Mungkin transformasi berani UMNO untuk mengubah dasar kepada Al-Quran dan Sunnah akan menjadi antara major faktor pindaan Perlembagaan UMNO menjelang perhimpunan agung akan datang.
Apakah menjadi realiti? Inilah satu-satunya jalan bagi konsep Satu Malaysia ke arah menyatukan terlebih dahulu ummat Islam di Malaysia.
Inisiatif Kerajaan Perpaduan akan lebih mudah jika ini dilakukan. PAS bakal menyertai secara sama rata Kerajaan Perpaduan bentuk ini apabila dasar kedua-dua parti adalah sama.
PAS juga bakal mengekalkan kedudukan secara kukuh bersama Pakatan Rakyat dengan mengambil kira tahalluf siasi yang menguntungkan Islam jika UMNO terus kekal dengan perjuangan nasionalisnya yang lebih kepada ultra UMNO-Putra. Jika bibit-bibit atas dasar keadilan semata-mata tanpa rujukan agama. Maka tidak mustahil PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat dan tidakpun bersama UMNO membentuk Kerajaan perpaduan.
Mungkin ini juga langkah berani PAS untuk tidak berpakat dengan mana-mana pihak jika tahalluf siasi yang dibina seakan menikam Islam secara lunak.
PAS mungkin menerajui Kerajaan Perpaduan dengan UMNO sahaja meninggalkan MCA dan Gerakan yang mungkin tidak bersetuju dengan dasar Al-Quran dan Sunnah.
Kita menantikan transformasi politik baru yang bakal menyaksikan kepimpinan baru baik PAS, UMNO mahupun PKR akan terpaksa menerima akhirnya Generasi Muda pada hari ini terutama berpendidikan tinggi telah semakin hampir majornya kepada keteguhan pegangan Agama. Lantas apa jua pertimbangan Generasi Muda adalah berasaskan agama termasuk politik.
PAS mungkin mencatur strategi untuk mengizahkan kembali syariat dan syiar Islam. Cumanya yang menjadi perhatian, apakah ianya akan dilakukan secara jelas dan tegas dan nampak fizikalnya ataupun secara halus yang tetapi kekal tegas.
Jika secara halus tetapi tegas, apakah ini lebih baik daripada pendekatan UMNO untuk Islam yang diistilah sebagai lesu dan tidak tegas, ataupun pendekatan PAS dalam PR ini sudah mula menjerat untuk pendekatan berkaitan soal Islamnya hampir sama dengan pendekatan Islam UMNO di dalam BN?
Apakah pensediaan bakal-bakal kepimpinan muda PAS untuk mendepani persoalan ini? Kita menantikan formula ampuhnya.
Jika tidakpun Pemuda UMNO baik PAS untuk menyediakan formula ini, maka Gerakan Mahasiswa Islam dikampus perlu menyediakan formulanya dan dalam bentuk apa penterjemahannya selepas melangkah ke lapangan dakwah besar ini.
No comments:
Post a Comment