Monday, March 29, 2010

CERAMAH UMUM

Tarikh: 27 Mac 2010 (Sabtu), Masa: 9.00 mlm, Tempat: Muasasah Darul Sharif, Jempol. Penceramah: Ustaz Idris Ahmad (Ketua Penerangan PAS Pusat), Sdra. Nazree Yunus (Mantan Pengerusi GERAK), Ustaz Khairil Anwar Mohd Wafa (Ketua Pemuda PAS N. Sembilan). Anjuran PAS Kawasan Jempol Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun PAS Jempol.

Tuesday, March 23, 2010

Keadilan Untuk Anwar

Dalam membicarakan persoalan apakah perlu Anwar Ibrahim dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen bagi membicarakan soal kenyataan beliau di dalam Parlimen (One Malaysia = One Israel?) harus kita lihat bersama dengan kes yang berlaku di Perak.
Ketika kemelut di Perak, UMNO/BN juga turut melibatkan Sultan untuk mengesahkan kedudukan politik di Perak. Sultan juga memanggil ketiga-tiga ADUN yang mahu mengisytihar menjadi ADUN Bebas tetapi cenderung kepada BN.
Apakah salah Anwar Ibrahim untuk menyatakan bahawa jika Pakatan Rakyat mahu ke Putrajaya, maka perlu dipersembahkan tanda sokongan Ahli Parlimen yang menyokong beliau? Jika UMNO/BN menyatakan bahawa tindakan Anwar Ibrahim adalah salah, maka salah juga tindakan BN Perak membawa tiga ADUN yang mahu keluar PKR&DAP mengadap Sultan. Jawabannya, UMNO/BN perlu bubarkan DUN Perak dan jangan pula berselindung disebalik dakwaan mendapat restu istana seperti mana mereka tidak bersetuju dengan Anwar Ibrahim untuk mendapatkan restu Yang Dipertuan Agong.
Ini yang perlu kita nilai.

Monday, March 22, 2010

Jadual Ceramah - Selamatkan Malaysia

CERAMAH SELAMATKAN MALAYSIA DARIPADA FITNAH2
Tarikh: 21 Mac 2010, Masa: 9.00 mlm. Hari: Ahad. Tempat: AU5, Gombak, Selangor. Penceramah: Yb. Shaari Sungip, Yb. Amiruddin (ADUN Batu Caves), Sdra. Din Binjai, Ustaz Salehuddin - YDP PAS Gombak, Sdra. Nazree Yunus.
CERAMAH PERDANA
Tarikh 13 Mac 2010 Masa: 9.00 mlm Hari: Sabtu. Tempat: Lanai Lestari Kg. Tok Embun, Temerloh, Pahang. Penceramah: Sdra Nazree Yunus (Mantan Pengerusi Gerak), Sdra. Lee Khai Loon (Exco Penerangan AMK Pusat), Hj. Ramlan (Exco AMK Pusat), Hishamuddin Rais, Ahmad Shah Masood. Pimpinan Anak Muda Selatan Thai.
CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT:PENTAS ANAK MUDA
Tarikh : 19 Februari 2010 Masa : 9.00 malam Hari : Jumaat ( Malam Sabtu )Tempat: 162 Gedong Lalang, Ampangan ( Belakang Pejabat Dun Ampangan, Bersebelahan Sek Agama Rakyat ( SARA ) Gedong Lalang, N. Sembilan. Penceramah :1. Sdr Syamsul Iskandar : Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia2. Sdr Ustz Nasaruddin Hassan : Ketua Pemuda PAS Pusat.3. Sdr YB Antoney Loke : Ketua Pemuda DAP Pusat.4. Sdr Nazree Yunus : Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti & Anti Korupsi ( GERAK )5. Sdr YB Aminuddin Harun - Adun Sikamat6. YB Rashid Latif - Adun Ampangan.
CERAMAH PERDANA
Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis. Masa : 9 malam Tempat : Bandar Baru Sendayan (Dekat Felda Sendayan) , N.Sembilan Penceramah : 1-Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS 2-Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri/Pengerusi PKR Pahang 3-Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan 4- YB Hj Mohamad Taufek , ADUN (PAS) Paroi , N.Sembilan 5-Chegubard , Ketua PKR Rembau 6-Mohd Nazree Mohd Yunus , PKR/Bekas Pengerusi GERAK

