Tuesday, January 27, 2009

TIADA KOMPROMI DALAM RASUAH POLITIK : GERAK MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA
GERAK MALAYSIA
23 JANUARI 2009

TIADA KOMPROMI DALAM RASUAH POLITIK : GERAK MALAYSIA


Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia) menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mendakwa 3 pimpinan dan ahli UMNO yang terlibat dengan rasuah politik di mahkamah sesyen Kuala Lumpur, Ipoh dan Melaka.

Gerak Malaysia juga menyarankan agar SPRM tidak menjalankan pendakwaan terpilih terhadap hanya ahli dan pimpinan kecil peringkat cawangan dan bahagian sahaja dalam melakukan rasuah politik terutamanya menjelang pemilihan UMNO Mac ini. Kita juga berharap agar ada tindakan yang lebih agresif daripada SPRM untuk melakukan pendakwaan terhadap beberapa kepimpinan tertinggi UMNO termasuk beberapa laporan berkaitan salahguna kuasa Presiden dan Tim. Presiden UMNO.

Gerak Malaysia menggesa agar mana-mana pihak yang mermpunyai bukti fizikal rasuah terutamanya berkaitan dokumen, resit, wang atau cek agar tampil menyampaikan dokumen itu kepada SPRM untuk dilakukan penyiasatan dan pendakwaan.

Kita juga bersedia untuk menerima dan mendedahkan laporan rasuah politik UMNO jika ada mana-mana pihak bersedia bekerjasama untuk memberikan dokumen yang berkaitan yang boleh membantu pendakwaan.

Gerak Malaysia juga menyokong tindakan MPT PKR Sdra. Badrul Hisham Shaharin yang sebelum ini telah mendedahkan dokumen rasuah politik pimpinan UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan. Gerak Malaysia menggesakan agar SPRM dapat mengambil tindakan segera atas pendedahan tersebut.

Semua pihak perlu bermuafakat dalam agenda membudayakan integriti dan anti rasuah termasuk perkongsian maklumat dan kerjasama antara NGO-NGO & parti-parti politik agar rasuah politik dapat dibendung daripada menular dalam mana-mana parti politik sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang.

Gerak Malaysia tidak akan berkompromi dalam hal berkaitan rasuah termasuk rasuah politik yang melibatkan pimpinan tertinggi UMNO atau parti-parti yang lain.


MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi Gerak Malaysia

5 comments:

Anonymous said...

"....pendakwaan terhadap beberapa kepimpinan tertinggi UMNO termasuk beberapa laporan berkaitan salahguna kuasa Presiden dan Tim. Presiden UMNO."

sudah ada laporan?? cukup bukti?? ada pendakwaan??wahh...ini sudah maju!!tahniah kpd GERAK Malaysia!!

Tetapi,kenapa rakyat marhains masih tidak mendengar apa2 berita?? 'PakLah disoal siasat di Bukit Aman berkaitan ECM Libra'; 'Najib didakwa salahguna kuasa pembelian Eurocopter,kapal selam'; 'Jentera pilihanraya KT BN didakwa meRASUAH rakyat!'; 'Khairy didakwa RASUAH kawasan Parlimen Rembau semasa Aidiladha'....?????

erm,..adakah mereka2 yang sepatutnya bertanggungjawab mengambil tindakan terhadap perkara2 ini juga telah diRASUAH??hanya mendiamkan diri??tutup kes?? Harap GERAK Malaysia lebih agreasif dalam memperjuangkan tindakan membenteras RASUAH hingga ke akar umbi...siapa,dimana,bagaimana,bila,...Harap GERAK dapat dedahkan semuanya!!

Rakyat sudah benci dan muak dgn percaturan,permainan politik Malaysia yang terang2 nampak buruk dan hodoh!!

kadang2,terasa tersangattlah lebih baiknya menonton sitkom lama, 'pi mai pi mai tang tu' daripada mengikuti perkembangan politik negara menerusi berita2 utama,yang disiarkan dikaca tv!!

~ua~

Anonymous said...

Perlu dedah, sape ade bukti dedah segera,jangan bagimuka kat paklah&najib terutamanya, serah bukti pada Gerak saya yakin gerak akan dedah, syabas gerak, sybas sdra nazree.

smoga pihak lain dpt bantu gerak utk dedah najib punya rasuah, bagi dokumen kat gerak. saya rasa pkra ini perlu bagi elakkan gerak dilihat hanya attack PR. apapun tahniah ats usaha sdra.rasuah tetap rasuah wlaupun satu sen, cuma keadaan hari ini rakyat nampak lebh mahu dgr rasuah pimpinan UMNO dulu didedah&dihebah krna mrka ni dah 50 thun buat rasuah, kdg-kdg kesian jugak dkt PR,baru setahun je dah ada yang kantoi.agaknya tak pandai nak sorok sebab tak biasa buat mcm UMNO

Anonymous said...

thats why rakyat marah,..rasuah rm200 kluar paper,bising sana sini...nih rasuah bilon2 nih..tkkan nk simpan bawah tilam!!!

rasuah kapal selam;rasuah ecm libra;rasuah eurocopter;rasuah prkKT(election mana2 pon sama!);rasuah masjid kristal;rasuah wilayah iskandar;rasuah sime darby;rasuah ijn;rasuah lcct east labu;rasuah2 sana;rasuah2 sini;penyelewengan sana;penyelewengan sini;...

bukan nk ckp xdapat carik bukti laa...juak2 nih,buat rasuah,penyelewengan secara terang2an!!! nk bukti apa lagik! tuh yang disebut2;yang xdisebut2 dlm media??yang tender projek GLC shj mmg juak2 nih punya kroni yg ambik!! projek highway;projek telco kat TM;projek pembangunan wilayah;projek dlm kementerian;projek ngn jabatan2 kerajaan;...semua nih direct order dr 'bangkai2' nih!!...

so,apa ceritaa??? GERAK minta bongkarrr!!!


~ua~

Anonymous said...

Ya, sokong uncle abu,

gerk dedah segera, kami taruh keyakinan pada gerak. gerakjgn takbergerak, Ok la tu gerak dedah rasuah salah guna kuasa tan sri, satu sen pun rasuah juga,

jika kes tan sri ada kakitangan bagi dokumen, minta kakitangan bawah BN jgn bagi muka lagi kat BN & UMNO, dedahkan sahaja, boleh bagi pada sdra nazree, kita sama-sama bantu dapatkan dokumen,

saya janji jika ada dokumen UMNO & BN terutamanya,kita akan dedah& beri pada BN. jangan bimbang, rakyat bersama Gerak utk tolong sama dedah & lapor pada SPRM. minta SPRM telus

Anonymous said...

assalamualaikum,

saya berpandangn gerakan anti rasuah akan kuat jika rakyat & lain-lain individu juga tampil membantu membongkar rasuah, saya sokong jugak pandangan 'anti rasuah politik', kita rakyat kena bantu Gerak juga. Mungkin kalau diorang sorang-sorang nak pulun semua kes pun, letihla jugak. macam kes tan sri khalidpun ada kakitangan syarikat terbabit bantu bagi dokumen, jadi utk kes UMNO, kena ada individu juga bantu secara bersama dgn Gerak.

Saya nampak Gerak ni ada potensi jadi badan yang betul-betul bebas. teruskan usaha, saya akan usahakan dapatkan dokumen rasuah UMNO. Nanti nak tanya tan sri khalid, jika boleh dapatkan dokumen salahguna kuasa & rasuah khir toyo tempe.bleh kita dedahkan bersama dgn Gerak, Teruskan usaha Gerak!Berani kerana benar!