Friday, April 3, 2009

GERAK YAKIN NAJIB BENTUK KABINET BERINTEGRITI

KENYATAAN MEDIA GERAK
3 APRIL 2009

GERAK YAKIN NAJIB BENTUK KABINET BERINTEGRITI

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) ingin mengucapkan tahniah kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak atas perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 dan yakin kabinet yang bakal diumumkan oleh Dato’Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak adalah kabinet yang mampu mengembalikan keyakinan rakyat. Namun pra-syarat bagi kabinet yang menyakinkan ini adalah harus ditunjungi oleh pemimpin-pemimpin yang berintegriti, jujur dan ikhlas.

Gerak yakin Dato’ Seri Najib Tun Razak mampu untuk membariskan kabinet yang ideal bagi menambah nilai pentadbiran dan merangsang semula ekonomi. Kita juga berharap agar Dato Seri Najib Tun Razak akan meneruskan agenda integriti dan anti rasuah dalam keadaan yang lebih agresif. Keyakinan para pelabur luar harus ditingkatkan dengan mengurangkan persepsi negatif para pelabur terhadap index rasuah negara.

Tidak semestinya para pemenang jawatan di dalam Pemilihan Agung UMNO tempoh hari seperti Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri UMNO dilantik ke jawatan menteri atau timbalan menteri. Perlantikan para menteri dan timbalan wajar dilakukan dengan mengambil kira merit, pengalaman dan integriti individu terlibat.

Budaya integriti juga harus dilakukan pemantauan terhadap kakitangan kerajaan di kementerian-kementerian terutamanya ketua-ketua unit di kementerian yang mempunyai kuasa untuk mencadang dan meluluskan apa-apa jua projek dan tander kerajaan supaya ianya tidak berlaku ketirisan. Jika berlakunya ketirisan ini, maka dasar-dasar kerajaan yang baik tidak akan berjaya diimplementasikan secara positif jika terdapat kakitangan kerajaan yang melaksanakan dasar-dasar baik kerajaan tidak bertindak dengan cekap dan amanah.

Terdapat para usahawan yang telah memaklumkan kepada Gerak bahawa mereka tertekan dengan sikap segelintir kakitangan awam yang memeras atau meminta rasuah bagi diberikan ruang buat memohon projek ataupun tander kerajaan. Sikap individu seperti ini boleh merosakkan imej kerajaan jika tidak dibendung dengan sewajarnya. Gerak menasihatkan agar mana-mana kakitangan awam agar tidak menyalahgunakan kuasa yang ada bagi kepentingan diri. Jika kepentingan diri didahulukan maka agenda dan dasar-dasar kerajaan termasuk belanjawan tambahan atau bajet mini yang disuntik untuk membangunkan ekonomi tidak akan memberikan kesan langsung positif terhadap rakyat.

Gerak juga menyokong jika terdapat usaha-usaha Perdana Menteri Malaysia yang baru ini untuk memperkemaskan lagi struktur bagi membudayakan integriti termasuk menubuhkan Mahkamah Khas Rasuah bagi menangani isu korupsi dan salahguna kuasa. Bagi menyuburkan demokrasi dan integriti berita dan maklumat, Gerak juga menyarankan agar Perdana Menteri baru boleh mempertimbangkan agar dapat menarik semula larangan dan penggantungan 3 bulan akhbar Harakah dan Suara Keadilan.

Mohd Nazree Mohd Yunus
Pengerusi
Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi.

10 comments:

Salleh said...

sah lah anak buah najib Pengerusi Gerak ni???

Jamil Titiwangsa said...

apakah benar ada gerakkan utk membawa msuk Pengerusi Gerak ke dalam PKR melalui MPT tertentu PKR...khasnya untuk Anwar Ibrahim??..

Jangan kena beli sudah...kalau sdra nazri terus di NGO dan mainkn peranan berkesan macam sekrangpun sudah bgus....tahniah buat sdra nazri

Norman hakim Bukit Gantang said...

Yer ker,nampaknya sangat menyuntik momentum buat Pemuda PKR jika Sdra nazri dilantik menjadi Ketua Angkatan Muda PKR Malaysia.Gantikan Shamsul Iskandar....khabarnya...Cheguebard sedang memainkn peranan ini....betul ker nie???padanlah tibe2 attack nsdra nazri..rupanya ada agenda nak pancing masuk PKR...terpulanglah kpd sdr nazri ingin memilih haluan...selamat berjuang sahabat!!

Nizam PAS Wilayah said...

