Tuesday, April 14, 2009

Transformasi Gerakan Dakwah

Membicarakan persoalan dakwah terhadap non-muslim sehingga adanya laporan polis untuk membantah pembacaan ayat Al-Quran oleh mereka adalah suatu yang janggal dalam era pembicaraan transformasi dakwah.
Politik juga perlu ada pendekatan dakwahnya. Jika Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi akhirnya dibangunkan semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Apakah tidak ada langsung ibrahnya terhadap kita?
Politik perkauman yang wujud pada hari ini adalah signal kegagalan dakwah yang wajar disemak semula. Apakah setelah 52 tahun merdeka umat Islam tidak mampu mengembangkan dakwah untuk kita melihat majoriti Cina dan India berakidah dengan akidah Islam? Apakah sistem politik yang wujud tidak digerakkan ke arah itu termasuk kewujudan JAKIM, Jabatan Agama dan NGO-NGO Islam seperti ABIM dan yang lainnya? Apakah peranan UMNO sebagai parti Melayu Islam yang memerintah dan juga PAS sebagai Parti Islam?
Apakah perubahan sehingga YB Nga Kok Ming berupaya membaca potongan ayat Al-Quran itu disebabkan dakwah PAS? Jika ini benar, maka amat perlu untuk diteruskan usaha-usaha ini. Jika ini benar, agak perlu untuk UMNO juga melihat kondisi dakwah ini. Jika dakwah ini berjaya, tidak ada perbicaraan tegang untuk menentukan apakah wajar ataupun tidak Cina dan India menjadi Perdana Menteri. Kerana semuanya telah Islam. Asasnya Islam.
Ekonomi juga akan lebih terjamin daripada budaya rasuah, jika baik Melayu, Cina dan Indianya Islam, masing-masing akan lebih teruja untuk melihat bahana rasuah daripada perspektif penolakkan agama terhadapnya.
Apakah tidak boleh DS Najib Tun Razak mendefinisikan Satu Malaysia sebagai ke arah membentuk satu aqidah. Apakah gusar untuk mencanang secara nyata sepertimana PAS juga gusar untuk mencanang dan mengambil tindakan fizikal perlu ke arah membentuk Negara Islam setelah menyertai PR? Mungkin ini strategi?Apapun kita doakan semuanya menguntungkan Islam. Apakah mustahil untuk gagasan ini? Ini harus merentasi sempadan politik, budaya dan perkauman. Ke arah wahdathul fiqh bagi melestari wahdathul amal perlu kepada fundemantal aqidah sebagai kompasnya.
Jika kabinet Najib hampir separuh daripadanya non-muslim. Apakah lakaran pula kabinet bagi PR ataupun DSAI? Bagaimana komposisi keadilannya? Apakah Gagasan Membentuk Satu Malaysia boleh dijuruskan ke arah Satu Aqidah?
Apakah pengisian bagi Harapan Baru ataupun Malaysia Baru tajaan DSAI? Rakyat memerlukan jawapan bagi kedua-dua corak ini. Mampukah NGO berteraskan Islam dan Parti Politik Islam seumpama PAS juga menggagaskan apakah bentuk kerangka baru bagi memaknakan Harapan Baru atau Malaysia Baru?
Baik BN mahupun PR, umat Islam akan menentukan sokongan mutlak terhadap gabungan yang akan menentukan bagaimana corak transformasi ke arah pembentukan Satu Aqidah yang akan lebih menyelamatkan Malaysia daripada politik perkauman. Sejauhmana kejayaannya adalah persoalan kedua. Namun yang kita persoalkan dimana kekuatan usahanya.
Mentauladani perjuangan Rasulullah itu yang akan lebih membawa kebaikan berbanding pertempuran politik itu hanya di asaskan kepada perbezaan simbolnya. Jika UMNO itu disebut sebagai asasnya bukan Al-Quran dan Sunnah, apakah bentuk kerjasama yang boleh dilakukan bagi tujuan mengembangkan Dakwah Gagasan Satu Aqidah?
Jika PR memerintah, apakah bentuk-bentuk tolak tariknya jika antara komponen PR yakni PAS itu disebut sebagai asasnya benar berpaksikan Al-Quran dan Sunnah. Bagaimana watak-watak dakwah dan pendekatannya? Apakah bentuknya berpakat dahulu dan kemudian hari baru ditentukan bagaimana acuannya?
Sudahkah PAS menggariskan bentuk-bentuk kebenaran yang dimahukan dalam PR? Apakah perjuangan Rasul itu tidak pernah menggariskan apakah yang perlu dan tidak perlu? Atau selepas membina Negara Islam Madinah barulah dibentuk undang-undang Islam? Tidak adakah deal-deal dengan penduduk Madinah baik yang muslim atau tidak untuk menerima apa-apa jua bentuk perjanjian berkaitan survival ummat?
Satu Malaysia atau Malaysia Baru? Ke arah Satu Aqidah atau sekadar momokan politik BN dan PR bagi mengambil hati rakyat? Tidak rakyat kebanyakkan termasuk Cina dan India ini boleh dimuslim dan dimukminkan? Boleh ataupun tidak masalah politik perkauman ini selesai dengan Agenda Satu Aqidah untuk 50 tahun akan datang? mampukah tugasan ini dilakukan oleh umat Islam Malaysia sedia ada, parti-parti politik (Baik Islam dan Melayu) dan NGO-NGO Islam melakuakannya? Siapa yang lebih baik untuk meneruskan Gagasan Baru Satu Aqidah? Mungkinkah melalui BN lebih murni ataupun PR akan berjaya melakukannya, apatah lagi PAS ada di dalam PR? Sejauhmana kesungguhan ini akan dilakukan jika mempunyai ruang buat memerintah? Jika undang-undang Hudud dan Qisas telahpun diluluskan di DUN Kelantan & Terengganu ketika PAS memerintah, mampukah ini terlaksana di Parlimen apabila PR mengambil alih, sejauhmanakah bargain power PAS untuk tidak melakukan lengahan terhadap undang-undang Islam seperti mana UMNO lakukan? Apakah benar lengahan oleh UMNO ataupun asakan daripada MIC dan MCA? Jika PAS mencadang adakah akan ada juga alasan lengahan yang lain daripada rakan komponen PR?
Bersediakah kaum Cina dan India untuk ini selepas ada dikalangan pemimpin mereka sudahpun berkenan dan asyik dengan kebenaran Al-Quran? Alangkah moleknya kepercayaan mereka terhadap Al-Quran diteruskan lagi dengan galakan Satu Aqidah iaitu aqidah Islam. Ini masanya buat pemuda-pemuda Islam, dakwah harus merentasi kaum, dakwah pemuda Islam bukan sekadar hanya mahu memenangkan politik, parti dan jemaah dalam pilihanraya. tetapi melalui politik dan pilihanraya, dakwah ke arah Satu Aqidah ini kita Muafakat.

