Thursday, February 4, 2010

Edisi Pahang: Penyelewengan Tanah Pembalakan Di Mukim Bebar, Cucumatkilau Membuat Laporan Polis Dan Gerak Terhadap Menteri Besar Pahang !



KUALA LUMPUR, 23 Jan [4.30 pm] - Satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Batu Caves terhadap Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob berhubung dengan isu penyelewengan kelulusan tanah pembalakan di Mukim Bebar, Pekan sejak tahun 2000 yang lalu. Laporan dibuat oleh Blogger Cucumatkilau yang mewakili rakyat Pahang dan Pahang Daily Online sekitar jam 2.30 petang semalam.
Dalam laporan itu antara perkara utama yang dipertikaikan ialah tentang kelulusan permohonan pembalakan yang didapati jelas melanggar Akta Perhutanan Negara. Malah kawasan yang diluluskan itu pula bercelaru, sekejap tanah kerajaan dan sekejap tanah milik UMNO Pahang. Malah dokumen berkaitan juga telah ditunjukkan sebagai bukti kukuh tentant penyelewangan ini.


Malah, tindakan meluluskan permohonan pembalakan atas tanah kerajaan yang dikhabarkan milik UMNO, sedangkan ia tidak mempunyai geran jelas bertentangan dengan amalan undang-undang sebenarnya. Laporan berkenaan kemudian telah diserahkan kepada Pengerusi Gerak, Nazree Md Yunus (foto) sekitar jam 3.00 petang untuk dihantar kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa terdekat ini.
Satu sidang media khas telah diadakan selepas laporan itu diserahkan kepada Gerak. Kes ini mungkin menjadi fail terakhir yang diterima oleh Nazree, sebelum beliau dengan rasminya mengumumkan perletakan jawatan sebagai Pengerusi Gerak hari ini.
[Laporan polis yang dibuat itu adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mana-mana pemimpin UMNO terutamanya di negeri Pahang supaya tidak lagi bercita-cita untuk menyelewengan dan merompak wang rakyat sesuka hati mereka. Akibat kecuaian isu tanah terbabit maka Kerajaan Negeri Pahang telah kehilangan premium yang berjumlah jutaan ringgit. Rakyat perlu sedar dengan apa yang berlaku ini sebenarnya. Maka itu, mereka mesti berusaha menolak pimpinan yang jelas tidak berupaya untuk berkhidmat dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab itu lagi].

No comments: