Sunday, June 28, 2009

MAKLUMAN PENUBUHAN MAJLIS INTEGRITI ANGKATAN MUDA MALAYSIA (INTEGRITI)

SEBARAN UMUM DAN MEDIA
Dimaklumkan bahawa pada 26 MEI 2009 (Selasa). Bertempat di Pejabat GERAK, Kelana Jaya, telah ditubuhkan Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia (INTEGRITI).
Mesyuarat asas penubuhan telah di pengerusikan sendiri oleh Pengerusi GERAK Malaysia dengan dihadiri oleh beberapa pimpinan utama mahasiswa Universiti Malaya (MPMUM), GERAK Mahasiswa Pusat, Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), Usrah Kebajikan Profesional (UKP), Maaruf Club UIA. Awalnya antara intipati mesyuarat adalah untuk membincangkan pandangan dan tindakan anak muda terhadap isu PPSMI. Lantas keputusan telah diambil untuk menubuhkan Majlis Integriti bagi memperluaskan lagi peranan entiti Generasi Baru Malaysia untuk membincangkan isu-isu semasa yang lain dan berfungsi sebagai agen gagasan pemikiran dan tindakan yang berkesan.
Nyatanya, Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia mengambil ketetapan bahawa kami menyokong penuh usaha-usaha yang telah dilakukan oleh Gerakan Mansuhkan PPSMI. Matematik dan Sains wajib diajar kembali kedalam Bahasa Kebangsaan dan dalam masa yang sama Bahasa Inggeris itu diperkukuhkan dengan kaedah-kaedah yang wajar. Majlis Integriti menggesa agar pengumuman awal Julai 2009 ini yang bakal dibuat oleh Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Menteri Pelajaran akan memastikan Matematik dan Sains dikembalikan pengajarannya dalam Bahasa Melayu.
Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia ini dibuka keanggotaannya kepada seluruh entiti anak muda seluruh Malaysia termasuk daripada NGO-NGO, parti-parti politik dan mahasiswa. Majlis ini berbentuk koliasi untuk membincangkan idealisme dan tindakan wajar anak muda dan Generasi Baru Malaysia ke arah membentuk Good Governance dan Harapan Membina Malaysia yang lebih cemerlang, adil dan berkebajikan berasaskan isu-isu berkepentingan rakyat.
MAJLIS INTEGRITI ANGKATAN MUDA MALAYSIA
Majlis Integriti Angkatan Muda Malaysia (INTEGRITI) boleh dihubungi melalui :03-78044962

Act fast on PKFZ fiasco


Friday, 08 May 2009 04:39
In reaction to theSun's front-page report on the audit report which is to be made public soon, Transparency International-Malaysia president Datuk Paul Low (pix) called for prompt action with full force of the law against parties involved, adding an annulment was vital and corruption must be promptly and diligently investigated by the Malaysian Anti Corruption Commission (MACC).The report said the audit by PricewaterhouseCoopers (PwC) had detailed a series of conflict of interest situations, among them:>> Sementa Assemblyman Datuk Abdul Rahman Palil was both the Pulau Lumut Development Co-operative (KPPL) chairman and a Port Klang Authority (PKA) director in 2002 when the land for PKFZ was sold by KPPL to PKA;>> Rashid Asari & Co, the legal firm retained by PKA, was also the same firm overseeing the inking of the sale and purchase agreemnet between KPPL and turnkey contractor Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Its senior partner Datuk Abdul Rashid Asari was the deputy chief of Umno's Kapar division, where Tan Sri Onn Ismail is an exco member. Onn was the KPPL chairman and his son-in-law Faizal Abdullah, the then Kapar Umno division youth chief, is also the deputy CEO of Wijaya Baru Global Bhd (WBGB), the firm appointed by KDSB as the main subcontactor;>> Perunding BE Sdn Bhd, appointed by PKA as the independent quantity surveyor for PKFZ, was also a quantity surveyor for KDSB;>> PKA's board of directors were not advised that the chairman of PKA at one time was also the deputy chairman of WGBG;>> KDSB directors Omar Latip and Idris Mat jani are also directors and shareholders of WBGB.Low said the disclosure reveals "blatant abuses in the stewardship of public assets" and deals that reflected a lack of transparency, conflict of interests between the parties involved, involvement of politicians, the inflated prices of the transactions and questionable transactions.He said it indicated a malaise of mixing politics with the proper administration of government assets."It is therefore appropriate for the (Datuk Seri) Najib Abdul Razak administration to review the way transactions are conducted and procurement made in all government agencies so that similar 'leakages' and abuses can be prevented," he said."Malaysia can ill afford mal-administration and fiascos like this when the well-being of the economy is highly dependent on international trade."Other reactions:> Former premier Tun Dr Mahathir Mohamad said he was not aware about the RM1 billion PKFZ land deal although it was reportedly made during his time in 2002.He said he had heard there were some elements of wrongdoings involved, which were not criminal in nature, but he received no official report about it.“I was not aware but what I know (is) there have been instances, which are not criminal but morally wrong, in which state governments, whenever they hear that we want to build a road, they allocate the land to some members of the executive.“Then, we have to buy the land from those people. This has happened. And it is something that is morally wrong,” he said.Asked whether he had offered any advice when he heard of such instances, he said: “People don’t want to make proper report, (they) just tell me this is what happened.”>
Gerak Malaysia, the civil movement against corruption, has urged the MACC to leave no stones unturned in their investigations.Its chairman Mohd Nazree Mohd Yunus said it was important for MACC to speed up its investigation and haul in those responsible for the ballooning of the project cost, as well as other irregularities behind the project."Those who profited from the deal, either politician or businessmen, must be brought to face the law."> Port Klang Authority (PKA) chairman Datuk Lee Hwa Beng said the audit finding will be made public soon but did not give a specific date.In a statement, he said fllowing instructions of Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat to release the Position review of PKFZ within seven days, he had written to PricewaterhouseCoopers (PwC) on April 30 to seek consent to publicly release the said report.He said on May 4, PwC agreed to give consent, subject to certain terms and conditions.He said he is calling for an emergency board meeting to seek the board members’ approval on the terms and conditions for the release of the report.Lee said he had informed Ong of this matter. "I have also given my assurance that the matter would be sorted out as soon as possible."> Datuk Tiong King Sing, who is majority shareholder of KDSB and a director of WGSB, declined to comment, saying that he had instructed his lawyers to look into the matter.
Last Updated on Tuesday, 12 May 2009 04:40

Thursday, June 11, 2009

POLITIK DAMAI dan PEMIMPIN MUDA NEGARAWAN



Polemik Kerajaan Perpaduan masih tiada kesudahan. Masih kedapatan sebahagian yang pimpinan dan ahli PAS yang menerima. Dan sebahagian lagi kepimpinan dan ahli yang menolak.

Apakah Kerajaan Perpaduan ini benar-benar Kerajaan Perpaduan? Jika hanya gabungan PAS-UMNO atau PAS-BN, maka ianya bukan kerajaan perpaduan. Ini hanyalah perpaduan kelompok parti Melayu.

Apakah benar ianya boleh dilaksanakan atau ianya suatu bentuk strategi 'Kepimpinan PAS (pro-muzakarah' untuk menambah nilai PAS itu sendiri.

Mampukah jika mahu diuji keikhlasan mana-mana parti, dibentuk terlebih dahulu Kerajaan Perpaduan di Perak? Mungkin ada yang akan menolak dengan rasional mana mungkin diuji di peringkat negeri sedangkan di pusat tidak berpadu.

Idea terbuka atau Kerajaan Perpaduan ini sebenarnya lebih harus didukung oleh yang diistilah sebagai Kumpulan Erdogan. Namun tiba-tiba sahaja idea ini langsung tiba-tiba pula dibawa oleh kumpulan yang diistilah ulama' atau konservatif. Tetapi inilah realiti. Apakah mungkin kumpulan yang diistilah konservatif sudah bertukar terlalu terbuka. Apakah keterbukaan itu tepat pada waktunya?

Mungkin polemik Kerajaan Perpaduan ini akhirnya PAS kembali dilihat sebagai kuasa penentu. Sehinggakan pemimpin kerajaan juga terpaksa untuk menghormati dan terbuka dalam isu ini. Adakag keterbukaan itu disebabkan ada laba buat UMNO-BN yang disebut sebagai hampir mustahil untuk melakukan comeback dalam PRU-13.

Terkait banyak isu muktamar PAS yang seolah menyongsang arus. Ini dikaitkan dengan kekalahan Team Erdogan. Mungkin jika Erdogan yang menang, SIS (Sister in Islam) tidak diusul untuk diharamkan. Kerana rata-rata mereka ini lebih terbuka. Namun usul ini dibawa oleh PAS Kawasan Shah Alam, dimana Khalid Samad menjadi Yang Dipertuanya. Dimana keterbukaan pemimpin yang dikaitkan dengan Erdogan ini? Tetapi hari ini berusaha menarik balik usul ini atas alasan masalah teknikal.

Mungkin SIS boleh saman sahaja PAS kerana membuat usul yang mencadangkan pertubuhan itu diharamkan. Ini mungkin kebebasan yang dimaksudkan oleh beberapa pimpinan PKR dan DAP apabila membidas PAS dalam soal pengharaman SIS. Apabila pertubuhan yang bersama agenda dipertahan atas dasar kebebasan bersuara dan berpersatuan, namun jika tidak, maka untuk mendedahkan korupsi juga boleh disaman bagi menutup mulut daripada terus vokal mendedahkan isu. Bila diasak dengan pengharaman baru bicara soal kebebasan, apabila mengasak individu lain, sehingga saman pun sanggup dilakukan untuk menutup mulut. Inilah mungkin maksud nilai kebebasan daripada kacamata beberapa pimpinan PKR dan DAP. Hanya perlu bebas mereka, oranng lain tidak boleh. Apakah ini tidak sama dengan apa yang mereka marahkan kepada UMNO-BN?

Saya juga tidak bebas untuk memberikan kenyataan berkaitan integriti dan rasuah. Bicara tentang soal kebebasan bersuara. Namun ada dua saman didakwa fitnah sudah sampai kepada saya. Politik Malaysia bergerak ke arah politik saman menyaman. Jika tidak bersalah boleh jawab di mahkamah untuk membuktikan diri bersih daripada korupsi. Mengapa perlu tindakan membentuk culture of fear dan sekadar untuk membina persepsi tidak bersalah.Barangkali selepas ini saya juga menunggu saman daripada Rafidah Aziz kerana sudahpun mendedahkan korupsinya kepada media dua bulan yang sudah.

Akhirnya generasi muda pun begitu takut dan bimbang untuk bersuara. Jika bersuara lantang di kampus, dihadap di mahkamah universiti, jika diluar barangkali akan disaman fitnah. Ini adalah bentuk-bentuk persediaan yang harus didepani oleh gerakan anak muda

Terdapat rata-rata NGO yang dipimpin anak muda yang sepatutnya vokal secara rasional, hampir membisu dan sekadar menunaikan nilai 'berpersatuan' berbanding 'bergerak atau berharakah atau melakukan gerakan massa' yang lebih menyantuni hati nurani rakyat. Ini terjadi baik NGO itu adalah NGO neutral ataupun NGO Plat Merah(meminjam istilah di Indonesia terkait dengan NGO yang menyokong Kerajaan).

Kita tidak mahu NGO Plat Merah baik kepada Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri secara tanpa asas. Sokongan diberikan dengan asas.

Ada baiknya isu Kerajaan Perpaduan ini ditukar kepada istilah Politik Damai. Ia itu bentuk Politik Damai yang boleh berbeza pandangan tetapi tidak keterlaluan ketegangan sehingga apa sahaja yang dilakukan oleh pihak yang bertentangan dianggap semuanya salah.

Politik Damai yang lebih terbuka untuk perbincangan. Politik Damai ini harus dilakukan dalam bentuk lunas-lunas keadilan sejagat termasuk melihat apakah definisi Islam terkait soal Keadilan.

Agak janggal untuk bicara soal Kerajaan Perpaduan tetapi ada saranan untuk mengharamkan badan lain. Agak janggal untuk mempertahankan SIS dengan hujah kebebasan berpersatuan dan bersuara tetapi dalam masa yang sama ada tindakan menyaman orang lain atas kenyataan yang dibuat. Jangan apabila sudah berkuasa maka definisi keadilan itu juga menyerupai golongan yang didakwa tidak berlaku adil selama 50 tahun.

Politik Damai ini adalah lebih menyelesakan rakyat untuk melihat politik atau siasah itu bersih. Generasi muda bangkit dengan berani memberikan pandangan. Tidak ada lagi ketakutan terhadap ancaman penjara, tidak ada lagi ancaman dibuang universiti, tidak ada lagi ancaman saman-menyaman dan tiada lagi ancaman haram mengharam. Ini bentuk-bentuk politik tegang yang harus dihindarkan.

Politik Damai menganjurkan dan menyediakan ruang perbincangan. Jika perbincangan tidak ada keputusan yang dipersetujui. Maka terbentuklah agree to disagree. Dan keputusan untuk disagree ini tidak dihambat dengan hambatan ISA, OSA, Penjara mahupun saman.

Insyallah, saya penuh optimis untuk melihat lebih ramai generasi muda bangkit berani menyatakan pendirian lantas bertindak dan bergerak atas keputusan yang telah dibuat. Mungkin ada ijtihad yang salah bagi generasi muda. Tetapi jika suasana biah yang wujud itu baik. Maka proses pembinaan karektor Pemimpin Muda berjiwa Negarawan itu lebih murni untuk kita lihat hasilnya berbanding melahirkan Kepimpinan Muda yang agresif atas emosi dan semangat ketebalan partinya. Dan ini realiti 50 tahun politik Malaysia.

Parti-parti tidak menumpukan proses ke arah pembinaan karektor pemimpin muda negarawan. Masing-masing ditebalkan dengan semangat parti itulah yang benar dan betul. Apakah tidak mungkin dengan politik damai dan pembinaan kepimpinan muda negarawan, maka terlahirlah jiwa-jiwa ahli dan rakyat yang statemanship yang masing-masing boleh berfungsi secara membina dalam parti dan platform masing-masing. Maka pada ketika itu barulah persoalan Kerajaan Perpaduan ini akan lebih rasional untuk diterjemahkan. Namun hari ini ada hikmah juga isu ini dibangkitkan. Politik Damai ini juga harus dibincangkan dengan konsep kolektif support. Sokongan kolektif wajar untuk perkara yang sah sebagai kebaikan, tetapi dalam soal pertikaian kemungkaran, sokongan kolektif ini boleh membawa kepada kerosakan seumpama ahli MP Kerajaan tidak boleh berbeza pandangan dengan Menteri daripada Parti yang sama terutama berkaitan dasar kementerian walaupun kadang kala ianya salah.

Ini bentuk-bentuk transformasi politik yang mahu dibuat. PAS sudah mulakan perkara ini. Kenyataan Presiden yang difikirkan ada kekurangan disanggah oleh pimpinan yang lain. Apakah ini bukti PAS mendahului dalam pemecahan konsep sokongan kolektif. PKR juga tidak seberani ini dalam mana-mana pemimpin menyanggah Anwar. UMNO juga begitu terhadap Najib walaupun dahulu menolak Pak Lah. Tidak ada mana-mana pimpinan muda PKR yang berani bersetuju dengan GERAK ketika kita mencadangkan MB bercuti semasa disiasat, tetapi GERAK boleh sahaja bersetuju dengan AMK untuk cadangan TPM pada ketika itu bercuti jika disiasat SPRM.

Akhirnya, hikmah menunjukkan apakah ada kebaikan PAS meneruskan senario perbezaan tanpa adanya sokongan kolektif untuk survival parti itu ataupun harus kembali kepada konsep kolektif sokongan mentauladani cara kepimpinan PKR, UMNO dan DAP dalam mematuhi pandangan kepimpinan. Tidak sedikitpun terdengar sanggahan idea 16 September ataupun lompat parti oleh pimpinan PKR terhadap DSAI. Apakah ini menunjukkan akhlak mereka terhadap pemimpin itu lebih baik? Begitu juga idea 1 Malaysia oleh Najib.

Agenda Politik Damai dan Pembentukan Barisan atau Saf Kepimpinan Muda Berjiwa Negarawan harus dimulakan. Platform-platform baik di parti-parti politik mahupun di NGO adalah lapangan untuk membina jiwa-jiwa ini. Barisan Generasi Muda atau Angkatan Muda dalam parti juga harus diberi ruang untuk bergerak seumpama NGO yang vokal menegur dan memberi saranan yang konstruktif. Potensi yang ada pada generasi muda jangan dibunuh dengan menanam budaya politik tegang yang tebal dengan dinding ideologi partisan yang memustahilkan ruang-ruang diskusi secara rasional, intelektual dan win-win situation termasuk bagi kemaslahatan rakyat umumnya.

