Saturday, January 10, 2009

P36: Siapa Tim. Menteri Baru Dua Kementerian?

Asasnya mudah, jika sebelum menjadi calon P36, Kuala Terengganu, Wan Ahmad Farid merupakan Tim. Menteri Dalam Negeri. Calon sebelumnya bagi P36 juga adalah Tim. Menteri Pelajaran.
Selepas 6 Jan, dua kekosongan jawatan Tim. Menteri akan menjadi intaian lebihan MP BN atau UMNO untuk mengisinya. Apakah percaturan untuk meletakkan Wan Farid adalah semata-mata untuk memberikan ruangan kekosongan yang lebih lagi kepada MP BN atau UMNO yang lain? Mungkin juga kita boleh menilai sejauh mana ahli MP UMNO dan BN akan bekerja keras untuk membantu Wan Farid?
Ada andaian yang menyatakan disaat-saat akhir sama ada kegentingan UMNO dan peralihan kuasa akan berjaya atau tidak mungkin ada di kalangan MP Kerajaan Pusat yang lebih berminat untuk mendapatkan post kuasa berbanding memikirkan soal kemenangan Wan Farid.
Namun mungkin jika Wan Farid tidak beroleh kemenangan, Khairy Jamaluddin mempunyai ruang untuk mengisi mana-mana post yang kosong sama ada sebagai Tim. Menteri Dalam Negeri atau sebagai Tim. Menteri Pelajaran. Atau BN mempunyai calon MP muda yang lain? Siapakah mereka yang lebih tertonjol berbanding Khairy yang setidak-tidaknya berjaya membuatkan PR terpaksa berdepan semula mainan isu hudud, juga pendekatan demontrasi Khairy yang mirip gerakan kritikal pembangkang.
Yang harus dilakukan oleh sesiapa sahaja yang bakal memegang amanah di dua kementerian ini adalah lebih wajar untuk menfokuskan tentang kolibrasi kementerian untuk berjuang melawan rasuah dan membudayakan integriti.
Teorinya mudah, mungkinkah KDN boleh membuka ruang untuk memberikan fokus terhadap agenda memerangi rasuah yang boleh diistilahkan sebagai ancaman kepada keselamatan dalam negara? Kedua, mungkinkah Kementerian Pelajaran boleh mencetuskan budaya pendidikan anti rasuah dan budaya integriti bermula di peringkat pelajar sekolah?
Maka ini yang dinantikan, siapa yang bakal memegang post Tim. Menteri di dua kementerian? Adakah sinar harapan buat Wan Farid atau Khairy Jamaluddin bakal menjadi Tim. Menteri? Namun yang menjadi prioritas kepada maslahah ummat adalah perlu ada political will mana-mana pemimpin politik (termasuk kerajaan & pembangkang) untuk memerangi rasuah dan ini cabaran generasi selepas 52 tahun merdeka. Perjuangan kita pada hari ini adalah perjuangan melawan penjajahan rasuah!.
Hasrat MP BN terutamanya UMNO termasuk hasrat rakyat akan menentukan selepas 17 Jan 09 ini siapakah yang bakal mempunyai ruang untuk 2 posisi Tim. Menteri yang sudah dikosongkan hampir sebulan.

1 comment:

Anonymous said...

haha..usahlah gadai maruah dan masa depan anak bangsa dgn meletakkan org mcm Khairy tuh sbg Timb. Menteri Pelajaran...(peribadi dr sy!)
Mamat tamak nih,kesemua strategynya dapat dihidu oleh para rakyat jelata yang sering memerhati semua dolak dalik 'game' politik tempatan negara kita Malaysia nih...politik tempatan sekarang lebih kepada politik warisan turun temurun dalam pembahagian harta dan kuasa kepada generasi masing2,anak2,saudara mara terdekat sekampung mereka sahaja tanpa memikirkan rakyat jelata sekelian alam.macam lah manusia2 kt Malaysia nih,semua para bodohan yang bengap2 belaka.woiii!!!!

kadang2,sy merasa curiga dgn gossip2 panas,spekulasi2 yang sering dgn sengaja ditimbul dlm 'game' ini.mcm dlm melodi pulak..SIAPA agaknya yang mula2 mencetuskan isu atau gossip2 tersebut? Khairy akan mengisi kekosongan Timb. Menteri? adakah para penganalisis politik? pemerhati? pembangkang? tokei2 kedai kopi? erm...mereka mestilah ada agenda2 mereka yang tersendiri.Mungkin juga calon2 yg disebut2 itu sendiri yang mencetuskan gossip itu sendiri terhadap diri mereka...hahaha...jika ditanya kpd yg empunya badan sendiri,semestinya dia akan berteriak menafikan 200%!!itu semua bukan matlamat mereka sebagai pemimpin!! huhhh..hero muda la agaknyaa...

pemilihan seorang pemimpin,harus diteliti dari hujung ke hujung.bukan kerana dialah yang paling lantang apabila berhadapan atau ditemubual oleh 'press' sahaja,tetapi sebenarnya 'coward' bila diajak bersemuka!!(slalu org mcm nih dipanggil 'chicken' hahaha)

jika apa yg ditulis saudara 'potret minda' ini benar,ermmm...btol la takkulan dan hipotesis awal bahawa politik Malaysia arini,adalah politik pembahagian harta dan kuasa kpd anak2,cucu2,menantu2,cicit2,piut2,dan keturunan mereka2 sahaja.

dan rakyat jelata Malaysia tidak mahu orang yang sebegini memimpin mereka...

~ua~