3 comments:

Dollah Karim said...

idea apa ni????

mengarut...mana boleh semua orang Malaysia nak masuk Islam sekaligus, UMNO pun yang islam pun banyak yang tak betul...ni nak buat satu malaysia sama macam nak buat satu akidah..

pikir-pikirkanlah

Anak Usrah said...

Siapa Presiden PMIUM...tak kenalpun??

Berbicara tentang kepimpinan PMIUM, maka kita akan mengatakan Um adalah universiti yang mencipta pemimpin masadepan Negara...apa tidaknya..tengok sajalah dengan tokoh-tokoh politik, agamawan dll seluruh negara...cntohnya seperti Zaharuddin, Burhan Che Daud, Nazree Yunus dan ramai lagi...

Siapa tak kenal Zulkhairi dengan kelantangan ceramahnya, Nazree Yunus dengan GERAK nya...Namun siapakah Presiden PMIUM sekarang...anda kenal?? Kalau anda kenal mungkin sebab anda peduli tentangnya...Tapi aku tak kenal pun..mungkin sebab aku bebal untuk mengenali Presiden PMIUM...Persoalannya adakah ianya salah aku sebagai pelajar@golongan bawahan atau hanya sekadar penyebar 'flyers' yang bersalah kerana tak mau kenal Presiden
PMIUM.........Atau sang Hang Jebat Presiden yang sepatutnya turun memperkenalkan dirinya kepada aku yang tak seusrah nih??

Ada orang cakap Presiden PMUIM student Jabatan al-Quran dan Hadis...ye ker...cumer setingkat sahaja dengan jabatan aku..Jabatan Fiqh Usul..tapi kenapa aku tak kenal dia?? Suatu hari ada orang cakap nama Presiden aku tuh "H"..aku cakp "Eh..bukan dia la"...kalau dier Presiden PMIUM, kenapa selempar senyuman pun sukar dicuitkan dari indah bibir yang gagah berpidato!!!...Takkan dia Presiden Kita?? kita bertali arus menyokong PMIUM, namun takkan senyum pun sukar?.....Yang aku tau, Presiden dulu macam Zulkhairi, Nazree Yunus, walaupun tidak lah seakrab mana namun, senyuman tak lepas dari bibir mereka...

Aku teringat akan akhlak Nazree yang mana datang memeluk tubuh kami kerana kami selesai menjayakan Program PMIUM...terasa seakan-akan kita dihargai...dan bukanku pinta pelukan dari Muslimat PMIUM..tapi dengan pelukan BELIAU (tanda penghargaan)...hati ini semakin menyayangi beliau..

Aku tau mesti ada yang kata kat aku, kenapa aku persoalkan kelemahan Presiden PMIUM..ia akan memberi kelebihan kepada pihak musuh utk 'counter' balik kepada gerakan Islam...Maafkanku rakan-rakan sekelian..kerana bagiku Maslahah dilebihkan dari mafsadah jika aku menyatakan begini di dalam blog ini..bukan aper..agar tergetak dihati si "PEMILIH" pemimpin supaya memerhatikan sedaya mungkin segala aspek dalam soal pemilihan pemimpin...bukan sekadar melihat..."DIA ni Pernah jaDi PimpiNan di NIlam Puri nih.."...dan kita akui, setakat ini hanya seorang sahaja yang menjadi Presiden PMIUM selain dari produk al-NILAM PURiyyaH iaitu Dr Ishak Suliaman dari KISAS...

Aku sedih kerana dalam kesunyian PMIUM akhir-akhir ini, dalam ketidak Popularnya Presiden kita, "TUP-Tup"...yang gelemernya Presiden kita dikurniakan seorang teman hidup dan telah melangsungkan perkahwinan. Alhamdulillah...satu usaha yang mulia disisi Allah..kerana pensyariatan nikah adalah untuk tujuan memelihara agama...sekurang-kurangnya ianya dapat menjaga masalah "IKHTILAT' dikalangan ahli PMIUM. Tak kirala kahwin atas arahan daripada mas'ul ker...yang penting benda baik..Aku pun teringin sgt2 nak kahwin..supaya aku dapat memelihara nafsuku...

Walaupun si "F" dah berbadan dua...Namun masa berubah masih ada. Aku tetap kagum dengan akhlak Presiden..berakhlak mulai, namun ini demi kebaikan PMIUM..harapnya jgnlah kepopularitian kita hanya pada kisah perkahwinan kita..tapi biarlah kita dikenang sebagai idol kepimpinan......aku chow!!!!

Posted by al-Yusofy at 5:02 PM

http://asqalani.blogspot.com/2009/03/siapa-presiden-pmium-tak-kenal-pun.html

mahasiswa Islam said...

ni komen kat atas salah komen ni...

beranikah najib dengan gagasan satu aqidah...ni anak-anak kekal dengan agama asal ibu bapa???

apa pandangan ulama' PAS?

layakkah kabinet tentukan peraturan tentang hak agama kanak-kanak?

kenapa tidak tanya mufti?

mohon penjelasan sdra nazree...ni kira korup agama jugak ni!