersoalkan ini kepada Ezam kerana melihat kebelakangan ini, Ezam secara lantang mempersoalkan kredibiliti Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang bagi Ezam tidak adil dalam memberikan sokongan terhadap Anwar Ibrahim kerana TG Nik Aziz tidakpun pernah berjumpa Saiful? Jika TG Nik Aziz tidak pernah berjumpa Saiful, maka apakah Ezam pernah berjumpa Saiful? Apakah bukti yang ditunjukkan Saiful kepada Ezam sehingga Ezam percaya tentang dakwaan sodomi ini? Saya masih menunggu jawaban Ezam.

No comments: