Mudah-mudahan ini ujian dalam perjuangan yang saya yakini masih berlandaskan Al-Quran dan As-Sunnah. Segalanya saya serahkan kepada Allah SWT untuk menzahirkan kebenaran. Yang saya lakukan bukan buat merebut kuasa tetapi memberikan inzar buat yang berkuasa agar beringat bahawa kuasa adalah amanah yang bukannya kemahsyuran. Berbicaralah secara jauhari dan budiman. Apakah makna dan disini manakah kita disisi Allah SWT jika kita tidak langsung lebih hampir dengan apa yang pernah diungkapkan berbanding pihak lain yang kita sebutkan sebagai perasuah ulung 52 tahun lamanya.
Dalam keadaan ini, saya memohon agar sahabat-sahabat seperjuangan agar kita bermunajat kepada Allah SWT dengan melakukan solat hajat dan zikir yang mampu untuk menenangkan kita dan menunjukkan kebenaran. Kita lakukan secara istiqamah. Di saat ini juga saya berharap kita lebih mencipta rakan berbanding lawan, dan kawan tidak mengkhianati saya dalam perjuangan melawan rasuah dan penegakkan integriti serta negara hukum. Mudah-mudahan tidak ada baik rakan dan musuh yang mengambil kesempatan untuk menjadi hero politik dalam soal ini. Saya serahkan kepada Allah SWT untuk memberikan hikmah terbaik. Namun saya sedia berdepan secara fizikal dimahkamah jika ini tuntutan untuk menyatakan kebenaran walaupun tanpa peguam bela. Doa kalian mengiringi saya buat menambahkan kekuatan untuk berdepan ujian ini. Masih kecil ujian ini jika mahu dibandingkan dengan yang dilalui oleh para nabi dan rasul-rasul pilihan Allah SWT. Teramat sedikit sumbangan yang saya lakukan berbanding para ambia' atau rasul-rasul untuk agama Allah SWT. Kita tidak mempunyai mukjizat tetapi doa adalah senjata buat menumbangkan yang mungkar. Usaha kita gerakkan buat menterjemahkan kefahaman dan merealitikan sandaran kita kepada Allah SWT.
Apakah kita mahu mengaku beriman jika tidak diuji. Namun dalam keadaan ini usaha perlu dilakukan sebelum kita bertawakkal kepada Allah SWT. Buat sahabat-sahabat yang jauh diperantau yang jelas agak sayu ketika menghubungi saya, saya mohon doa ikhlas kalian sebagai senjata kita orang mukmin. Panjangkan doa kalian buat kebenaran. Bukan berkiblatkan kedudukan saya pada ketika ini tetapi buat perjuangan Islam, amal maaruf nahi mungkar. Buat perjuangan integriti dan anti rasuah. Biar kita mohon dimurnikan jiwa-jiwa pemimpin agar yang dipertahan bukan kuasa tetapi amanah penuh keikhlasan dan bukannya mainan politik untuk membersih air muka.
Saya berdoa agar pihak yang tidak bersetuju terbuka minda dan jiwa dengan penuh keinsafan untuk tunduk dan tawadhuk kepada kehendak Allah agar mensucikan kepimpinan daripad anasir buruk terjerumus ke lembah hina rasuah.
Segalanya saya mengambil tanggungjawab atas semua tindakan mencegah mungkar rasuah dan mendoakan agar semua laporan diambil tindakan secara adil oleh pihak pengadilan tidak kira sama ada melibatkan UMNO-BN mahupun Pakatan Rakyat. Proses undang-undang akan saya lalui secara tegas dengan prinsip dan pegangan rakyat kebanyakkan.
Dari Allah kita hadir kepada Allah kita berserah. Wassalam.
13 comments:
Teruskn perjuangan sdra.
Doa kami bersama sdra,
Saya kenal sdra dari kampus, perjuangan sdra di kampus saya tahu bagaimana perit getirnya berlawan dgn HEP. Tapi hari ini HEP juga respect pada sdra termasuk aspirasi yang akhirnya tukar nama aspirasi jadi PENGGERAK MAHASISWA kerana teruja dengan perjuangan sdra yang demokratik dan matang.
