Saturday, January 31, 2009

GERAK MALAYSIA SOKONG PIHAK MAHU BANTERAS RASUAH




KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA
30 JAN 2009

GERAK MALAYSIA SOKONG PIHAK MAHU BANTERAS RASUAH

Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia ) menyokong penuh tindakan mana-mana pihak termasuk parti-parti politik untuk menyatakan komitmen secara serius dan tegas bagi mendedahkan apa-apa sahaja kes-kes rasuah yang melibatkan penyelewengan wang rakyat. Gerak Malaysia juga menyokong usaha-usaha oleh Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor untuk mendedahkan rasuah & penyelewengan yang melibatkan Kerajaan BN Selangor di bawah pimpinan Dato’ Seri Dr. Mohd Khir Toyo dahulu. Sepatutnya pendedahan seperti itu tidak perlu menunggu masa yang begitu lama untuk dibuat. Sebaik sahaja mendapat bahan bukti yang mencukupi, laporan hendaklah terus dibuat kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan segera. Bukan menunggu untuk setakat mendedahkannya di dalam Dewan Undangan Negeri sahaja. Gerak Malaysia juga bersedia untuk membongkarkan penyelewengan yang berlaku jika mendapat maklumat dan dokumen yang berkaitan dengannya.

Dalam perkembangan terdahulu, Gerak Malaysia merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas kesungguhan mereka yang telah berusaha gigih untuk menyiasat & membanteras kes-kes rasuah yang dilaporkan seperti rasuah politik dalam UMNO dan termasuk dakwaan kes penyelewengan Menteri Besar Selangor baru-baru ini. Gerak Malaysia berharap agar tidak ada sikap pilih kasih atau siasatan terpilih dalam kes-kes rasuah sama ada melibatkan kepimpinan Kerajaan Barisan Nasional mahupun Kerajaan Pakatan Rakyat.

Gerak ingin menegaskan di sini bahawa kes yang melibatkan dakwaan salah laku dan rasuah Tan Sri Khalid itu bukanlah satu perkara yang kecil atau remeh. Yang dipersoalkan di sini ialah cara pengeluaran dana kerajaan negeri yang tidak mengikut prosedur dan disalurkan ke kawasan Parlimennya sendiri yang berada di luar negeri Selangor. Bukanlah daging korban atau manfaat yang diperolehi oleh penduduk di Bandar Tun Razak yang dipertikaikan, tetapi manfaat keuntungan politik yang diperolehi oleh Menteri Besar secara tidak betul yang dipersoalkan. Lebih-lebih lagi jumlah 46 ekor lembu korban yang diberikan kepada Parlimen Bandar Tun Razak (yang meliputi semua Masjid, Surau dan Madrasah) adalah melebihi daripada jumlah yang di agihkan kepada 9 daerah di seluruh negeri Selangor (yang hanya diberikan kepada Masjid sahaja). Kita kecewa dengan sikap dolak dalih yang ditunjukkan oleh Tan Sri Khalid dalam menangani isu ini dan cara beliau menutup kesilapan beliau dengan alasan “sedekah” dan “amal jariah” dalam usaha beliau untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu yang sebenarnya. Gerak Malaysia menekankan persoalan pengurusan integriti dalam kepimpinan tidak kira sama ada oleh BN ataupun PR.

Sehubungan dengan itu Gerak juga ingin menyeru kepada para ulama dan tokoh-tokoh agama termasuk para mufti untuk memberikan pandangan mereka terhadap amalan “sedekah” dan “amal jariah” seperti ini untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dan salah faham kepada umat Islam keseluruhannya.

Kita juga menyarankan, mana-mana pihak yang mempunyai dokumen dan fakta yang berkaitan kes rasuah dan penyelewengan agar tampil secara berani melaporkan kes berkenaan. Gerak Malaysia sentiasa menyokong tindakan rakyat untuk melaporkan dan mendedahkan kes-kes rasuah. Kita juga bersedia untuk bekerjasama dengan pihak-pihak yang ingin melaporkan tentang salah guna kuasa mana-mana pihak sama ada di peringkat kerajaan mahupun pembangkang. Isu integriti dan anti rasuah bukanlah perjuangan eksklusif Gerak Malaysia tetapi ini merupakan perjuangan seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira batasan ideologi kepartian.

Gerak Malaysia juga ingin menegaskan bahawa kita tetap dengan prinsip untuk membudayakan integriti dan anti rasuah secara neutral, non-partisan dan bebas. Justeru kita juga menolak tohmahan mana-mana pihak yang menuduh Gerak Malaysia dipergunakan untuk kepentingan parti politik tertentu. Gerak Malaysia tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mencabar kredibiliti tindakan Gerak Malaysia dalam melaporkan salah laku rasuah & penyelewengan terutamanya melibatkan rasuah politik.

Mohd Nazree Mohd Yunus
Pengerusi Gerak Malaysia


9 comments:

Anonymous said...

Congratz Nazree atas ketegasan anda and Gerak Msia.

So bile leh bongkar rasuah pakcik khir tempe plak?? tkkan xda bukti lg??

erm,kerat kuku laa klu tempe tuh xda rasuah...hahaha...

Life2110 said...

bro,
mana kotak2 yg banyak tu...bukak je la..atau ko tunggu projek dari khir toyo ke? kah kah..
apa kabar ezam ha?
benda kecik2 ko kecoh..yg besar2 ko buat tak tau..ko ni memang bangsa#..ha ha ha
dah la.pi la mintak keje ngan gomen, sure dapat..
bod## nye ko ni

Anonymous said...