Thursday, March 11, 2010

Prinsip KEADILAN tarik minat Nazree



Sifat keterbukaan dan perjuang-an membawa amalan politik baru, mendorong bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus menyertai KEADILAN.


Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) itu berkata, prinsip parti yang mengamal prinsip keadilan dan memperlihat sifat futuristik, menarik perhatiannya.


Beliau berharap penyertaannya membantu memberi sumbangan kepada parti dari segi membudayakan integriti dan anti-rasuah dalam urus tadbir negara.


Katanya, beliau juga mahu menggalas perjuangan parti ke arah membawa pembaharuan dalam sistem politik negara yang lebih berintegriti.


“Saya secara serius menyertai KEADILAN untuk memulakan fasal baru dalam perjuangan. Keputusan ini saya ambil selepas bertemu Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


“Bagi saya, penyertaan ini bersifat, saling melengkapi kepimpinan yang sedia ada dalam parti,” katanya pada sidang media pada 24 Januari lalu.


Pengumuman itu dibuat Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu majlis sederhana di ibu pejabat parti.


Mengakui menerima pelawaan tidak rasmi daripada parti lain, tapi enggan mendedahkannya, Nazree mengesa golongan muda turut sama menjana gelombang reformasi kedua.


Beliau juga menyatakan tidak ditawar, apatah lagi menuntut sebarang jawatan atau kedudukan dan menyerahkan perkara itu kepada pimpinan parti.


“Soal saman Tan Sri Khalid Ibrahim, saya serahkan kepada pucuk pimpinan. Saya masuk parti ini bukan untuk meminta Khalid membatalkan saman,” katanya.


Shamsul pula berkata, kemasukan Nazree yang sebelum ini diuar-uar akan menyertai Umno, dijangka mampu mengukuhkan KEADILAN dan AMK secara keseluruhan.


“Penyertaan Nazree itu membuktikan pemimpin muda menaruh minat mendapat terhadap intipati perjuangan KEADILAN dan kita me-ngalu-alukannya,” kata beliau.


Tuesday, February 23, 2010

Selangor agihkan RM49 juta melalui dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor

Harakahdaily

SHAH ALAM, 23 Feb: Kerajaan negeri Selangor telah mengagihkan wang sebanyak RM49 juta kepada rakyat negeri ini melalui program-program di bawah dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).Sehubungan itu, satu majlis Semarak MES dianjurkan untuk meraikan dan mengimbas kembali usaha-usaha Kerajaan Negeri membela nasib rakyat melalui program-program kebajikan, yang menjadi teras kepada dasar MES. Ia akan diadakan pada 23 Febuari (Selasa) jam 8:00 malam di Dewan Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.
Majlis akan menemukan lebih 300 orang bakal penerima sumbangan Tabung Anak Warisan Selangor (TAWAS), Skim Mesra Usia Emas (SMUE), Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.Demikian dinyatakan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Penasihat Ekonomi Selangor semalam. MES adalah projek membahagikan kekayaan ekonomi Selangor kepada rakyatnya yang diusahakan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Khalid Ibrahim sejak beliau mula dilantik sebagai MB Selangor hampir dua tahu lalu.Sejak dilancarkan pada Jun 2008, seramai 111,397 warga emas yang layak telah mendaftar dibawah dasar SMUE untuk menerima bantuan dalam bentuk khairat kematian dengan jumlah peruntukkan Kerajaan Negeri sebanyak RM 20 juta.
Setakat ini, seramai 9,780 waris/penama telah menerima sumbangan dari skim ini.Perlaksanaan dasar TAWAS pula dimulakan sejak 31 Ogos 2008 dan sehingga kini sebanyak 16,927 permohonan telah diluluskan dengan jumlah perbelanjaan mencecah RM 17 juta.Bagi dasar Hadiah Anak Masuk Universiti, Kerajaan Negeri berjaya mencapai hampir 100% kadar penembusan dengan hampir RM10 juta telah dibelanjakan bagi membantu 9,581 orang pelajar yang layak untuk memulakan pengajian tinggi mereka. Kerajaan Negeri turut memperuntukan RM2 juta bagi membantu pendidikan anak-anak perkeja ladang yang disalurkan melalui Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladang.
Sejak dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Selangor, YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah meluangkan masa menilai dan mengkaji cadangan penambahbaikan program-program kebajikan, termasuk cadangan meluaskan SMUE untuk meliputi perlindungan perubatan percuma untuk warga emas yang sedang diteliti oleh Kerajaan Negeri. Beliau juga memantau kejayaan program-program kebajikan seperti ini untuk memastikan tidak berlaku keciciran mereka yang berkelayakan.