Ramai pimpinan Pro-mahasiswa yang mengambil pandangan sdra untuk berjuangan dikampus bagi dihormati kawan & lawan.
Nyatalah hari ini perjuangan sdra telahpun dihormati kawan dan lawan. Saya amat mengkagumi pendekatan hikmah sdra
salam saudara..
tabah dengan sedikit ujian ALLAH nie..nie baru sedikit.. cuba bayangkan perasaan umat ISLAM di Bandar Tun Razak yg menerima lembu tersebut.. sakit hati..pedih..jika niat murni MP kawasan tersebut di katakan RASUAH... kenapa masa kerajaan menghantar lembu ke darfur tak di katakan RASUAH????
wassalam,
angahsp
penduduk BTR...
....ni korban bleh pakai duit syarikat ke ibadah individu yang perlu keluar duit poket sendiri?
...apasal plak tan sri khalid tak hantar juga lembu kat dafur?just hantar ke BTR...BTRni kawasn dia...bukankah ada conflict of interest
....ada tak lain-lain parlimen kat wilayah yang PR menang cthnya Titiwangsa yang dpat lembu?...ooo..pandainya MB...kawasan sendiri nak bagi...kwsan MP PR yg lain tak nak plak bagi walaupun berjiran degn Selangor.
....Kat Dafur tu ada pengundi Tan Sri ker????kat BTR ada kepentingan...rasuah lembu cover kata bagi korban...jgn main2 dgn ibadah...cth..solat betul tapi baju curi...macamana angah BTR?ada boleh jawab
...kami anak muda kampus & mahasiswa sentiasa bersama Sdra Nazree mantan Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya....hidup pimpinan PMIUM
Salam
Kepada Sdra Angah BTR, terima kasih atas pandangan. Saya amat hargai.
Saya sudah jelaskan segalanya di dalam kenyataan saya dan kesediaan saya untuk terus istiqamah dengan agenda integriti dan anti rasuah.
Saya juga mendoakan sdra agar terus konsisten dengan agenda maaruf ini. Teruskan perjuangan sdra walau dimana berada.
Wasssalam
Salam saudara Nazree.
Banyakkan solat Hajat, berdoa dan berserah kepada Allah supaya sentiasa meletakkan saudara di pihak yang benar.
Kadang-kadang kita selalu menganggap majoriti selalu berada di pihak yang benar.
Tetapi saudara usah risau, sekiranya saudara menyerahkan segala-galanya kepada Allah taala, biarpun ditohmah, hati kita sentiasa 'kan tenang.
Saya tertarik dengan idea saudara, tidak terlalu ekstrimis. kadang-kadang sukar menilai samada di pihak kerajaan ataupun pembangkang.
itulah namanya prinsip. Teruskan dengan prinsip saudara untuk memerangi rasuah.
ingatlah kata Nabi 'seandainya Fatimah pun mencuri, akan ku potong tangannya'
wassalam.
salam..
tak bleh ke korban pakai duit syarikat..
hehehe..
sebab tski derma kat BTR je tue sebab ada unsur rasuah..
okk..paham..
tapi u all ader tak cheak..selama nie PM ke TPM kee..derma korban pakai duit saper??
tak rasuah lah pula..
kalau nak adil lapor lah BN punya korban sekali..
baru org tak persoalkan...
lagi satu..saya tertunggu gak maner fail rasuah najib..takkan lah tak ada pula..
ataupun najib dgn saudara nazree khabarnya ada kena mengena(saudara) tak nak lak lapor..
salam..
angahsp
Cabaran buat GERAK istihar 'harta'
Sejak kebelakangan ini sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang pernah saya terlibat mengasaskanya sedikit masa dahulu begitu hebat muncul sebagai hero membenteras rasuah terpilih. Malangnya GERAK yang kemunculanya awalnya digeruni dan dikagumi dengan menyerang kes serta melakukan pembongkaran - pembongkaran besar tetapi kini mula melakukan kerja menyerang kes - kes terpilih.
Ini semua berkait rapat dengan penyumbang 'kewangan' kepada GERAK untuk bergerak.
