5 OGOS 2009
Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi, GERAK Malaysia hari ini kesal dengan kenyataan Setiausaha Poliik Meneri Besar Selangor yang menuduh Gerak sebagai alat Barisan Nasional untuk menyerang Pakatan Rakyat.
Sewajarnya tuduhan beliau itu dibuktikan terlebih dahulu. Apakah dengan mendedahkan dakwaan kes-kes rasuah beserta dokumen dan bukti-bukti terbabit, maka Gerak terus dituduh secara melulu sebagai alat Barisan Nasional? Tuduhan wajar dibuktikan.
Sewajarnya kerajaan yang mendokong integriti dan anti rasuah wajib bersama-sama dengan GERAK Malaysia untuk membanteras rasuah dan menolak pemimpin yang korup. Gerak bersedia bekerjasama dengan mana-mana pemimpin politik bagi agenda integriti & anti korupsi.
Jika saranan beliau supaya Gerak Malaysia tidak melaporkan dakwaan rasuah secara melulu kerana MB Selangor telah pun mengarahkan supaya audit dalaman dilakukan terhadap peruntukan semua ADUN, maka apakah pula pandangan Nik Nazmi berkaitan berkaitan demonstrasi ISA jika Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak juga telah menyatakan akan dilakukan kajian terhadap ISA?
Pandangan beliau wajar berimbang dan jangan hanya dikeluarkan untuk kepentingan politik.
Justeru, GERAK menyarankan untuk diadakan Debat Integriti Terbuka antara MB Selangor dan Pengerusi GERAK Malaysia dan Nik Nazmi selaku Setiausaha Politik MB boleh mengaturkan masa & tempat Debat Integriti tersebut.
GERAK Malaysia
5 comments:
banyak gak kes rasuah dari thn2 leaps, rafidah/ najib/ yaakob rambut putih tu(pahang)/ dll ,apakah GERAK tidak beranggapn mereka juga telah melakukan rasuah/ kes salah guna kausa? atau GERAK cuma bergerak pada masa kini aja dan mengikut harga yang telah di bayar?
gerak ni asyik dedah rasuah lama UMNO, dedah rafidah, TNB, Khir Toyo...yang baru takdak ker?
khir toyo yang baru la Tengku, PKFZ lama tapi baru tambah nilai rasuah, gerak sudah dedah.....syabas GERAK
nampak beza Gerak sekarang,macamnila yang kita nak,henjut sahaja dua-dua agar pemimpin Bn dan PR sama2 jaga hak rakyat
Salam wbt.
Nice web for knowledge seeker at www.infomajlisilmu.blogspot.com
Post a Comment