Tuesday, March 17, 2009

Kerajaan Perpaduan: Mungkin dimulakan di Perak?

Mungkin ini yang antara langkah awal dan transformasi politik yang boleh dilakukan dalam usaha membentuk kerajaan perpaduan. Adalah tidak keberatan untuk PR & BN bergabung membentuk kerajaan perpaduan Perak.
Ini antara solusi berani selain mengembalikan undian kepada rakyat dengan membubarkan DUN Perak. Langkah inijuga menjadi tanda aras awal untuk menguji sejauh mana relevannya kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh TGDS Hadi Awang.
Keputusan berani ini boleh diambil dan dimulakan suara penentu oleh Dr. Zamry & DS Nizar Jamaluddin. Politik damai merupakan suatu yang menguntungkan rakyat, namun pokoknya sejauhmana keikhlasan. Realiti juga akan menentukan keikhlasan itu. Asasnya untuk membentuk ruang keadilan yang lebih holistik dan memastikan kemaslahatan rakyat terbela.
Langkah menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak adalah langkah yang lebih bersejarah berbanding pembubaran DUN yang akhirnya melanjutkan lagi tempoh politiking yang mungkin mengambil masa. Langkah membentuk kerajaan perpaduan lebih bersifat win-win situation, memberi ruang buat keduanya (both party) bagi mencambah idea dan implementasi. Mungkin begitu keras keduanya mempertahankan tindakan kerana persoalan kuasa kepimpinan. Jika ada pendekatan perkongsian kuasa, apakah ini tidak mahu dipilih. Sejarahnya, mungkin diperingkat pusat masih belum lagi berkongsi kuasa, tetapi jika keadaan ini dicipta di peringkat negeri terlebih dahulu bagaimana keadaannya?Ada sesuatu yang menarik untuk melihat ini terjadi, ini mungkin makna transformasi politik yang dicita terutamanya generasi muda.

7 comments:

Anonymous said...

Siapa Nazree?

Sdra disebut sebagai projection Anwar & Najib untuk membentuk kerajaan perpaduan sebagai barisan kepimpinan muda, atas sebab itu pertemuan pak lah & anwar juga ada membincangkan tentang pelapis generasi muda bagi memastikan agenda politik damai ini menjadi kenyataan.

Sdra juga mempunyai hubungan sdra dengan Najib sebagai anak buah beliau melalui susur galur Rosmah. Hubungan sdra dengan Anwar dijana oleh Ezam.Ezam digunakan Anwar untuk membawanya masuk semula kedalam UMNO. Sdra pula berperanan utk membantu Ezam berbincang dengan Najib.

Sdra juga sentiasa diberikan maklumat oleh Anwar & Najib utk bertindak, termasuk dalam isu di Selangor yang mana ketidaksenangan Anwar terhadap tan sri khalid.

apa hubungan sdra nazree & team erdogan atau pro-muzakarah?sejauhmanakah wujud dua kelompok ini dengan perangcangan Najib & Anwar........nantikan pendedahannya

Anonymous said...

Elizibeth akan letak jawatan, benarkah sdra akan bertanding bertanding di DUN Bukit Lanjan?

Jika benar kita mahu saksikan pertembungan sdra dan PR disana!

Anonymous said...

Elizibeth akan letak jawatan, benarkah sdra akan bertanding bertanding di DUN Bukit Lanjan?

Jika benar kita mahu saksikan pertembungan sdra dan PR disana!

Anonymous said...

Saya sokong jika pengerusi GERAK nak bertanding DUN bUkit lanjn, uji populariti kamu VS Tan Sri Khalid

Anonymous said...

apalah tan sri khalid, orang lapor SPRM tntg rasuah pun nak saman, tah apa yang dia malu tah.anak tegur bapak pun salah.apalah tan sri khalid, orang lapor SPRM rasuah pun nak saman, tah apa yang dia malu tah.anak tegur bapakpun mahu disaman!!!!

Anonymous said...

kami anak muda benci orang rasuah, jika tan sri khalid tak bersalah,jawab kat mahkamah, ni ambil strategi hampeh macam UMNO, nak saman orang, ni jenis pemimpin yang bakal ditolak generasi muda, kami sokong anak muda seperti sdra nazree.kami anak muda malaysia berdiri ribuan orang dibelakang sdra, jangan bimbang, ni ugutan saman malu hanya orang nak tutup kesalahan sahaja buat, kalau betul tak terlibat rasuah, apa nak bising2 saman.tunggu dakwaan mahkamah, if tak bersalah baru saman malu,ni belum pape dah nak saman malu.

jika macam ni cara pemimpin PKR, kami anak muda malaysia tak bersetuju dengan cara ini.

angah said...

salam..

berapa ramai agaknya anak muda di belakang kamu anak muda malaysia?
:)
usah lah..nak tunjuk hero..nak menbenteras rasuah..hehe.. dlm umno sendiri banyak rasuah, politik wang..tak rasuah tak menang..mana anak muda yg ingin menjadi hero menbenteras rasuah?
kecut?
isu lembu itu di katakan rasuah..saya penduduk bandar tun razak sedia memulangkan kembali lembu2 itu jika itu di katakan rasuah...selama ini surau dan masjid di bandar tun razak menerima KORBAN LEMBU DARI BERJAYA GROUP..tokey judi..tak pula di katakan rasuah..