Thursday, December 25, 2008

Hudud & Negara Islam: Apa Agenda Husam & Khairy?

Belumpun sampai 36 jam selepas wacana transformasi politik, Husam sudah menarik balik kenyataan tegas berkaitan isu hudud.
Dalam soal ini tidak perlu ada pusingan u-turn jika dalam forum tersebut Husam tidakpun perlu menjawab apabil digasak oleh Khairy tentang persoalan hudud. Sekadar menjawab hudud tetap menjadi agenda tanpa perlu disambung jika PR memerintah pusat akan lebih melegakan keadaan berbanding hari ini desakan DAP untuk terus menolak hasrat itu.
Kita harus melihat agenda hudud perlu menjadi agenda Husam dan Khairy. Maknanya PAS & UMNO harus bersetuju untuk melihat dimana ruang yang boleh diterjemahkan oleh kedua-dua parti.
Keadaan emosi mungkin telah menyebabkan Husam terlancang bicara, namun jika lancangan itu diteruskan tanpa u-turn akan nampaklebih terserlah kredibiliti Husam apatah lagi terus di sokong oleh Tok Guru Nik Aziz.
Sepatutnya Husam terus mengheret Khairy untuk menyatakan komitmen berusaha membantu merealisasikan hukum hudud berbanding Husam sendiri ditekan oleh Khairy untuk menyatakan ikrar atas hudud.
Khairy patut rasa lebih bersalah jika mampu diperlihatkan tidak cakna pada hudud. Tidak cukup sekadar bertanya apa komitmen Husam & PAS terhadap hudud. Lebih wajar anak muda calon Ketua Pemuda UMNO itu yang lebih proaktif untuk membuka satu transformasi politik UMNO dengan beliau mendiamkan kebisingan penyokong Husam melalui kenyataan untuk bertindak sebagai Pemuda UMNO yang akan meneliti bagaimana harus Hukum Hudud ini dapat dilaksanakan.
Jelas kenyataan Husam dilihat hanya mamapu untuk memprotect dirinya pada ketika majlis tetapi agak goyah selepasnya. Namun ada baiknya kenyataan lepas oleh Husam itu berlaku, setidak-tidaknya, pimpinan PAS boleh melihat apakah latahan daripada DAP dan mungkin juga oleh PKR.
Transformasi politik yang dibicarakan akan lebih menarik sekiranya ada unjuran perbincangan berkaitan soal kerjasama UMNO & PAS berkaitan negara Islam dan Hukum Hudud. Bagaimana kedua-dua parti bermuzakarah untuk meletakkan asas ini dalam situasi masyarakat majmuk.
Juga lebih menarik jika pada wacana lepas, Khairy berjaya dihenjut untuk menyatakan komitmen berkaitan hudud kerana kita juga mahu melihat apakah aspirasi politik MCA, MIC, Gerakan dan PPP? Husam harus menambah kenyataan beliau untuk mendesak agar Khairy & UMNO menyatakan pendirian berkaitan negara Islam dan hudud.
Jika selepas ini sudah semuanya menyatakan pendirian berkaitan hudud termasuk UMNO & Khairy, maka lebih mudah untuk PAS menentukan mana kawan dan mana lawan dalam isu hudud. Lebih mudah untuk PAS menentukan pendirian politiknya. Jika Khairy & UMNO bersetuju dengan hudud maka mereka wajar berjuang bersama PAS dalam memartabatkan hukum Allah ini. Inilah mungkin asas 5P yang digagaskan Husam perlu disemak P yang pertama iaitu prinsip Khairy dan UMNO berkaitan Hudud.

1 comment:

Anonymous said...

khairy tolak hudud,mcm xda asas agama yg kuat...

hudud mmglah kna difikirkan secara mendalam,perlu penelitian yang khusus,dibincangkan bersama sebelom satu2 kerajaan itu melaksanakannya.lagi2 didalam negara kita Msia,dgn kehidupan masyarakat majmuk rakyat pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama.supaya perlaksanaannya itu selari dgn tuntutan agama.agama2 lain kna faham secara jelas ttg perlaksanaannya...sbb hudud itu wajib,bkn dr PAS,bkn dr Pak2 Arab OIC,..tp dari ALLAH.so apa masalahnye??

en khairy dok bising2 pasal perlaksanaan Hudud yg PAS ingin lakukan,adakah dia membantah ttg "HUDUD" itu sendiri??
so bg saya,en khairy nih bermain dgn politik murahan...dan harap Saudara Husam tidak cepat melatah dgn 'si pengacau' hukuman Tuhan nih...

lambat atau cepat perlaksanaanya,bg saya jika sudah ada jalan menuju kearah itu pon,alhamdulillah...

bukannya menolak kering2 hudud tuh..sbb yg bising2 nih pon,org Islam gak..mcm la xtau apa hudud tuh..

~ua~