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT:PENTAS ANAK MUDA

Tarikh : 19hb Feb.2010Masa : 9.00 malam
Hari : Jumaat ( Malam Sabtu )
Tempat: 162 Gedong Lalang, Ampangan ( Belakang Pejabat Dun Ampangan, Bersebelahan Sek Agama Rakyat ( SARA ) Gedong lalang.
Penceramah :
1. Sdr Syamsul Iskandar : Ketua Angkatan Muda KeADILan Malaysia
2. Sdr Ustz Nasaruddin Hassan : Ketua Pemuda PAS Pusat.
3. Sdr YB Antoney Loke : Ketua Pemuda DAP Pusat.
4. Sdr Nazree Yunus : Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi ( GERAK )
5. Sdr YB Aminuddin Harun - Adun Sikamat
6. YB Rashid Latif - Adun Ampangan.
Dijemput seluruh warga Seremban, Seluruh Warga Negeri Sembilan dan Umumnya Rakyat Malaysia.
Anak Muda Penegak Keadilan untuk rakyat.

CERAMAH PERDANA

Tarikh : 18 Februari 2010 / Khamis Masa : 9 malam Tempat : Bandar Baru Sendayan, N.9

Penceramah :

Dato Tuan Ibrahim Tuan Man , Naib Presiden PAS
Dato Fauzi Abd Rahman , Mantan Timbalan Menteri/Pengerusi PKR Pahang
Zulkefly Mohamad Hj Omar, PJ PAS N.Sembilan
YB Mohamad Taufek , ADUN (PAS) Paroi , N.Sembilan
Chegubard , Ketua PKR Rembau
Mohd Nazree Yunus , PKR/Bekas Pengerusi GERAK

Thursday, February 11, 2010

Sah, bekas pengerusi Gerak sertai PKR

PETALING JAYA, Jan 24 – Mohd Nazree Mohd Yunus, yang semalam disahkan melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak), hari ini menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Nazree, 26, merupakan pengerusi kedua Gerak, menggantikan Ezam Mohd Noor yang Jun 2008 menyertai Umno. Beliau menjadi ahli sayap pemuda PKR.

Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini sebentar tadi.
Penyertaan Nazree disambut oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin. Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan PAS dan Umno.

Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia sebelum ini menggariskan kepada The Malaysian Insider sebelum ini bahawa parti yang bakal disertainya harus mengamalkan prinsip keadilan, keterbukaan dalam memberi pandangan dan memperlihatkan sifat-sifat futuristik.

Di bawah kepimpinan Nazree, Gerak antara lain pernah membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga penggantinya Tan Sri Khalid Ibrahim.

Khalid merupakan Pengerusi PKR Selangor. Bagaimanapun Khalid menafikan dakwaan Nazree dan telah memfailkan saman terhadapnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atas beliau.

Dalam samannya Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar dibuat Nazree pada Jan 21, 2009, bertajuk ‘Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor’ dan ‘Laporan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor’ pada Feb 3, 2009, berhubung pengagihan lembu korban dan juga juga penyalahgunaan wang kerajaan untuk membiayai kereta peribadi.

Pengerusi Gerak sertai PKR esok

PETALING JAYA, Jan 23 — Jika pengerusi pertama Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (Gerak) menyertai Umno dua tahun lalu, penggantinya Mohd Nazree Mohd Yunus pula akan melangkah ke Parti Keadilan Rakyat (PKR), esok.
Nazree, 26, yang sebelum ini turut disebut-sebut akan mengikut langkah Ezam menyertai Umno, dikatakan sudah memutuskan untuk menganggotai PKR.
Perkara itu yang sepatutnya diumumkan pagi ini hanya akan dimaklumkan kepada umum tengah hari esok.
The Malaysian Insider difahamkan Nazree sudah mencapai keputusan muktamad untuk menyertai PKR dan telah selesai mengadakan perbincangan akhir dengan kepimpinan parti itu beberapa hari yang lalu.
Pun begitu Nazree (gambar) yang dihubungi lewat semalam enggan mendedahkan nama parti yang bakal beliau sertai.
Ketika ditanya bahawa PKR disebut-sebut sebagai parti pilihannya, Nazree berkata, “biar ia tinggal teka-teki (sehingga esok)... saya akan mengumumkan pada Ahad.”
“Apa yang boleh saya katakan adalah, saya telah dijemput untuk menghadiri satu sidang media di Kuala Lumpur pada Ahad ini,” katanya.
Bagaimanapun beliau mengakui perbincangan mengenai perkara tersebut sudah selesai.
Dalam pada itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika ditanya mengenai perkara tersebut juga enggan memberi sebarang komen.
“Saya belum ada maklumat, bagaimanapun jika beliau hendak menyertai PKR, kami mengalu-alukan... kami mengalu-alukan sesiapa sahaja khususnya mereka yang boleh mendukung perjuangan PKR,” katanya.
Ezam, bekas ketua AMK menubuhkan Gerak dan kemudian menyertai Umno.
Bekas orang kuat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu melepaskan jawatan pengerusi Gerak untuk menyertai Umno pada Jun 2008.
Ezam juga memaklumkan The Malaysian Insider minggu lalu bahawa beliau tidak pernah mengajak Nazree agar menyertai parti politik.
Nazree, 26, sebelum ini mengesahkan kepada The Malaysian Insider bahawa beliau telah memaklumkan secara rasmi kepada barisan kepimpinan Gerak mengenai pendiriannya untuk menyertai parti politik secara sepenuh masa.
Beliau sebelum ini pernah dikaitkan dengan PAS dan Umno.
Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia menggariskan bahawa parti yang bakal disertainya harus mengamalkan prinsip keadilan, keterbukaan dalam memberi pandangan dan memperlihatkan sifat-sifat futuristik.
Di bawah kepimpinan Nazree, Gerak antara lain telah membuat aduan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia terhadap bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr. Mohd Khir Toyo dan juga penggantinya Tan Sri Khalid Ibrahim.
Bagaimanapun Khalid menafikan dakwaan Nazree dan telah memfailkan saman terhadapnya yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah ke atas beliau.
Dalam samannya Khalid mendakwa dirinya difitnah ekoran kenyataan akhbar dibuat Nazree pada 21 Jan 2009, bertajuk “Amalan Rasuah dan Salahguna Kuasa Menteri Besar Selangor” dan “Laporan Salah Guna Kuasa Menteri Besar Selangor” pada 3 Feb 2009 berhubung pengagihan lembu korban dan juga juga penyalahgunaan wang kerajaan untuk membiayai kereta peribadi.