Saturday, May 16, 2009

Gerak: Ambil berat teguran ulama PAS


Gerak: Ambil berat teguran ulama PAS

Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri May 15, 09 3:29pm

kemaskini 4.52pm Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Rasuah (Gerak Malaysia) menggesa pemimpin PAS memandang berat teguran ketua Dewan Ulama terhadap amalan politik wang pada musim pemilihan tahun ini."Perkara ini perlu diberikan perhatian serius, terutama dalam suasanadekat dengan muktamar pemilihan parti itu. Tambahan pula ia disuarakan oleh seseorang yang bertaraf ulama," kata pengerusinya Mohd Nazree Mohd Yunus.
Kelmarin, Datuk Mohamed Daud dilaporkan mendakwa terdapat pemimpin parti itu cuba mempengaruhi perwakilan melalui penganjuran jamuan dan pemberian baju.Diminta mengulas perkara itu, Mohd Nazree berkata walaupun pemberian barangan tertentu dianggap sesetengah pihak sebagai "hadiah" tetapi amalan tersebut tetap tergolong dalam kategori suapan, seperti termaktub dalam Akta Suruhanya Pencegahan Rasuah 2009.Tambahnya, tawaran Gerak kepada PAS untuk memantau amalan politik wang sempena muktamar parti itu, awal bulan depan, "masih terbuka"."Kita tidak paksa. Terpulanglah kepada mereka untuk buat keputusan," katanya, sambil menyifatkan penolakan PAS sebelum ini dibuat semata-mata atas jangkaan perkara itu mustahil berlaku dalam parti Islam itu."
Tetapi ingatlah, selepas pilihanraya umum lalu, PAS sudah ada negeri (yang ditadbir), ada exco di negeri-negeri. Apabila ada kuasa dan kewangan, keadaannya menjadi berbeza."NGO itu sebelumnya menawarkan kerjasama kepada PAS bagi memantau perjalanan pemilihan jawatan tertinggi parti itu untuk mengelakkan gejala rasuah dan politik wang, tetapi ia ditolak kerana badan itu didakwa pro-Umno dan BN.
Gerakan pada asalnya diasaskan oleh bekas ketua Pemuda PKR Ezam Mohamad Nor - yang menyertai Umno tahun lalu - tetapi dikaitkan dengan BN susulan tindakannya yang sering tampil mendedahkan dakwaan salah guna kuasa pemimpin Pakatan Rakyat. Gerak antaranya mengadukan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan salah guna kuasa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam isu pembelian 46 ekor lembu korban oleh dan penyenggaraan kereta rasminya.Bagaimanapun, ketika hubungi Malaysiakini hari ini, Mohamed berkata beliau tidak mempunyai bukti sahih wujud amalan tersebut tetapi hanya difahamkan berlakunya pemberian baju dan majlis kenduri."
Kalau ada berlaku, minta dihentikan. Kalau tak ada, alhamdulillah," nasihatnya. Ditanya sama ada beliau menyelidiki perkara tersebut, Mohamed berkata: "Tidak."Kelmarin, Bernama melaporkan, beliau melahirkan rasa kecewa terdapat unsur-unsur mengejar jawatan secara tidak sihat seperti dua amalan tersebut kepada perwakilan semata-mata mahu dipilih sebagai calon."Memanglah dah bagi baju, dah sudah kenyang makan, boleh menanglah calon itu tetapi budaya ini sangatlah tidak sihat dan kita mahu ia dihentikan segera," katanya seperti dilaporkan.

No comments: