Monday, April 6, 2009

GAGASAN FIQH KORUPSI

Gagasan Fiqh Korupsi yang mahu kita bincangkan ini mungkin sudahpun mendapat perhatian para ulama' termasuk Majlis Fatwa Ulama dan para mufti. Gerak akan melancarkan gagasan pemikiran ini bagi merungkai tolak tarik perbincangan berkaitan isu rasuah. Maka pandangan para ulama' terutamanya yang sedang memegang jawatan dalam kerajaan amat penting bagi menjealaskan beberapa kekeliruan mendifiniskan suasana atau situasi berlakunya rasuah.
Terdapat beberapa perbincangan awal yang akan dirungkai berasaskan pandangan ulama' yang akan dikaji di peringkat Gerak berasaskan situasi dan masalah perilaku rasuah semasa. Hukum rasuah adalah jelas haram. Pemberi dan penerima rasuah tempatnya di neraka. Namun perbincangan kita lebih menjurus untuk melihat kondisi serta keputusan-keputusan berkaitan dakwaan rasuah apakah adil menurut Islam.
Bentuk-bentuk fokus perbincangan:
1-Antara hadiah dan rasuah.
2-Pemberian kontrak tanpa balasan terhadap saudara.
3-Pemberian kontrak yang mana balasan atau hadiah diberikan selepas kejayaan projek walaupun si pemberi projek tidak pernahpun meminta komisen.
4-Komisen terhadap projek. Apakah wujud istilah komisen terhadap mana-mana pegawai awam yang diamanahkan untuk menilai projek.
5-Derma kepada parti politik. Yang mana apabila parti politik itu menang, apakah jika si penderma meminta imbuhan projek maka pemimpin politik baik BN atau PR yang berjaya memerintah pusat atau negeri memberi projek kepada penderma maka itu adalah rasuah?
6-Pemimpin politik memberikan tander kepada tauke-tauke untuk menjadi backup politik apabila bertanding secara runding terus baik parti pemerintah pusat mahupun negeri.
7-Pemberian wang dalam pemilihan atau muktamar parti yang hanya menggunakan wang simpanan sendiri berbanding salah guna kedudukan sebagai Menteri, Exco Kerajaan Negeri untuk mengalirkan wang secara salah bagi tujuan kempen.
8-Penggunaan wang menganjurkan majlis pengenalan, jamuan atau kenduri doa selamat bagi tujuan memancing jawatan, apakah ini rasuah?
9-Menganjurkan apa jua majlis dan melakukan pemberian hadiah atau wang sebagai hadiah tanpa disebut secara nyata termasuk tidak terniat oleh si pemberi untuk mempengaruhi sasaran bagi mengundi individu tertentu.
Topik perbahasan lanjut akan disiarkan apabila kajian awal dimulakan.
Jika terdapat pihak-pihak lain yang berminat untuk mengkaji dan meneruskan GAGASAN FIQH KORUPSI dalam sirkulasi masing-masing adalah amat dialu-alukan termasuk daripada Persatuan Ulama' Malaysia, ABIM dan PKPIM.
Hak perbincangan isu ini adalah terbuka kepada semua terutamanya golongan ulama' dan agamawan yang mempunyai autoriti untuk memberikan suatu bentuk pandangan yang konklusif berkaitan banyak lagi situasi yang berlaku.

6 comments:

Anonymous said...

Hebat!!
Saya suka idea ni.Fiqh Korupsi..

Ali UKM said...

Tahniah,

Satu gagasan idea yang baik. alangkah baiknya jika semua pihak dapat bermuafakat untuk bincang sama-sama dengan Sdra Nazree.

Hassan Al-Banna Malaysia nampak gayanya.

Luqman said...

Syabas Sdr Nazree, satu gagasan idea yang baik untuk ummat Islam dan non-muslim.

Jika ada kemusykilan tentang rasuah, dimana saya boleh ajukan soalan?bagus jugak jika sdra boleh menjadi tempat rujukan bagi kekeliruan tentang rasuah.

Didoakan uasaha sdra berjaya. Barakallah

Mior Isfandy said...

Mabruk Nazree.

Ur ideas most welcomed!Penerangan dan pemahaman about korupsi masih ditahap rendah terutamanya golongan pelajar

Amie Mia said...

alhamdulilah.. ianya satu fikrah yang amat bagus untuk diutarakan dgn lebih lanjut.. saya rasa masih terdapat byk kekeliruan mengenai isu yang berkonsepkan rasuah ini, walhal ramai menyedari akan hukumnya adalah haram di sisi Islam. syabas.

Amie Mia said...

alhamdulilah.. ianya satu fikrah yang amat bagus untuk diutarakan dgn lebih lanjut.. saya rasa masih terdapat byk kekeliruan mengenai isu yang berkonsepkan rasuah ini, walhal ramai menyedari akan hukumnya adalah haram di sisi Islam. syabas.