GERAK di asaskan dengan nama Gerakan Demokrasi dan Anti Korupsi kemudian telah menukar nama kepada Gerakan Rakyat Anti Korupsi dengan mengekalkan singkatan GERAK. GERAK bukan sebuah pertubuhan yang berdaftar dibawah akta pertubuhan tetapi sebaliknya berdaftar dibawah akta Syarikat Malaysia (SSM) dengan menggunakan nama Gerak Agenda Sdn. Bhd. Pada satu ketika GERAK yang didaftarkan sebagai syarikat ini hanya punya lembaga pengarah yang terdiri dari Ezam dan ahli keluarganya sahaja.
GERAK ditubuhkan dengan dana Ezam sendiri dan sumbangan orang ramai. Pada ketika itu hanya saya seorang kakitangan tetap GERAK. Di awal usia GERAK banyak aktiviti dianjurkan dari ceramah, diskusi hinggalah penyebaran risalah dan pembongkaran rasuah dilakukan. Selepas Ezam mengisytiharkan masuk Umno GERAK diserahkan kepada seorang kakitangan Dato Norza Zakaria, Mohd Nazree Mohd Yunus yang dilantik mengepalai Gerak merupakan ko ordinator dalam Institut Kajian Asas Kemasyarakatan (INSKA) yang dibiayai oleh Norza.
Semua tahu Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan Abdullah. Umum dalam Umno tahu juga Norza, seorang anak muda yang amat dipercayai Abdullah sehinggakan dia dilantik sebagai MKT termuda Umno oleh Abdullah. Adakah Gerak juga dipakejkan sekali dalam 'borang' pemohonan ahli Umno Ezam dan kawan-kawannya ?
Pada ketika itu juga Gerak punya Pejabat tetap di Kelana Jaya, seorang kerani dan Nazri pula selaku Pengarah berbayar. GERAK selaku NGO tidak mendapat geran bantuan dari mana - mana badan dalam dan luar negara secara rasmi. Adakah Dato Norza terlibat dalam 'menyara' Gerak untuk terus bergerak dalam jinak ?
Kemudian beberapa bulan yang lalu ketika kem Abdullah menjadi sasaran. Dato Norza dan orang-orangnya telah disiasat. Maka seperti yang Najib pernah umumkan bahawa polisi Umno ialah sesiapa saja didakwa akan hilang hak bertanding. Maka pendakwaan pada ketika itu kelihatan dekat dengan Norza. Maka jika Norza tidak boleh mempertahankan jawatannya selaku MKT Umno maka tidak ada gunanya dia terus menyalurkan wang untuk menjinakkan Gerak maka lebih malang lagi kemungkinan INSKA juga akan ditutup.
Maka pada ketika itu Gerak harus bergerak segera mencari penanggung kewangan baru untuk menanggung gaji kakitangan termasuk Pengarahnya, sewa pejabat, bil air/api/astro/telefon/internet, sewa mesin photostat dan banyak lagi. Maka sudah tentu satu tuan baru perlu dicari.
Ada yang mengatakan Gerak telah menemui Santa Clause, bekas pemimpin Kerajaan Negeri Selangor. Oleh kerana itu Gerak kini tidak bergerak keluar seperti disaat kemunculannya sebaliknya sibuk menjaga lembu di Selangor.
Dengan ini Gerak yang sibuk menyiasat korupsi terpilih dicabar untuk mendedahkan akaun syarikat dan menjelaskan berapa kos operasi ? Bagaimana kos operasi Gerak ditanggung dan siapa yang menanggungnya ? Selaku NGO yang 'kononya' mementingkan integriti dan ketelusan. Maka GERAK bukan sahaja perlu telus tetapi perlu dilihat telus.
