Tuesday, September 30, 2008

Trend Anak Muda & Mahasiswa terhadap PAS, UMNO, PKR & NGO

Trend anak muda & Mahasiswa dalam PAS, aktivis kampus ada yang telah menyertai PAS, ada juga PKR dan mungkin UMNO atau PKR. NGO juga menjadi pilihan. Mungkin NGO dilihat lebih kukuhkan dan mudah bagi yang bekerja dalam kerajaan. Kerajaan hari ini bukan sekadar kerajaan pusat sahaja. 5 negeri dipimpim Pakatan Rakyat.Jadi berhati-hati juga orang UMNO/BN yang bekerja dalam sektor awam di 5 negeri ini takut dipecat. Sama juga dengan perihalnya ahli Pakatan rakyat yang bekerja di negeri BN. Mereka juga berhati-hati takut dipecat dan ditukar.
Ini realiti yang tidakboleh dinafikan, proses cleansing politic akan tetap dilaksanakan biar ianya dilakukan secara bertahap dan terhormat. Jika tiada proses cleansing fikrah, mungkin sepenggal sahaja berjaya tadbir mana-mana kerajaan pimpinan parti politik.
Trend anak muda yang agresif nampak lebih cenderung ke arah PKR, seolah-olah PEMUDA TAHAN LASAK UMNO sudah bertukar ke PKR. Sudah jadi PEMUDA TAHAN LASAK PKR. Trend aktivis kampus lebih cenderung ke dalam PAS yang dilihat lebih tarbawi dan intelek. PAS lebih menunjukkan diri sebagai parti yang matang tetapi slow motion. Aktivis mahasiswa di kampus terbahagi kepada dua. Ada yang cenderung terhadap UMNO dan ada yang lebih cenderung terhadap PAS (dalam konteks aktivis mahasiswa Melayu Islam).
Yang cenderung terhadap UMNO (UMNO sebelum 8 mac) adalah daripada group kurang tahan lasak dikampus. Sebab itu apabila berdepan dengan PEMUDA TAHAN LASAK PKR, tidakmuncul-munculpun kelibat anak muda mewakili UMNO (cuba lihat suasana Permatang Pauh).
yang tahan lasak di kampus juga ada dua kumpulan. Satu ada yang ke UMNO, satu ada yang bersama PAS. Yang bersama PAS juga ada dua kumpulan, satu yang sekadar menjadi pengikut(kerana dinasihatkan oleh yang lebih berusia bahawa mahasiswa kurang makan garam, perlu mengikut dahulu). satu lagi mengjadi kritikal. Tetapi group ini tidak banyak. Namun mereka ini sudah pasti adalah peminat TEAM ERDAGON PAS.
Aktivis kampus tahan lasak dalam UMNO tidak banyak yang dapat dibuat, kerana dalam UMNO itu sendiri tidak ada PEMIMPIN PEMUDA TAHAN LASAK. Perlu dipercepatkan kelahiran PEMIMPIN PEMUDA UMNO TAHAN LASAK, tetapi bukan lasak fizikal tetapi minda yang murni yang kita mahukan. Pemuda UMNO jangan malu dan segan bicara soal Islam, bicara soal reform, bicara soal integriti, bicara soal hak rakyat, bicara soal kemiskinan, bicara soal pengayaan minda dan bicara soal menolak rasuah dan kerajaan berkebajikan serta bersih.
Akibat gusar untuk bicara soal dan terminologi positif,akhirnya institusi termasukUMNO itu dilihat negatif. Ini realiti, bicara soal kebaikan, mudah-mudahan ianya menjadi doa dan kita harapkanlebih ramai yang baik berbanding yang jahat.
Jangan hanya harapkan PAS baik, UMNO jahat, ini tidak seimbang. Dan jangan pul harapkan UMNO baik,PAS PKR jahat. ini juga tidak seimbang. Yang menjdi harapan kita ialah biar yang lebih majoriti itu memilih untuk memberikan kemenangan kepada kebaikan.

Pemuda UMNO & Team Erdagon PAS

Langkah anak muda dalam UMNO perlu lebih rancak, sudah kelihatan bibit kelahiran team Erdagon dalam pemuda UMNO, namun langkah mereka masih kurang berani dan tidak mencetuskan minat anak muda untuk bersama.
Nampak kenyataan-kenyataan Mukhriz dan KJ bercanggah dengan keputusan MT UMNO untuk menangguhkan AGM dari Disember ke Mac 2009. Angka 9 menurut masyrakat Cina adalah angka success (Kejayaan). Apakah ini percaturan baru?
Dalam PAS agak menarik dengan kewujudan TEAM ERDAGON, seringkali dilihat team ini mencabar keputusan-keputusan konservatif dalam PAS. Nama-nama seumpama Dato Kamaruddin Jaafar, Husam Musa, Khalid Samad, Dr Hatta Ramli & Dr. Zulkifly Ahmad sudah tercatat antara yang sinonim dengan gelaran ini. Kewujudan kumpulan-kumpulan seumpama ini yang dilihat sebagai kumpulan PAS yang PRO Anwar Ibrahim setidak-tidaknya menggamit kumpulan anak muda termasuk mahasiswa untuk bersama PAS.
Jik Pemuda UMNO mahukan sokongan anak muda, ikon perlu ditonjolkan. Pakatan Rakyat punyai Anwar Ibrahim sebagai ikon evergreen walaupun banyak tuduhan terhadap beliau. Jika benar Najib mahu dijadikan ikon, biarlah seribu satu tuduhan terhadapnya termasuk berkaitan Altantuya, tetapi jika Najib adalah ikon rakyat, Najib akan tetap berdiri atas prinsip dan dilihat sebagai pemimpin karisma.
Atau Khairy Jamaluddin mahu menjadikan diri sebagai ikon baru anak muda? Langkah mula Anwar Ibrahim berpaksikan gerakan muda Islam, background Anwar yang lebih dilihat Islamik menggagalkan apa jua cubaan untuk mengaitkn beliau dengan tuduhan moral. KJ juga harus begitu jika mahu dilihat sebagai ikon. Umur muda KJ dalammendaki tangga puncakkepimpinan dalam UMNO dilihat baik. Tetapi apakah ini cerminan kepimpinan jujur, amanah dan telus yang mahu diketengahkan? KJ hanya perlu membuktikan ini, jiwa agama perlu ditonjolkan, jika ditonjolkan apakah level movement KJ boleh disetarafkan dengan Anwar Ibrahim? KJ juga adalah golongan rival dan kritikal ketika zaman mahasiswanya.
tuntutan generasi muda hari ini bukan sekadar rival dan kritikal tidak ketentuan, tetapi yang didahagakan oleh generasi baru ialah kepimpinan muda Islam yang kontemporari atau yang boleh kita istilahkan sebagai TEAM ERDAGON. Mereka dilihat lebih strategik untuk Islam berbanding parti sekular yang menjadi platform mereka. Itulah dia Anwar Ibrahim ketika dalam UMNO,namun kini TIDAK.

Monday, September 29, 2008

Pemilihan Pemuda UMNO: Agenda lawan rasuah agenda utama

Calon-calon Pemuda UMNO sudah memukul canang, kuda-kuda silat sudah dibuka, namun kita masih menunggu apakah asas teras utama moto, idealisme dan gagasan pemikiran yang mahu dilatakan.
Jawatan Ketua Pemuda setakat ini akan menyaksikan pertandingan lima penjuru antara Mukhriz, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis Datuk Zahidi Zainul Abidin, Anggota Majlis Tertinggi yang juga bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Naib Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin dan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Shaziman Abu Mansor.
Aenda yang perlu menjadi fokus Pemuda UMNO ialah agenda melawan rasuah, jikasekadar bicara soal idealisme yang tidak langsung berani membongkar rasuah, seakan ada kehilangan kekuatan dalam keutuhan perjuangan calon-calon Pemuda UMNO.
Mereka pemuda UMNO wajar memahami bahawa UMNO dan BN ditolak oleh rakyat atas asas yang mereka sendiri telah hilangkan kepercayaan ini daripada rakyat terhadap mereka, persoalan ini adalah perjuangan menentang rasuah, integriti & good governance.
Sekiranya langkah anak muda UMNO ini adalah langkah kosong tanpa berani untuk memberikan kemenangan kepada perjuangan melawan rasuah, pembentukan integriti dan good governance, maka anak muda UMNO ini tidak akan berupaya mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya.
Kita berbicara untuk kemaslahatan rakyat, maka mana-mana parti dan kepimpinan yang mahu memegang amanah kepimpinan, maka pengurusan politik mereka perlu telus, beramanah dan penuh tanggungjawab.
Perbicaraan ini juga menyentuh tentang rasuah dalamparti politik sama ada UMNO,PAS, PKR dan parti parti kerana kita sedar tidak ada pemisahan antara agama dan politik. Platform NGO juga perlu digerakkan segala usaha bagi memberikan kesedaran apatah lagi GERAK Malaysia sebagai NGO yang memberikan fokus terhadap rasuah.

Thursday, September 25, 2008

UMNO harus tewaskan rasuah, menang hati rakyat

UMNO dan BN harus menewaskan rasuah bagi memenangi hati rakyat. Terlalu banyak formula untuk menstabilkan politik tanah air. Mungkin gabungan PAS-UMNO-PKR. Tetapi nostalgia terbuangnya PAS dari Perikatan dan lahirnya PK (Kemudiannya PKR) setelah Penasihat PKR (Anwar Ibrahim) dipecat dari UMNO.

Ada yang mengatakan adalah lebih baik Anwar dalamUMNO buat Melayu dan seluruh bangsa lain berbanding Anwar dalam PKR buat Melayu dan bangsa lain. Ini kerana ada yang ragu dengan strategi Anwar buat mendaki puncak Putra Perdana.

Mungkin juga ada teori yang mahu Anwar masuk UMNO. Tetapi yang dapat masuk UMNO semula adalah Ezam, bekas Setiausaha Politiknya. Maka tidak sia-sia didikan Anwar pada anak didiknya, berjaya Ezam tatkala Tun Mahathir keluar UMNO. Teori yang berat mengatakan Ezam adalah Trojen Horse Anwar hanyalah mungkin berkisar dalam acuan Team Najib atau PKR sendiri. Ramai yang bertanya kepada saya soal kemasukan Ezam ke dalam UMNO.

Hari ini saya ingin menjelaskan bahawa kemasukan Ezam adalah keputusan peribadi beliau. Ada yang bertanya, apakah Ezam sudah terima ganjarannya? Ingin dijelaskan bahawa itu bukan dalam pengetahuan saya. Tumpuan kita adalah melawan rasuah, laungan ini juga mirip laungan Penasihat PKR sendiri. Saya percaya masa yang menentukan sejauh mana Ezam mampu melakukan reform dalamUMNO.

Namun saya percaya reform itu harus dimulai dengan tekad dan iltizam menewaskan rasuah dalam UMNO terlebih dahulu, kemudian kita bicara soal memenangi hati rakyat. Jika Ezam sudah lupa tentang perkara ini,maka saya orang pertama yang akan memperingatkan beliau. Ini masih jelas dalam pendirian saya berhubung perjuangan melawan rasuah dan proses memberikan kesedaran berkaitan bahaya rasuah ini. Perjuangan hari ini ialah perjuangan menyanjung amanah dan ketabahan dalam suasana politik yang semakin cemas dan rimas.

Sambungan......Bicara Pemilihan Pemuda UMNO, apa idealisme yang wajar digagas!

Arah Generasi Muda Baru Malaysia: Tengku Razaleigh PM atau Anwar TPM?

16 September, 23 September, 1 Oktober, 7 dan 9 Oktober 2008 adalah detik-detik yang bakal tercatat sebagai sejarah. Namun masa yang akan menentukannya. Semuanya detik yang akan menentukan siapa PM baru Malaysia.

Asasnya mudah, siapapun PM, pembentukan Good Governance perlu menjadi teras kepimpinan. Imej kepimpinan yang lebih sempurna pakej akan mendapat tempat.

Namun dalam polimik ini, rasuah harus dihindarkan dari membelengu penentuan sistem politik. Sistem serta perlembagaan sedia ada memberikan ruang kepada kedua belah pihak sama ad kerajaanpusat mahupun pembangkang menentukan kedudukan aras politik mereka selepas dan menjelang tarikh-tarikh di atas.

