Wednesday, May 28, 2008

Ezam menyertai UMNO

Salam hormat

Buat Saudara Ezam, selamat meneruskan perjuangan. Semoga agenda melawan rasuah akan terus dilaksanakan dalam UMNO. Tahniah atas kemasukan dan penerimaan saudara ke dalam UMNO.

Iltizam perlu diperkukuhkan supaya prinsip terpelihara. Perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata. Harapan kita adalah untuk melihat perjuangan membentuk sebuah good governant mampu untuk diterjemahkan.

Wassalam dan Salam Perjuangan

Monday, May 26, 2008

Tun Mahathir : Menghapus Dosa atau Menutup Dosa? -Siri 1-


Kita percaya bahawa keputusan Tun Mahathir untuk keluar daripada UMNO pasti ada sebabnya. Apakah harus untuk kita menerima keadaan ini sebagai situasi Tun buat menghapuskan dosa 22 tahun sebagai PM atau menutup dosa beliau?


Generasi Baru Malaysia sudah berada dalam zaman Tun menjadi PM Malaysia, kita juga tahu bentuk-bentuk sejarah yang telah dilakukan oleh Tun. Yang baik kita ketahui dan buruk kita juga arif mengenainya? Pintasan minda buat ramai blogger, media dan rakyat tentang telahan sebenar keputusan Tun adalah antara isu yang menjadi rating utama topik perbincangan.


Namun kita sedar, isu ini tidak akan berpanjangan. Mungkin lebih berat dosa Tun yang mahu kita pikul jika kita mahu menyokong usaha Tun yang seolah cuba untuk melakukan sesuatu yang aneh dalam keputusan politiknya dengan niat agar bacaan ramai yang cuba dilakukan Tun ialah buat menghapus dosa sedangkan kita perlu diingatkan bahawa usaha Tun sebenarnya lebih kepada usaha beliau untuk menutup dosa selama 22 tahun.


Thursday, May 22, 2008

GERAK kecewa dengan maklum balas BPR mengenai kes MSN

Wednesday, 21 May 2008
KUALA LUMPUR, 20 Mei (Hrkh) - Gerakan Rakyat Anti Korupsi Malaysia (GERAK) melahirkan kekecewaan dengan maklum balas daripada Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang menyatakan tiada sebarang kes yang boleh disabitkan dalam aktiviti rasuah dalam isu pembayaran gaji atlet sukan di bawah Majlis Sukan Negara (MSN).

Menurut Timbalan Pengerusi GERAK Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, BPR menganggap kes tersebut selesai dan tiada sebarang tindakan yang akan dikenakan terhadap sesiapa.

ImageBeliau juga melahirkan kekesalan dengan jawapan yang diberikan BPR setelah menjalankan siasatan.

Dakwaan wujudnya unsur penyelewengan dalam MSN timbul ekoran dakwaan seorang bekas jurulatih gimnastik tempatan, Yap Yee Yin, 21, yang masih menerima bayaran elaun biarpun selepas kontraknya tamat pada penghujung 2005.


Pada 27 Ogos 2007, Yee Yin telah menyerahkan memorandum bantahan kepada Menteri Belia dan Sukan waktu itu, Dato' Azalina Othman Said dengan diiringi Pengerusi Gerak, Ezam Mohd Noor.


Beliau mendakwa berlakunya penyelewengan di MSN apabila dia masih menerima elaun walaupun kontrak berakhir penghujung 2005.


Dia mendakwa MSN masih mendeposit elaun sebanyak RM1,300 dan seorang lelaki yang menjadi orang tengah MSN telah meminta dia menyerahkan separuh daripada elaun itu kepadanya.



Yee Yin merupakan bekas ahli gimnastik negara yang bersara selepas Sukan SEA 2003 di Chieng Mai dan selepas itu dilantik menjadi jurulatih MSN mulai Oktober 2004 dengan kontrak selama setahun, dengan bayaran elaun RM1,150 sebulan.


Selepas tamat kontrak tersebut pada September 2005, Yap berkata, MSN telah menawarkan kepadanya kontrak baru dengan bayaran RM1,300 sebulan, tetapi beliau menolaknya.


Sementara itu, Mohd Nazree menegaskan, sememangnya wujud unsur-unsur penyelewengan dan rasuah dalam kes tersebut berdasarkan bukti dan laporan yang diterima GERAK.


"Gerak akan terus komited bersama-sama Yap Yee Yin bagi meneruskan siasatan dan pembuktian kes ini. Kami bersama barisan peguam sedang meneliti kembali kes ini dan akan menentukan bentuk tindakan yang sesuai diambil dalam masa terdekat," katanya.


Sehubungan itu beliau mengharapkan BPR kembali meneliti kes tersebut bagi memastikan unsur-unsur penyelewengan dan rasuah yang berlaku dalam MSN dapat dibanteras dan diberikan penghukuman sewajarnya.


"Kami tidak mahu badan sukan negara ini tercalar integritinya akibat penyelewengan dan salah guna kuasa oleh beberapa pihak. GERAK akan terus membantu rakyat yang prihatin dengan usaha membasmi gejala rasuah di Malaysia," katanya. - mns


Sumber: Harakahdaily.net