Tuesday, November 13, 2007

Memacu Pengayaan Minda Dan Perpaduan


Tarikh 5 hingga 9 November 2007 merupakan tarikh yang bersejarah bagi orang Melayu. Tarikh ini merupakan medan bagi hampir 2500 orang perwakilan daripada 190 bahagian dengan setiap bahagian akan diwakili oleh 13 orang perwakilan. Disinonimkan UMNO itu Melayu dan Melayu itu UMNO. Namun jangan kita lupa, disinonimkan Melayu itu Islam dan Islam itu Melayu dalam konteks hubungan pembinaan masyarakat di Malaysia. Namun perkiraan ini mungkin berbeza mengikut perspektif masing-masing.

Ketiga-tiga sayap UMNO telah bersidang kelmarin, Pergerakan Wanita UMNO dengan temanya Perhitungan menempuh 50 Tahun. Pergerakan Pemuda UMNO dengan temanya Pemuda Perjuangan dan Pergerakan Puteri UMNO dengan Temanya Menambah baik sistem sosial masyarakat.

Membicarakan isu-isu yang dilontarkan dalam Perhimpunan agung UMNO kali ini sudah pasti dengan mudah kita dapati bahawa isu pengayaan minda dan usaha ke arah memperkukuhkan perpaduan menjadi teras kepada ucapan, perbahasan dan perbualan para perwakilan dan pemerhati. Isu kemiskinan minda, jiwa dan miskin perjuangan merupakan antara perkara yang sudah disedari oleh para perwakilan untuk diselesaikan.

Namun apabila membicarakan soal pengayaan minda, jiwa dan pengorbanan, sudah pasti keupayaan generasi muda dibentuk bagi membolehkan mereka memenuhi citarasa nilai perjuangan agama, bangsa dan negara merupakan antara perkara yang perlu dititik beratkan. Ilmuwan Indonesia Soedjatmoko dalam bukunya Manusia Indonesia Menjelang Abad ke 21 ada menyebut bahawa “Kekuatan sesebuah negara di masa akan datang tidak bergantung kepada kekuatan ketenteraannya, tetapi akan bergantung kepada kekuatan ekonomi dan keunggulan diplomasinya. Sementara itu kekuatan ekonomi yang menjadi tunggak kekuatan negara itu tidak pula bergantung kepada sumber alamnya atau jumlah penduduknya tetapi akan lebih bergantung kepada kualiti manusianya – kekuatan intelek dan keunggulan wataknya”.

Oleh yang demikian, keupayaan generasi muda untuk bersuara dalam membina minda dan jiwa tidak harus dibunuh potensinya, sebaliknya mereka harus diberikan peluang dan tunjuk ajar sejak awal lagi. Kita cukup yakin dan percaya, selagi UMNO berfungsi menaungi orang Melayu dan rakyat Malaysia. Selagi UMNO berfungsi dan berperanan sebagai tunjang kerajaan. Maka UMNO akan tetap relevan. Di samping itu, faktor kekuatan UMNO untuk mengambil kira persoalan agama dan memastikan kesucian agama Islam dipelihara merupakan antara titik tolak yang akan menentukan survival UMNO.

Slogan UMNO sebelum merdeka ialah ‘Hidup Melayu’. Kemudian bertukar kepada ‘Merdeka’ dan kemudiannya kembali semula slogan UMNO kepada ‘Hidup Melayu’. Generasi muda melihat slogan ‘Hidup Melayu’ ini perlu ditukar kepada ‘Maju Melayu’ sebagai slogan UMNO yang baru. Apabila pemimpin UMNO membicarakan soal pengayaan minda dan minda ke arah perpaduan yang tulen, kita melihat persoalan ini adalah suatu persoalan ke arah untuk membawa kemajuan kepada orang Melayu dalam bentuk yang lebih holistik. Slogan ini juga mampu untuk memberikan satu cetusan semangat yang baru tanpa ada rasa prejudis daripada kaum yang lain. Kemajuan Melayu dalam aspek pengayaan minda, jiwa dan perjuangan merupakan suatu aspek yang perlu kepada sentuhan dinamik bagi menghasilkan penterjemahan yang holistik dalam kehidupan untuk membina tamadun bangsa yang unggul.

UMNO perlu berfikir tentang persoalan untuk membina satu barisan generasi baru Melayu yang mempunyai daya ketahanan dan mampu untuk bersaing dengan kaum yang lain dengan pecutan kemajuan yang optimum. UMNO juga perlu bersedia untuk melahirkan kepimpinan negara yang sedia diterima oleh masyarakat Malaysia yang berbilang kaum. Melahirkan Generasi Baru Melayu ialah melahirkan generasi yang telah mengalami tajdid pembaharuan komitmen, kefahaman dan penghayatan terhadap Islam. Untuk membina suasana tersebut, kita tidak pilihan selain daripada kembali kepada nilai-nilai Islam yang telah mengakar kukuh dalam budaya tradisi Melayu.

Justeru, antara persiapan asas yang perlu diberikan keutamaan umat Melayu secara khususnya dan pimpinan masyarakat Melayu secara umumnya dalam memikul amanah dan tanggungjawab yang suci ini ialah Pertama: Persiapan memperkukuhkan aqidah, pemikiran dan spiritual sebagai unsur utama kebangkitan perjuangan kita. Kedua : Persiapan memperkasakan penghayatan ilmu dan kepakaran mengikut kemampuan, kecenderungan dan tuntutan semasa. Ketiga : Persiapan mengislahkan sikap dan kesatuan ahli untuk membentuk Kesatuan pemikiran dan kesatuan tindakan. Keempat : Persiapan memperkasakan organisasi, strategi dan metodologi. Kita perlu menginsafi bahawa kestabilan politik, ekonomi yang dinamik dan masyarakat yang beretika adalah berlandaskan nilai-nilai Islam yang terbaik.

Persoalan pembentukan minda perpaduan juga adalah harus berasaskan Rukun Negara yang merupakan suatu prinsip bernegara di Malaysia yang diterima umum. Sudah pasti jika kelima-lima Rukun Negara berjaya dihayati oleh semua lapisan masyarakat yang berbilang agama dan bangsa. Permasalahan seperti isu berbangkit artikel 11, kuasa mahkamah Syariah dan hak harta pusaka tidak akan berbangkit antara muslim dan juga yang bukan muslim. Sebelum kita mengimpikan cita-cita meninggi di angkasa, ayuh kita terus menggali ilmu pengetahuan dan mengakarkan budaya bangsa kita yang tulen sebagai suatu persediaan untuk membentuk tamadun yang hebat. Ayuh kukuhkan perpaduan antara kita rakyat Malaysia. Maju Melayu! Maju Melayu! Maju Melayu!Maju Semua!

23 comments:

Anonymous said...

Artikel-artikel dalam blog ni agak berat untuk dibaca...Saudara layak utk duduk dalam bahagian R&D. Tahniah utk artikel sebegini.

Anonymous said...

ada apa dgn bincang tntg umno dan pas?dua dua parti hanya kenyangkan perut sndiri

Anonymous said...

bodoh ko ni..nama je amir..tapi gila babi..

Anonymous said...

salam
sampai bila hendak memperkatakan hidup melayu? maju melayu ? persoalan ini menjadi intipati dalam perhimpunan agung UMNO. saya sebagai bangsa Melayu terfikir, lemah sangatkah ke bangsa Melayu ini hingga dilaungkan sedemikian rupa setiap masa dan ketika? lemah sangatkah orang Melayu sehingga tidak dapat bersaing dengan bangsa lain sehingga meminta itu dan ini semuanya patut diutamakan melayu. kadang2 saya terfikir, kenapa perlu meminta-minta kalau orang Melayu sudah maju. bukankah UMNO dah kuasai Malaysia selama 50 tahun tapi malangnya orang Melayu bukan tambah maju tapi mundur sehingga soal untung nasib orang Melayu perlu ditentukan dengann posisi dan dasar kerajaan yang mewajibkan peratusan tinggi mesti kepada Melayu ? kalaulah ini berterusan setiap masa, maknanya UMNO sudah tidak relevan untuk orang Melayu. pada saya asasnya mudah, orang Melayu perlu melaungkan ISLAM bukan hidup Melayu. bangsa tidak akan ke mana. tapi kembalilah kepada ISLAM yang hakiki bukan Islam istilah seperti Islam Hadhari. sekadar pandangan

Anonymous said...

wei nazri... dulu laungkan hidup islam!!! Skrg sudah ubah ka..hidup melayu!!! ayoyoyo..inilh pemimpin muda yg xde pendirian. UMNO tunjuk duit je dah gelap...ini geng2 nakahie jugak kot

Anonymous said...

Nazri nie xbleh lama dalam UMNO.

Dia mana berani terima rasuah, jauh lagi belasah (romen) anak dara orang.

X lama lagi, dia akan diam lah.

Guru saya selalu sebut, kalau xjahat itu, xUMNO lah.

Sahabatku Nazri ini baik orangnya.

Fikir2 dan terus LAWAN!

surina said...

salam. sahabatku nazri.. aku kenal orangnya. nothing komen.
sekarang pon

Anonymous said...

tahniah nazree.teruskan perjuangan ada harapan jadi bapak menteri entani

Anonymous said...

buat apa nak blasah atau romen anak dara orang baru jadi UMNO.

tak perlu kpd semua itu.

memang ternyata dalam umno banyak puteri-puteri gedik yang berminat dengan insan kacak seperti nazree

tapi aku rasa setakatni takda pulak dia buat perangai macamtu.

bagi aku,biarla nak umno ke pas hatta DAP sekalipun,tapi jage moral/sikap positif.

kalau kena makan rasuah and romen baik tak payah.

aku masih kenak sahabat aku ni nazree.

seorang yang ada prinsip.kalau tidak masakan mampu jadi presiden pmium yang disegani lawan dan kawan

Anonymous said...

bagi saya bagus komentar saudara nazree.

bukan soal politik sempit, tapi nampak lorong yang telah saudara buat

kitapun nampak jalan saudara telah mula diikuti oleh anak buah saudara.

cthnya pmium sekarangpun banyak menggunakan idea saudara utk bergerak dalam bntuk persatuan.

tahniah

Anonymous said...

