Tuesday, May 5, 2009

KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA


2 MEI 2009

KETUA PEMUDA PAS WAJAR TERBUKA: GERAK MALAYSIA

Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menyarankan agar Ketua Pemuda PAS Pusat, YB Salahuddin Ayob supaya bersifat lebih terbuka dalam isu kerjasama yang ditawarkan Gerak Malaysia sebagai badan bebas yang memantau perjalanan pemilihan pimpinan PAS dalam Muktamar PAS ke-55.
Tujuan kerjasama ini ditawarkan selaras dengan visi dan hasrat Gerak Malaysia untuk melihat semua parti-parti politik di Malaysia terbuka dan serius dalam membudayakan integriti dan memerangi rasuah sebagai musuh no.1 negara. Sudah pasti penglibatan SPRM mahupun GERAK Malaysia sebagai badan bebas memantau pemilihan pimpinan akan lebih memberikan merit kepada PAS jika sekiranya parti itu bebas daripada amalan lobi-melobi secara tidak sihat sehingga melibatkan politik wang. Gerak mengharapkan jawapan yang berbeza apabila kita menawarkan kerjasama ini. Jawaban Ketua Pemuda PAS seumpama ini adalah jawapan politik yang menggambarkan sikap tertutup Pemuda PAS dan seolah-olah bersikap agak dingin dengan SPRM dan badan bebas seumpama GERAK Malaysia dalam usaha kita membanteras korupsi.
Ketua Pemuda PAS Pusat tidak sepatutnya menuduh secara melulu dengan tuduhan bahawa Gerak Malaysia sebagai sebuah institusi integriti yang pro-UMNO atau BN seperti mana yang dilaporkan dalam akhbar Harakah. Tidak menjadi masalah bagi Gerak Malaysia sekiranya tidak dibenarkan untuk memantau perjalanan pemilihan pimpinan PAS sempena Muktamar parti tersebut. Namun tuduhan Gerak Malaysia sebagai badan yang bertindak secara tidak neutral adalah suatu bentuk tuduhan tidak berasas oleh YB Salahuddin. Sebagai pemimpin Islam beliau perlu membuktikan tuduhan beliau yang mengaitkan Gerak Malaysia dengan UMNO. Tuduhan tanpa bukti tidak menggambarkan sikap rasional seorang pemimpin Islam. Masyarakat dan generasi muda boleh menilai keterbukaan beliau dalam perkara integriti dan anti rasuah ini.
Adakah dengan tindakan Gerak Malaysia baru-baru ini yang mendedahkan dakwaan korupsi di Selangor yang melibatkan Pakatan Rakyat maka perkara ini dijadikan justifikasi olehnya untuk menuduh Gerak sebagai berat sebelah dalam melaporkan kes-kes rasuah. Kita bersedia menerima apa-apa sahaja dokumen yang berkaitan dengan korupsi parti-parti lain termasuk UMNO dan Barisan Nasional dan akan mendedahkan perkara tersebut kepada umum. Kita juga bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak sama ada pihak PAS, UMNO, PKR, MCA, MIC mahupun DAP dalam gerak kerja membudayakan integriti dan anti rasuah.
Gerak Malaysia juga pernah mendedahkan dakwaan korupsi yang melibatkan pimpinan Barisan Nasional seperti yang terbaru melibatkan Tan Sri Rafidah Aziz termasuk cadangan kita untuk memantau Perhimpunan Agung UMNO tempoh hari. Gerak Malaysia menyokong mana-mana tindakan sama ada oleh Pemuda PAS atau PR untuk mendedahkan jenayah rasuah.
Sikap keterbukaan Menteri Besar Kelantan yang membenarkan kemasukan SPRM untuk menyiasat menantunya adalah bentuk-bentuk contoh yang boleh diikuti. Sirah junjungan besar Nabi Muhammad SAW juga pernah mengisahkan bahawa sekiranya anak Baginda iaitu Fatimah yang mencuri maka tangannya juga boleh di potong. Ini bentuk-bentuk jiwa negarawan dan pemimpin yang penuh dengan nilai-nilai integriti.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi GERAK Malaysia

8 comments:

Anonymous said...

woi bahlul

mahmood kerinchi said...

anonymous telah dikesan IP,,,,cubaan provokasi yang tidak gentelmen...nampaknya sdra nazree sahaja berani....tapi juak-juka pemuda PAS amat penakut nak tulis komen dengan nama dan alamat sebenar(namun dapat diklesan)

pemuda anti rasuah said...

berani ke tak PAS nak bagi nazri masuk muktamar,...dengarnya sudah ada politik wang oleh team erdogan yang ikut stail anwar rasuah politik ketika dalam UMNO...

atau khabarnya...ada hubungan sulit paklah-anwar untuk bawa anwar masuk UMNO...

ustaz hadi jumpa UMNO....orang bising...anwar jumpa Paklah mungkin ada agendanya juga...

hai...orang politik...tak tahulah...asyik main orang sahaja...

harap nazri tidak terlibat...tahniah atas keterbukaan saudara..teruskan!

fadhil said...

juak-juak umno pun takut...sudahlah derhaka sultan dulu, hari ini konon nak bela pula....pening-pening...??

nazree bodoh said...

bodoh la ko ni nazree..setakat dengar cerita kabur dari daud iraqi,dah naik tocang dah ko ni..mana ada rasuah dalam PAS..dalam GERAK ada la rasuah...bengong

Kareem said...

teruskan perjuangan sdra nazree, jika di atas landasan kebenaran maka makin ramai orang yang buat salah akan takut dan mencaci.

Penyokong Nazree said...

apalah korang ni, mencaci tak habis-habis...

bagi saya sdra nazree adalah pejuang anak muda atau generasi baru yang sedang disambut oleh generasi muda...pendekatan beliau diiktiraf oleh kawan dan lawan.

kalau boleh sdra nazree terus kekalkan prinsip ketegasan beliau terhadap isu integriti baik libatkan UMNO/BN atau PR. Syabas

Hadi hafiZ said...

tak baik kutuk dan caci kerja orang lain. atleast sdra nazri ada buat kerja dakwah beliau.

yang mencaci buat apa?letak nam pun tak berani..nampak sangat saja nak provok. buatlah kerja baik masing-masing.

jangan fitnah orang atau bagi pandangan tapi tak berani nak bagi identiti...nampak tak ikhlas.

teruskan perjuangan SDRA NAZREE, jika ada kebaikan untuk agama, saya doakan kemudahan saudara.