skip to main | skip to sidebar
Nazree Yunus

Saturday, October 24, 2009

KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA

21 OKT 2009

GERAK saran Ketua Audit lapor SPRM

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK) menyarankan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang melaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung salahguna peruntukan kerajaan, dana awam dan salah gunakuasa seperti Laporan Audit Negara 2008.

Pengerusinya, Mohd Nazree Yunus berkata, terdapat pelbagai contoh meragukan berkaitan penggunaan peruntukan wang kerajaan antaranya Projek Landasan Berkembar Elektrik antara Rawang-Ipoh.

Semakan Audit juga mendapati, perolehan peralatan melebihi keperluan dan perolehan tren tidak diselaraskan dengan pembangunan infrastruktur hingga menyebabkan objektif pelaksanaan projek tidak dapat dicapai seperti ditetapkan.

Keadaan ini menyebabkan kerajaan terpaksa menanggung sebahagian kos kerugian dianggarkan berjumlah RM1.14 bilion kerana syarat antara kontraktor bagi Pakej Infrastruktur dikendalikan DRB-Hicom dengan kerajaan menetapkan liabiliti maksimum yang boleh dituntut hanya RM257.99 juta.

Menurut Mohd Nazree, GERAK melihat isu ini jelas sebagai bentuk-bentuk penidakan terhadap nilai-nilai integriti dalam pentadbiran dan pengurusan dana awam.

“Sewajarnya wang dana kerajaan digunakan sebaiknya oleh pihak dipertanggungjawabkan. Namun ada sesetengah pihak mengambil kesempatan mengaut keuntungan daripada dana-dana kerajaan yang diperuntukan,” katanya dalam kenyataan, Rabu.

GERAK juga menyarankan SPRM tegas tanpa dipengaruhi mana-mana pihak mengambil tindakan terhadap pesalah rasuah kerana laporan Audit Negara boleh dijadikan sumber rujukan terpenting bagi membersihkan sektor kerajaan dan swasta daripada penyakit rasuah.

Mohd Nazree, pihaknya juga mencadangkan kerajaan mempertimbangkan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat salah gunakuasa dan peruntukan kerajaan secara keseluruhan.

“Adalah tidak munasabah untuk kita terus membiarkan sesetengah pihak tidak bertanggungjawab secara berterusan menyalahgunakan wang rakyat dan dana awam.”

“Tambahan pula setiap tahun kita mendapat maklumat daripada Laporan Audit Negara menyatakan bahawa terdapat atau wujudnya penyelewengan, rasuah dan pembaziran pada skala yang besar,” katanya.-23/10/2009


http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_841a40b8-7f000010-6cf97c00-c336746d



Posted by Mohd Nazree Mohd Yunus at 7:48 PM

1 comment:

Pencinta Integriti said...

ASKUM,

tahniah Sdra Nazree, cadangan Gerak dan Sdra yang sempat saya baca dalam lampiran deklarasi Gerak kpd mantan PM dulu seperti penubuhan mahkamah khas rasuah telahpun dipersetujui PM, DS Najib.

Sdra boleh rujuk dihttp://malaysiakini.com/news/115736

Syabas sdra!!

October 24, 2009 at 8:16 PM

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

Forum Integriti

Forum Integriti
TV PAS

Demo Masjid Negeri 2010

Demo Masjid Negeri 2010
UMNO-APCO-ZIONIS

Demo Anti Zionis Jun 2010

Demo Anti Zionis Jun 2010
Kedutaan Amerika Syarikat

CERAMAH UMUM

Dewan Bt 14, Hulu Langat, Selangor.
Bersama: Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS) & Nazree Yunus (Mantan Pengerusi GERAK Malaysia)
Tarikh: 31 Mei 2010, 9.00 malam

Blog Nazree Yunus

  • http://nazreeyunus.blogspot.com

MINDA

Minda Pemuda adalah minda yang penuh dengan pengayaan minda dan jiwa. Penerokaan minda wajar dilakukan secara serius oleh anak muda bagi membentuk gelombang dinamika tulen terhadap pengembangan ilmu. Kekuatan ada pada keazaman yang berteraskan kefahaman terhadap nilai-nilai Islam yang telah lama mengakar kukuh dalam tradisi budaya Melayu.
PEMUDA PEMIKIRAN KRITIKAL-KREATIF-KONSTRUKTIF

Demo ISA 2009 Kuala Lumpur

Demo ISA 2009 Kuala Lumpur

Ceramah Perdana

CERAMAH PERDANA



Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis

Masa : 9 malam

Tempat : Bandar Baru Sendayan (Dekat Felda Sendayan) , N.Sembilan

Penceramah :

1-Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS

2-Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri/Pengerusi PKR Pahang

3-Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

4- YB Hj Mohamad Taufek , ADUN (PAS) Paroi , N.Sembilan

5-Chegubard , Ketua PKR Rembau

6-Mohd Nazree Mohd Yunus , PKR/Bekas Pengerusi GERAK

Followers

Perbicaraan DSAI

  • Video Harakahdaily Perbicaraan DSAI Hari Pertama
  • Video Selangorkini on Demonstration DSAI