Betul ke idea Nazri @ dia jual idea adik2 PMIUM yg jauh lebih cerdik.

Nazri, team kamu di kampus sedang melihat zaman kamu. Fikir2kanlah...

Hidup UMNO!

Anonymous said...

ya betul dah jalan kamu ni nazri.
adik-adik amat harapkan kamu berjaya.
kamu yang lebih layak untuk menentukan sejarah zaman kamu.
kamu jangan mengulang sejarah yang mengecewakan.kamu ada potensi

Anonymous said...

yang tidak mengikut anda yang lebih teruk dari makhluk hina itu

Anonymous said...

adik cerdik sebab nazree ajar mereka jadi cerdik

sebab itu adik-adik masih lagi meminta pandangan nazree untuk geraka mahasiswa

ternyata idea parti mahasiswa adalah hasil daripada cetusan si nazree ketika AGM Gamis

sahabat UIA

Anonymous said...

aku setuju.perjuangan islam di malaysia perlu mengambil kira sosio budaya melayu

bakwah perlu lebih melata terhadap kumpulan ini

Anonymous said...

tahniah saudara

harapan dari seorang sahabat yang mahukan dikau berjaya

teruskan perjuangan

kekalkan gaya kepimpinan saudara

Anonymous said...

apa cerita pasal melayu?

Islam lebih syumul

Kau tak belajar ker?

Bukan budak pengajian islam ke?

Balik bukak kitab balik daaa

Anonymous said...

boleh mampusla tentang UMNO

hancur umno!!

kau nazri sokong umno pun hancur juga

Anonymous said...

teruskan perjuangan

perjuangan perlu ada asasnya

asasnya adalah berani membuat perubahan

perubahan perlu digerakkkan oleh jiwa yang ada kesempatan untuk menilai

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Kenapa tidak uploadkan artikel drp UMNO-reform tu. Menarik dan boleh menyebabkan kita lebih berfikir.

tahniah & teruskan juang wahai anak muda...

ZAINULFAQAR.wordpress.com

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Terima kasih saudara pakaq

Insyaallah saya akan uploadkan

Ramai teman-teman yang ada juga menghubungi saya untuk menyatakan persetujuan

Bagi yang bersetuju kita buka meja perbincangan

Kita menerima perbezaan dengan arah yang ada asasnya untuk berbeza

Kita mahu rakan rakan pemuda ada idealisme baru dalam dinamika sosio budaya Melayu dan persoalan Islam yang tetap di atas dalam pokok perbincangan

Saya mencadangkan agar ditubuhkan satu NGO aktivis anak muda yang baru yang boleh menjadi platforma generasi baru Malaysia

Terima kasih

Anonymous said...

Hebat.saudara sungguh hebat!!!!!!taniah kerana perjuangan bangsa kita.saya nak tanya ada tak bangsa yang mampu membina sebuah tamadun?tolang bagtau.Islam adalah satu agama yang universal ,tidak ada sempadan bangsa ,geografi mahupun bahasa.Kenapa kita perlu sempitkan skop perjuangan yang dimainkan oleh rasul ini.ingatlah saudaraku janganlah kita menjual ayat-ayat Allah dengan harga yang murah.(judi,arak ,hiburan kita biarkan,pelbagai program realiti tv kita alukan,mungkin inilah generasi pemuda yang ingin dibangunkan oleh Islam hadari anjuran pak lah . islam bukan hanya sebagai satu perjuangan bangsa sahaja.kita bukan seperti yahudi,yang anggap mereka bangsa pilihan.anda mungkin lebih faham apa yang nak maksudkan,ingatlah wahai saudaraku satu hari nanti kita akan mati,setiap amla akan dipertanggugjawapkan keatas diri sendiri.Jika kita cuba menjual ayat-ayat Allh debgan harga yang murah tunggulah ,sedialah untuk dihisab suatu hari nanti.tanyalah diri kita seikhlas hati,jawablah.......

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Terima kasih atas pandangan,

Kita bicara bukan dgn emosi tetapi dgn minda dan akal yang diberikan Allah, apakah salah utk bicara tntg soal Melayu, bukan kita mengagamakan Melayu dgn agama yg lain. Islam tetap menjadi panduan, cuma dalam keadaan politik hari ini persoalan Melayu dibicara adalah kerana mereka ini Islam. Maka sudah semestinya bangsa yang menganut Islam itu perlu dijaga. Mengapa kita mahu elak bicara tntg kepentingan bangsa yang beragama Islam.

Sekadar ini lontaran awal yg boleh kita berkongsi