Posting ini ditulis dalam keadaan amat serba salah kerana kasih pada Gerak yang sama saya dibidankan kelahiranya masih ada. Namun bukan saya saja tetapi kebelakangan ini terlalu ramai ahli aktivis Gerak yang pernah memohon memasuki Gerak merasakan kecewa dengan Gerak yang lemah malah laman sesawang yang pernah saya bina dengan menyimpan bukan sedikit fakta serta salinan bukti rasuah juga sudah terpadam mati. Tiada lagi aktiviti diskusi, forum terbuka dan penyebaran risalah meningkatkan kesedaran rakyat. Sebaliknya Gerak hanya muncul sebagai pertubuhan kenyataan media yang aktif.
dari blog chegubard
Rasanya saudara Nazree perlu memberi penjelasan terhadap 'pembongkaran' oleh Anonymous di atas.
Betul juga dr blog cheguebard tuntutannya, tapi aku nak tanya juga, katanya cheguebard juga pernah minta bantuan sdra nazree & team mahasiswanya untuk bantu kempen cheguebard di rembau?betulker?maknanya sdra nazree berjaya bantu cheguebard sehingga naikkan undi dan kurangkan majoriti KJ.
khabarnya anak pinak sdra sepupu sepapat sdra nazree di Rembau telah banyak membatu cheguebard tanpa ahli MPT PKR itu sedar.
tapi akupun naik hairan, kenapa tibe-tibe cheguebard gila talak dgn Gerak dan sdra nazree?
kalau tidak silap dalam blog ini dahulu ad gamabr sdra nazree bersama-sama MB N9.dan ada kemungkinan dana pilihanrya cheguebard utk lawan khairy juga disponsor oleh Mat Hassan MB N9.
Hina juga MPT PKR ni?terima duit dr UMNO.dua kali lima sahaja. kerana PKR asalnya UMNO,jom pakat-pakat kempen masuk PAS.
dahulu cheguebard kerja di gerak sape bayar?dari mana duit?sama jer...cakap berdegar-degar ekor berlumur tahik.
ahli MPT macam cheguebard pun terpaksa minta tolong sdr nazree untuk kempen, terror jugaklah Pengerusi Gerakni.tapi kesian,....ditikam kawan dan orang yang pernah dia tolong...takpalah sdr nzree...nasib kamu...sian-sian...
ala cheguebard nak tumpang polpular dengan kehangatan isu rasuah oleh nazree....cehhh ...hampeh punya strategik...ni semuanak cari publisiti....jika benar banyak sangat bukti rasuah....hantar lah kat nazree tu tengok apa dia nak buat...dulu cheguebard uji SPRM hantar file.....sekarang hantar lak plak kat nazree...uji plak Gerak nak dedah ke tak...ke dah habis bakar???jangan emosi bakar habis....patutnya orang macam cheguebard jika rasa pakai PKR kes tak dapat sambutan,,,,kerjasama lah sikit dengan GERAK...
Sekarang ni politik baru....anak muda dah tak heran dengan parti politik sangatpun...aku yang anak muda ni rasa apa yang nazree buat ni kira OK lah...orang lawan dedah rasuah...ni lawan nak dedh akaun...kalau nak adil...dedah akaun nzree...dedah akauan chegubard...dari pilihanraya hari termasuk segala aset....haaa...apa macam...OK tak aku punya cadangan...harap nazree & cheguebard boleh pertimbangkan
takpun...korang dua berdebat lah...PKR sedia pentas.Buat kat dataran senawang ker kat Rembau ker...amacam...ada berani korang dua debat...tengok sape akan debat air liur...:)))
Sokong Nizar Amad.
Korang dua debat sahaja kat dataran senawang nak tengok juga berani tak nazree atau cheguebard ni debat...debatlah isu rasuah...ker dua2 takut...kita tunggu dan lihat.
salam..
saya rasa chegubard tak takut..
sebab saya pernah tengok chegubard berdebat ...chegubard bukan lah seorg penakut seperti rahim tamby chik(tak datang kat awani utk berdebat)hishammuddin atau najib..
sy takut nazree yg takut nanti...
Salam,
Saya bersedia untuk berdiskusi secara terbuka berkaitan isu integriti dan anti korupsi.
Isu integriti perlu dilihat daripada perspektif holistik dalam nada keperluan anak muda mendefinisikan lantas mengambil pendirian untuk masing-masing berfungsi atas tugasan ini sebagai suatu bentuk dakwah dan melakukan amal maaruf dan nahi mungkar bersama-sama.
Post a Comment