Thursday, September 4, 2008

Siri 2 : Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia

Salam Hormat dan Salam Perjuangan buat teman-teman aktivis, mantan aktivis dan buat teman mahasiswa di kampus. Salam Ramdhan, semoga diberikan kekuatan buat meneruskan ibadah puasa hingga ke penghujung.
Minggu lepas, saya baru sahaja sempat berdiskusi dengan beberapa teman-teman yang saya kira ada kesungguhan untuk merealisasikan usaha kita bagi menggerakan Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia. Namun suka kita berkongsi bahawa usaha ini perlukan komitmen dan iltizam atas dasar prinsip demi untuk melihat lahirnya Generasi mendatang yang lebih kompeten dalam kita mendepani cabaran pembentukan masyarakat madani yang lebih kompleks.
Kita bukan sekadar bincang tentang soal Melayu, kerana Islam itu sudah mengajar kita untuk lebih wajib mendahulukan keadilan berbanding kezaliman. Asas kepimpinan itu wajar untuk dipaksikan kepada kebenaran. soalnya, apakah kita mampu memilih yang terbaik di kalangan kita sama ada Melayu, Cina dan India untuk memimpin generasi. Apakah pandangan Islam dalam soal kepimpinan atau memilih kepimpinan bukan Islam? Semuanya ini sudah ada jawabannya, namun bagi yang lebih arif wajar untuk membuahkan perkongsian ilmu.
Adalah menjadi kegagalan kita dalam mencorak politik hari ini kerana kita wajar akur dan kita wajar sedar bahawa k-politic atau persoalan ilmu sudah semakin terpinggir dalam soal menentukan baik buruk sesuatu perkara. Soallmu bukan sahaja harus diisi oleh Melayu, bahkan Generasi Muda Cina dan India juga perlu diterapkan dengan asas perjuangan yang dibatasi oleh keilmuan bukan secara emosi dan sentimen.
Riak-riak emosi politik jelas, sekadar mengambil beberapa sikap teman-teman baik yang Melayu mahupun Cina yang agak renggang perhubungannya sekarang sedangkan dahulu di kampus berjuangan dalam landasan yang sama. Apakah dulu bersama kerana ada kesempatan mahu mengkudakan sesama teman? Atau mahu menumpang keberanian pimpinan mahasiswa Islam? Sekarang apabila telah menjadi pegawai khas atau orang penting politik sama ada dalam PR atau BN telah menunjukkan ketegangan yang tidak rasional?
Sewajarnya kita lebih lunak dalam perhubungan, sikap prejudis politik yang telah banyak merosakkan generasi muda, mungkinkah ini hadir daripada bekalan 51 tahun merdeka?Apakah ini salah BN?UMNO? atau ini soal pertentangan generasi muda dengan kelompok tua yang begitu ghairah mahu mengekalkan kuasa?
Apakah situasi yang sama juga akan berlaku sekiranya bertukar kerajaan daripada Bn kepada PR? Maka yang memegang kuasa dalam kepimpinan PR kelak bakal menonjolkan sikap yang sama seperti yang telah ditonjolkan oleh BN (rujuk realiti kini)?
Generasi Muda Baru harus membina idealisme, ikon dan halatuju yang lebih kompos. Apakah kita generasi baru pada hari ini merasa enak dengan situasi yang ada pada hari ini? Jika tidak, apakah perubahan yang kita mahu? Ditangan pemimpin yang bakal memimpin perubahan, apakah ada harapan untuk melihat situasi yang lebih baik buat agama? Apakah momokan perjuangan bangsa sudah tidak diterima? sekiranya tidak diterima apakah bentuk baru yang mahu kita bentuk.
Mungkinkah terbina GENERASI MUDA BARU MALAYSIA yang lebih holistik muafakat, kefahaman, ilmu dan kematangannya dapat dibentuk? Siapa yang mahu memimpin? apakah terma rujukan kita? Apakah kita mahu menafsirkan keadilan itu kesamarataan atau keadilan itu seperti yang Islam gariskan, meletakkan sesuatu pada tempatnya.
Sambungan................