Mana-mana badan politik termasuk NGO-NGO yang tebal pendekatan politik tegang tidak akan mendapat tempat di hati Generasi Baru. Politik ugut-mengugut, ancam, pembunuhan karektor dan potensi juga akan ditolak di masa depan. Apapun segala yang dilakukan harus dapat menjaga maqasid syariah terutamanya yang melibatkan agama, akal, maruah, harta dan keturunan.



Thursday, June 4, 2009

SELAMAT BERMUKTAMAR KALI KE-55 PAS



Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Bermuktamar kali ke-55 kepada seluruh Perwakilan PAS. Semoga terus mengekalkan situasi parti dalam keadaan yang penuh integriti melalui pemilihan kepimpinan yang terbaik. PAS harus terus mengekalkan cerminan bebas rasuah politik dan menjadi parti contoh dalam aspek ini sepanjang sejarah demokrasi negara.

Saya juga berharap agar budaya rasuah politik tidak akan bahkan akan terus mustahil daripada mengjangkiti PAS sepertimana keyakinan yang telah dinyatakan oleh kepimpinan PAS termasuk TG DS Abdul Hadi Awang.

Semuanya ini bergantung kepada istiqamah pemerhatian dan peranan ahli-ahli dalam melakukan pemantauan, nasihat dan pendedahan without fear and favor.

Semoga cita-cita membina tamadun ummah akan terlaksana melalui pengukuhan Good Governance dan keamanahan kepimpinan.

Salam Hormat & Salam Perjuangan.
Wassalam.

GERAK MALAYSIA GESA SPRM DAKWA PERASUAH ISU PKFZ

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar segera mendakwa dimahkamah pihak yang terlibat dengan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah dalam isu skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Gerak Malaysia percaya laporan audit Zon Bebas Pelabuhan Klang yang dikeluarkan syarikat juruaudit, PricewaterhouseCoop ers Advisory Services Sdn Bhd (PwC) amat membantu SPRM memudahkan proses penyiasatan. Rakyat pada hari ini inginkan pendakwaan dilakukan secara segera terhadap mereka yang didakwa bersalah menyalahgunakan kuasa serta wang rakyat untuk kepentingan peribadi.
SPRM tidak boleh melengahkan kes dengan hanya sekadar terhenti diperingkat siasatan tetapi yang lebih penting daripada itu ialah proses perundangan dan pendakwaan harus dimulakan segera.
Laporan syarikat audit itu sangat membantu untuk menunjukkan dimana ruang rasuah atau dakwaan salah guna kuasa berlaku. Gerak Malaysia juga menyokong keterbukaan Menteri Pengangkutan, Dato Seri Ong Tee Keat yang memberikan lampu hijau untuk laporan audit PKFZ diserahkan kepada SPRM.
Dalam masa yang sama, Gerak Malaysia berharap agar kes-kes rasuah yang telah dilaporkan oleh Gerak Malaysia dan rakyat dimaklumkan perkembangan termasuk bilakah pendakwaan akan dilakukan terhadap pesalah rasuah dan salah guna kuasa.
Sudah tiba masanya, setelah BPR bertukar menjadi SPRM, maka usaha-usaha membanteras rasuah perlu dipercepatkan dengan pendakwaan secara adil dan cekap. Jika tidak imej SPRM akan terus ditohmah sebagai sebuah suruhanjaya yang lewat menyelesaikan kes. Penyiasatan sesuatu kes juga perlu diletakkan batasan masa siasatannya agar para pelapor tidak merasakan laporan mereka diambil sambil lewa oleh SPRM.
Gerak Malaysia yakin SPRM dengan peruntukan undang-undang yang luas akan lebih memudahkan SPRM untuk menyiasat dan kemudiannya mendakwa secara segera tetapi adil bagi dijadikan pengajaran dan pendidikan kepada individu mahupun kumpulan yang terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa. Siasatan tanpa pendakwaan segera akan memberikan suatu kesan negatif terhadap imej SPRM. Rakyat masih menaruh keyakinan terhadap SPRM untuk membanteras rasuah.
Justeru, Gerak Malaysia percaya dalam isu PKFZ ini, segala kecekapan yang dimiliki SPRM akan membantu untuk menyegerakan pendakwaan terhadap pesalah rasuah dan korupsi.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi GERAK Malaysia