Buat kerja biarlah ikhlas, kata nak hapus rasuah...rasuah yang napak secara terang2 dan semua orang tahu kamu tak nak bangkit pulak, semua orang tahu UMNO memang parti yang bergulumang dengan rasuah dari peringakt kawasan hingga ke bahagaian paling atas, anak saya yang 6 tahun tahu. kenapa kamu tak pulak nak war-warkan dam laporkan kepada SPRM.

*Perbuatan yang busuk.... bermula dari hati yang busuk.

Anonymous said...

Salam..

Tahniah kepada saudara nazree atas usaha utk memastikan negara Malaysia tercinta ini bebas dr rasuah...

Tetapi berdasarkan akhabar Sinar Harian hari ini...anda lebih fokuskan tentang penyelewengan TS Khalid membaiki kereta yang berjumlah lebih kurang RM 10000...

Adakah lebih baik jika anda cuba fokuskan terhadap isu "pembelian" ADUN yang bernilai hampir RM 50 juta..

Saya tahu usaha anda yang murni itu..namun...cuba lebih transparence dalam melakukan sesuatu..

Ditegaskan saya tidak menyebelahi mana2 pihak..juga dikaitkan tentang ADUN PR yang rasuah di Seri Iskandar...sila siasat...

Diharap anda lebih telus dan berani dalam menyatakan pendirian anda..keluarkan sesuatu dengan fakta dan bukti yang jelas..nescaya ramai lg akan berdri di belakang anda dan menyokong usaha murni anda dalam memastikan Malaysia ini bebas RASUAH...

sekian..

Anonymous said...

naz...kna lah buat sesuatu..

kes2 tan sri khalid ko bongkar..
kes2 lain2,dr pak lah,najib,mat taib,khir toyo kebawah...ko wat xtau,wat x nampak...

buat sesuatu naz...(and Gerak khususnya!)


jangan silap langkah........


~ua~

Anonymous said...

naz..good job..teruskan usaha yg anda jalankan..opinion drpd org rmai samada +ve atau -ve adalah perkare biase..kalo tak itu bkan opinion..haha..apabila sesuatu yg baik dijalankan pasti ade yg menyokong dan tidak berpuas hati.

Cuma kat sini,aku sbg org yg kurang arif pasal GERAK nih,ade rs ingin tahu (1) bagaimana proses dan penilaian sesuatu rasuah itu.. (2) sejauh mane ketelusan setiap kes yg dijalankan..if tggu laporan je baru nak bergerak, aku rs tak memadai sbb org yg membuat laporan tersebut masing2 ade agenda yg tersendiri..(3) objektif GERAK menyiasat semua kes2 rasuah..adakah hanya utk mendapatkan iktibar kepada pemimpin lain atau utk menginsafkan atau memalukan atau menjatuhkan pihak tersebut..aku sendiri tak berpuas hati kalo setakat dpt berite dari suratkhabar yg mcm berat sebelah..igt semua org nih bodo agaknye nak percaye bulat2..haha

And satu lagi naz, selain ko memperjuangkan rasuah tuh, tak salah kalo ko cube perjuangkan dgn menerapkan ALIF,BA and TA..adakah dgn mengungkapkan kalimah ALLAHUAKHBAR dgn perasaan marah ketika membuat demonstrasi boleh mencapai halatuju kite yg sebenarnye.

Anonymous said...

sokong sdra nazree, biar kecil jumlah tapi tetap rasuah, eloknya sdra nazree dilantik oleh pakatan rakyat untuk menganggotai majlis hisbah atau badan semakan ketelusan pentadbiran, beri dia autoriti utk buat semakan, pasti kes rasuah & salah guna kuasa mat tempe khir toyo akan dapat didedahkan.

mungkin juga kerajaan BN negeri lain juga boleh lantik sdra nazree but pemantauan kpd ketelusan mereka, itu pun kalau BN nak teluslah.

Anonymous said...

GERAK ... ini macam serpihan UMNO je ni... satu satu isu ada agenda tersendiri...memang betul ia berkenaan rasuah...tapi jangan ko ingat orang semua tak buka mata.... yang ko pi belah Pakatan Rakyat tu apsal,...yang dok nampak kat puak BN ko takde pulak nak gegar...

Jadi GERAK ni aku nampak macam anak buah UMNO je...kata independent tapi hancurrr

Anonymous said...

Asslamulaikum..

Mmg sy sokong sgt2 GERAK ni..akan tetapi byk lg kes2 melibatkan org politik pro BN terlepas...

Sy mintak GERAK siasat laporan audit negeri Melaka mengenai Ali Rustam serta aset kerajaan negeri dan anak2 syarikat kerajaan negeri...Pengarah Audit negeri dah pun kena tuka pertengahan tahun ni sebab kacau dia...

Ketua Audit negara pun xleh buat ape...kecian penjawat awam...kan?

Sy bg hint la skit..kes2 yg patut GERAK pergi bergerak siasat....

1)Kes tanah wakaf kt sebelah masjid al-azim jadik shopp'g keluargaku tu.....

2)Kes tabung pusat zakat melaka (akaun fisabilillah)yg digunakn kerajaan negeri sewenangnye..

dah lame dh kerajaan negeri melaka guna wang zakat...selangor baru nk buat dh kene sound..huhu!!

ni kes2 besar yg umum nye rakyat melaka dah tau...kes kecik2 byk lg ni....pergi je la jabatan audit negeri melaka tu....

tp utk dua2 kes ni mmg kerjaan negeri ade jawapan diorg yg xmunasabah...tp GERAK jgn la tengok je..kene la GERAK....:)