Perbicaraan Dato Seri Anwar Ibrahim

  • Video Demonstrasi DSAI Mahkamah Jln Duta

Forum Kemelut Rasuah

  • Forum TV PAS 5
  • Forum TV PAS 6

Kempen Integriti & Anti Korupsi

Jika bantuan guaman sukarelawan Agenda Integriti & Anti Korupsi ingin diberikan:

Hubungi saya di talian 03-78044962 atau emailkan maklumat pada nazreeyunus@yahoo.com

Selamat Berkunjung

free hit counter
Laman Blog Nazree Yunus

Mohd Nazree Mohd Yunus

Penulis adalah Pengerusi Jaringan Pemikir Anak Muda INSKA dan juga Pengerusi GERAK Malaysia.

Pengerusi Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia

Deklarasi Permuafakatan Integriti & Anti Rasuah GERAK MALAYSIA

  • DEKLARASI PERMUAFAKATAN INTEGRITI & ANTI RASUAH GERAK MALAYSIA

Pejabat Besar Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia

Pejabat Besar Himpunan Mahasiswa Islam Indonesia
Diskusi Bersama Pimpinan HMI

Parlimen Republik Indonesia

Parlimen Republik Indonesia
Diskusi Bersama Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Partai Keadilan Sejahtera (PKS)

Wartawan "Suara Mahasiswa UI"

Wartawan "Suara Mahasiswa UI"
Dialog Bersama "Suara Mahasiswa" Universitas Indonesia

Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK)

Komisi Pembanterasan Korupsi (KPK)
Diskusi Bersama Pegawai KPK

Komisi Pembanterasan Korupsi, Jakarta

Memorandum Isu Kampung Berembang

Memorandum Isu Kampung Berembang
Memorandum Bantahan Perobohan rumah setinggan di Kg. Berembang kepada S/U Politik PM

Demontrasi Mahasiswa di PWTC

Demontrasi Mahasiswa di PWTC


Tuntutan kepada KPT berkaitan isu Pilihanraya Kampus

Demontrasi

Demontrasi
Sambutan Graduan Aktivis PMIUM Universiti Malaya

Demontrasi Isu ISA7 di Makhkamah Jalan Duta

Demontrasi Isu ISA7 di Makhkamah Jalan Duta

Demontrasi berkaitan pendakwaan 7 mahasiswa dalam penglibatan demontrasi anti ISA

Demontrasi Isu Palestin

Demontrasi Isu Palestin
Demontrasi Palestin di Padang Universiti Malaya 2006

Pelancaran Manifesto GERAK Mahasiswa

Pelancaran Manifesto GERAK Mahasiswa
Manisfesto GERAK Mahasiswa dilancarkan bersama Saudara Ezam Mohd Nor

Bersama Naib Canselor (Datuk Rafiah Salim) & Tim. Naib Canselor Uni. Malaya

Bersama Naib Canselor (Datuk Rafiah Salim) & Tim. Naib Canselor Uni. Malaya
Perbincangan Halatuju Kepimpinan PMIUM 2006

Perasmian Sambutan 50 Tahun PMIUM 2006

Perasmian Sambutan 50 Tahun PMIUM 2006
Perasmian oleh Y. Bhg. Dato' Maamor Othman

LAMAN

  • KEMAHASISWAAN (2)
  • KOMENTAR SIASAH (15)
  • PANDANGAN (3)
  • SISIPAN AKHBAR (2)

Komentar Anda


Laman Blog Reform & Alternatif

  • Harakahdaily
  • Umno Reform
  • Malaysiakini
  • Nora Reform
  • Agenda Daily
  • KL Pos

Laman Bicara Pemuda

  • Amin Iskandar
  • Azlan Zainal PMN
  • Dzulkhairi Md Nor GAMIS
  • Hisommudin Bakar
  • Mahasiswakini
  • Mohd Hasbie MPMUM
  • Ridzuan SMM
  • Zainulfaqar Yaacob PMN

Laman Web Mahasiswa

  • PMIUM
  • Maruf Club UIA

Gerakan Rakyat Anti Korupsi

Gerakan Rakyat Anti Korupsi

Lokasi Pengunjung

Arkib Blog

  • October (1)
  • September (1)
  • August (1)
  • July (4)
  • June (2)
  • May (9)
  • April (3)
  • March (7)
  • February (10)
  • January (2)
  • November (1)
  • October (1)
  • August (1)
  • July (2)
  • June (5)
  • May (5)
  • April (6)
  • March (3)
  • February (2)
  • January (6)
  • December (11)
  • November (4)
  • October (3)
  • September (6)
  • August (1)
  • July (1)
  • June (5)
  • May (3)
  • April (3)
  • March (3)
  • February (3)
  • November (1)
  • October (6)
Powered By Blogger