Pengerusi Gerak akan bertemu Tuan Guru Nik Aziz dalam masa terdekat???betul ke nie?Beliau diminta oleh YB HUsam untuk berbuat demikian untuk suatu isu yang tidak diketahui...nampak tanda-tanda macam nak masuk PAS jer? tadi PKR offer...sekarang PAS...UMNO bila lagi?ke dah lama kena offer.

angah said...

salam...

rasa cam mustahil jer nak masuk PKR...
hehe..
nak tanya lah saudara nazree..
cam mana saudara boleh yakin najib boleh bertindak menhapuskan rasuah? sedangkan najib banyak makan komisen..oppsss
komisen tak rasuah....
lembu rasuah...
hehehehe

angah said...

salam saudara nazree..
saya nak tanya sikit pasal rasuah nie..
yelah..TSKI bagi lembu kat surau BTR saudara kata rasuah..
abis tue..
Khir Toyo pakai duit PNSB pegi disneyland tak salah guna kuasa ker tue??
ohh yelah...org kat disneyland tue tak undi Khir toyo..kira tak ada kepentingan lah yee...tak rasuah lah tue kan? hehehehehe

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam kepada Saudara Angah,

Terima kasih atas pandangan dan persoalan kritikal saudara sebagai anak muda, saya alu-alukan.

Berkaitan soal rasuah Khir Toyo, jika ada hard evidence atau bukti fizikal boleh diserahkan kepada saya dan saya menyatakan komitmen untuk melaporkan serta mendedahkannya jika terdapat saksi dan bukti fizikal.

Saya juga mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Selangor atas keseriusan melalui SELCAT untuk membongkar rasuah kerajaan terdahulu. Jika ianya mempunyai bukti, individu terlibat termasuk Khir Toyo juga boleh didakwa.

Usaha Saudara juga dialu-alukan untuk mendepani perjuangan menentang rasuah, perjuangan menentang rasuah dan membudayakan integriti bukanlah menjadi hak eksklusif saya dan GERAK, bahkan ianya hak semua.

Keberanian Saudara adalah perlu untuk dimanfaatkan buat mendepani perjungan anti korupsi ini.

Jika ada apa-apa bukti fizikal dan saksi yang berani tampil untuk mana-mana kes rasuah sama ada melibatkan UMNO-BN atau PR, swasta dan kakitangan awam, maka saya bersedia melakukan kerjasama termasuk daripada mana-mana parti politik untuk memastikan kita mampu membangunkan tamadun bangsa yang berasaskan sistem nilai yang holistik & bersih.

Wassalam

angah said...

alhamdulillah..
amat bernas kata2 saudara nazree....
insyaALLAH...kalau ada bukti saya akan cuba menbantu..
tapi...
kenyataan yg di keluarkan oleh ketua eklusit PNSB tak boleh di jadikan bukti ker?
:)

uncle_abu said...

carik bukti and bgla kat GERAK angah oi!!

tp nazree/Gerak khususnya,hangpa YAKIN kah Najib akan bentuk barisan kabinet yg berINTEGRITI??

najibus..damn!!

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam,

Jika ada kenyataan dari Ketua Eksekutif PNSB ianya hanya boleh saya & Gerak sokong untuk agenda anti korupsi, tetapi jika Ketua Eksekutif atau ada mana-mana kakitangan PNSB memberikan saya salinan dokumen fizikal yang menunjukkan dimana korupsi berlaku, Insyallah saya dan GERAK akan melapor serta mendedahkan dengan cara yang sama seperti mana dalam kes TSKI.

Jika tidak bermacam-macam tindakan akan diambil terhadap kami jika tidak ada bukti yang jelas terutamanya salinan dokumen yang menunjukkan adanya korupsi. Dalam kes-kes yang kita punyai dokumenpun disaman apatah lagi bagi yang tidak ada.

harap saudara dapat melihat kondisi ini serta dapat juga memberikan pandangan terhadap mana-mana pimpinan sama ada kerajaan atau pembangkng agar membantu secara kolektif dalam mendapatkan dokumen fizikal sebagai bukti untuk rakyat.

Jika tidak tindakan kita akan hanya dilihat berasaskan kenyataan atau sandaran lemah orang lain.

Saya juga mempunyai pandangan jika Ketua Eksekutif PNSB tidak mahu atau merasakan dokumen itu adalah dibawah OSA, beliau secara peribadi sebenarnya bertanggungjawab untuk melaporkan kepada SPRM dan boleh juga mendedahkan seperti mana saya dedahkan berkaitan kes korupsi. Kita harus percaya bahawa segala tindakan yang saya lakukan adalah yang lain juga mempunyai hak disisi undang-undang untuk melakukan pendedahan termasuk juga sdra.

Saya juga bertumpang gembira jika lebih ramai anak muda secara inisiatif peribadi juga berani tampil untuk mendedahkan kes-kes rasuah baik melibatkan BN ataupun PR. Tidak semestinya menunggu Gerak bertindak. Usaha Gerak ini adalah sebagai pemangkin untuk yang lain juga turut serta dalam arus perjuangan membudayakan integriti dan anti korupsi.

Saya juga menyatakan kesediaan untuk berkongsi pengalaman dalam membanteras korupsi bersama dengan teman-teman pemuda sama ada dari PKR, UMNO, PAS, MCA, MIC, Gerakan, DAP,PPP dan NGO-NGO lain. Ayuh kita bangunkan perjuangan dengan keterlibatan secara fizikal dalam memaknakan harga diri membangun tamadun bangsa.

Wassalam.