Monday, February 23, 2009

SPRM DIGESA LEBIH PROAKTIF DALAM MENYIASAT

KENYATAAN MEDIA GERAK MALAYSIA
23 Feb 2009

SPRM DIGESA LEBIH PROAKTIF DALAM MENYIASAT


Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK Malaysia) menyokong tindakan YB Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang telah mendedahkan isu pita rakaman bekas pemimpin negeri yang merasuah ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee. Tindakan seperti ini seharusnya menjadi contoh kepada individu dan badan-badan lain agar lebih berani tampil mendedahkan kes-kes salahguna kuasa serta rasuah yang berlaku sebagai amaran kepada pihak-pihak yang terlibat. Namun kita juga menyarankan agar Dato' Seri Anwar Ibrahim menyerahkan bahan bukti tambahan terbaru, maklumat atau salinan dokumen yang berkaitan dakwaan yang telah dibuat secara segera bagi membantu siasatan. Mana-mana pihak yang mempunyai bahan bukti yang berkaitan tidak harus menyembunyikannya kerana ini boleh dianggap tidak serius untuk melaporkan kes rasuah. Semua pihak termasuk orang awam harus bekerjasama dalam usaha melawan rasuah. Usaha melawan rasuah akan gagal sekiranya hanya pihak-pihak tertentu sahaja yang berusaha mendedahkan jenayah rasuah ini.

GERAK Malaysia menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dapat bertindak secara proaktif dalam menjalankan siasatan ke atas kes salah guna kuasa dan rasuah politik yang semakin membarah ketika ini. GERAK Malaysia berpendapat rasuah politik yang semakin berleluasa ini bakal menjadi ancaman terhadap kestabilan pentadbiran negara sekiranya tidak dibanteras secara serius.

Berhubung isu pita rakaman bekas pemimpin negeri yang cuba merasuah ADUN Kulim, YB Lim Soo Nee seperti yang telah didedahkan oleh YB Ketua Pembangkang, GERAK Malaysia berpandangan SPRM seharusnya mengambil langkah yang lebih proaktif memandangkan bukti sedia ada bagi kes ini cukup kukuh sebagaimana yang didakwa oleh YB Ketua Pembangkang tersebut. SPRM juga boleh bertemu dengan YB Ketua Pembangkang untuk mendapatkan bahan bukti terlibat ataupun pihak Ketua Pembangkang hadir ke SPRM untuk berkongsi maklumat dan dokumen berkaitan. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan secara proaktif, pendedahan tanpa laporan serta tambahan maklumat atau dokumen baru akan sekadar mencetuskan polemik antara SPRM & Anwar Ibrahim. Gerak Malaysia juga menyokong usaha SPRM untuk mendedahkan siapa dalang disebalik cubaan rasuah politik ini.

GERAK Malaysia berharap agar SPRM tidak mengamalkan sikap ‘double standard’ dalam menjalankan siasatan ke atas mana-mana kes penyalahgunaan kuasa atau rasuah politik bagi melambangkan budaya transparent dan integriti suruhanjaya tersebut. Memandangkan bukti kukuh yang didakwa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim berkaitan kes ADUN Kulim tersebut telah lama diperolehi, SPRM sewajarnya sudah boleh mengambil tindakan terhadap individu-individu yang terlibat. Namun GERAK Malaysia berharap kes ini dapat didedahkan segera agar rakyat dapat menilai keberkesanan SPRM terutamanya setelah mendedahkan kedudukan kes salahguna kuasa MB Selangor. Jika kes MB Selangor mampu dimaklumkan kedudukannya terhadap awam, maka kes-kes yang lain juga wajar untuk mendapat maklum balas pantas SPRM.

Gerak Malaysia menyarankan agar SPRM menyegerakan dakwaan terhadap mana-mana pemimpin yang terlibat rasuah sama ada daripada Barisan Nasional mahupun daripada Pakatan Rakyat. Jika kes MB Selangor didedahkan ada kemungkinan kuat untuk didakwa maka bagi kes-kes rasuah VIP yang lain juga wajar untuk didakwa dengan kadar segera.Gerak Malaysia menyaruh keyakinan terhadap SPRM untuk melakukan pendakwaan secara telus dan tepat. Kita percaya, jika SPRM bertindak adil, maka rakyat kebanyakkan akan menyokong SPRM tidak kira siapa yang akan didakwa. Kita menyarankan agar mana-mana pemimpin yang didakwa atas tuduhan rasuah wajar untuk digantung tugas atau meletakkan jawatannya bagi memperbaiki integriti kepimpinan partinya termasuk dalam kes MB Selangor. Gerak Malaysia menyokong kepimpinan yang berusaha untuk membudayakan integriti dan merealisasikan secara jujur.

MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi GERAK Malaysia






4 comments:

Che' Ab said...

rasulullah bersabda akhir zaman nanti akan banyak fitnah, sampai kita orang awam tak tahu sapa yang salah sapa yang betul. entahla naz, buatlah apa yang kau rasakan betul. ambil ijithad terbaik. kita mencari keuntungan di akhirat. teruskan berjuang melawan rasuah. untuk orang yang rasuah, dunia ini sekejap je..
acab smapl 2001

Politiksukusakat said...

Askum Nazree, baguslah anta buat kenyataan macam ni, tapi ana pelik jugak kenapa anta tak 'aktif' dalam mengkritik atau melaporkamn rasuah yang berlaku dalam Umno? atau anta takut ngan brother Ezam? heheheh, teruskan usaha anta banteras rasuah,jangan hanya tengok lembu di selangor, tengok juga kereta personal MB Negeri Sembilan yang maintenance nya guna wang kerajaan negeri, Gerak kan banyak sumber so investigate lah isu ni, harap telus okay. from Wan Nordin (UMKL senior)

uncle abu said...

Gerak kna GERAK23x AKTIF lagikkk...

golongan marhaens dibawah ini masih nampak ada bias,double standard, berat sebelah,pilih kaseh,dll ttg SPRM,Gerak sendiri...

mmg setiap usaha mcegah kemungkaran ada ujian,cabarannye...jadikan segala desakan,kritikan,prasangka,tanggapan kami ini satu cabran dlm menjalankan tanggungjawab.

'JIKA' MB Slngor salah,ttp salah.kami terima.tp mcm mana kes2 lain?? Najibus,Khir Toyo,Mat Hassan,Mat Taib,Khairy,adehhh...berbuihhh...

acab smapl 2001,
hidup mmg skjap,tp kaki2 rasuah nih xtau apa itu mati,xtau kubur nanti duk sorg2...





~ua~
tujuan hidup,utk hidup disana...

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam,

bukan GERAK tidak agresif, sdra boleh melihat banyak kenyataan media GERAK tntg perkara ini, media tidak melaporkannya agresif seperti mana dalam kes MB Selangor.

Sumber kita dtg daripada kakitangan awam, jika ada rasuah MB N.Sembilan, dipersilakan kakitangan awam di NS utk bantu saya & GERAK dgn dokumen berkaitan. Akhi Nordin boleh membantu. Jika tidak sekadar hanya kenyataan drpd GERAK shja yang boleh kita nyatakan seperti mana dalam mana-mana kes rasuah termasuk yang melibatkan BN atau UMNO.