Sunday, March 29, 2009

Disaman MB Selangor & PRK Bukit Gantang

Analisis beberapa pakar penyelidik universiti bagi tiga PRK yang melibatkan Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai.



Keputusan dijangka di Bukit Gantang bakal dimenangi BN dengan peratusan 53% & 47%(PR), namun peratusan ini akan berubah disaat dua hari sebelummengundi untuk beza antara PR dan BN dalam peratusan 10% yang mungkin memberikan kemenangan kepada PR pada kedudukan 57% berbanding BN. Semuanya ini bersandarkan ke arah mana pola pengundian generasi muda yang mewakili hampir 67% pengundi di Bukit Gantang. Jika berdasarkan jumlah peratusan pengundi muda di Bukit Gantang, maka peluang PR untuk memenanginya lebih cerah berbanding BN.




Bagi Bukit Selambau, melalui kajian yang dibuat menunjukkan BN akan menang dengan peratusan 87%, tambahan pula peratusan generasi muda hanya 37% sahaja di Bukit selambau. namun keadaannya berbeza dengan di Batang Ai yang dijangka kemenangan mudah buat PKR atau PR disana.


Keputusan dijangka untuk analisis awal PR 1 & BN 2 atau jika faktor generasi muda dan perubahan 10% berlaku maka PR akan menang di Bukit Gantang dan Batang Ai berbanding BN hanya di Bukit Selambau.







DISAMAN MB SELANGOR



Selepas rabu minggu lepas, ratusan sahabat-sahabat telah menghubungi saya untuk bertanya khabar tentang saman oleh MB Selangor secara langsung terhadap saya.




Ada yang telah memberikan sokongan dan pandangan mereka. Saya hargai dan ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih. Tidak kurang juga puluhan peguam sahabat-sahabat perjuangan dikampus terutamanya yang telah mempunyai firm telah menyatakan hasrat untuk menjadi peguam bela terhadap saya. masih kuat lagi ikatan ukhawah termasuk ada yang menawarkan secara sukarela untuk menjadi peguam bela. Insyallah saya mengambil perhatian sokongan dan dukungan sahabat-sahabat PMIUM, GAMIS dan pimpinan-pimpinan kampus yang menyatakan pendirian dan sokongan mereka. Ada juga dikalangan pimpinan ABIM dan PKPIM yang telah menyatakan sokongan moral secara peribadi. Saya amat hargai, sokongan yang diharapkan bukan semata-mata terhadap saya,bahkan sebenarnya buat agenda membudayakanintegriti dan anti rasuah. Tidak terkecuali sokongan sekumpulan pendukung dan pimpinan PKR, UMNO, PAS dan DAP yang menyatakan sokongan atas usaha danperjuangan melawan rasuah ini. Moga-moga agenda integriti & anti rasuah bukanlah menjadi agenda eksklusif saya dan GERAK bahkan menjadi agenda semua. Nampaknya telah mungkin ada kesedaran di kalangan mereka ini tentang memaknakan erti politik transformasi yang didukung oleh nilai jauhari & budiman. Ini politik kependetaan yang kita mahukan dipotretkan dalam nukilan baru sejarah Malaysia.



Buat sahabat-sahabat perjuangan anak muda baik dikampus dan diluar, jangan gusarkan diri untuk takut selepas ini melapor dan mendedahkan bahaya gejala rasuah baik yang melibatkan pimpinan UMNO-BN atau Pakatan Rakyat atau korporat dan kakitangan awam selepasmelihat natijah saya disaman oleh Tan Sri Khalid. Ini hanya ujian kecil daripada Allah SWT untuk melihat sejauhmana istiqamahnya perjuangan anakmuda dalam melawan rasuah dan membudayakan integriti. Kepada semua, kita yakin rakyat akan bangkit menolak pemimpin rasuah yang membawa makna rasuah bukan sahaja untuk dibanteras bahkan jangan dimulai termasuk juga dengan jumlah rasuah kecil.






Tindakan berbeza-beza dalam menangani rasuah politik dalam UMNO juga wajar diberikan definisi sebenar tentang rasuah. Apakah pandangan Islam yang sebenar?Hukumnya jelas, rasuah itu haram, tetapi yang menjadi kekeliruan adalah penentuan situasi rasuah, ada yang mengatakan politik wang,ada yang mengatakan hadiah, ada yang claim sebagai sedekah.Adakah dengan ini semua untuk menghalalkan rasuah? Orang yang didapati bersalah seperti Khairy jamaluddin dalam rasuah politik juga boleh memenangi post ketua Pemuda UMNO. Apakah nilainya ini dalam Pemuda UMNO?Ketua Menteri Melaka yang sudahpun bersalah masih lagi memegang jawatan di Melaka?



Hadirkanlah saya atau pun diri saudara saudari sendiri dengan bukti jika kalian mempunyainya. Gejala rasuah perlu ditangani bersama. teriakkan menjerit untuk orang lain bertindak tidak akan menyelesaikan masalah ini melainkan yang duduk di dalam juga yang punyai bukti tampil bekerjasama.


Jangan takut dengan saman dan penjara jika kita memahami bahawa ini erti sukar dan perit untuk melawan rasuah. hadirkan diri kita bersama melawan amal mungkar ini. Ini transformasi baru generasi muda. Dan ini juga dapatan saya apabila berbicara dengankepimpinan generasi muda.


Dinding tebal ideologi semangat politik partisan harus diruntuhkan jika yang terlibat sendiri adalah dikalangan kepimpinan parti yang kita dukung. Generasi muda hany menunggu masa untuk menghukum dan menolak kepimpinan yang hanya bercakap namun tidak menunaikannya. Ini bukn persoalan siapa lebih lama atau mana yang lebih besar. Namun penyakit rasuah ini tidak boleh langsung dimulakan. Amat besar kemurkaan Allah SWT kepada insan hanya bercakap tetapi tidak menunaikannya.


Buat teman-teman anak muda dan mahasiswa terutamanya PMIUM, Gamis, ABIM, PKPIM, Belia 4B dan termasuk MBM. Jangan gusar dengan tindakan saman jika mendedahkan dan melaporkan rasuah. namun hadirlah dengan bukti yang kukuh sama ada ianya melibatkan UMNO-BN dan atau Pakatan Rakyat ataupun juga mungkin dari sektor korporat atau awam. Teruskan perjuangan dan sumbangan sdr dan sdri walaupun mungkin bukan dengan memberikan bukti dan dokumen itu kepada saya atau GERAK. Saya optimis yang kemampuan, keberanian dan keseriusan sahabat anak muda dan mahasiswa. Saya bersedia untuk berkongsi pengalaman dan strategi bagi kita bersama-sama menewaskan penidakan terhadap integriti.Ini komitmen saya atas beberapa permintaan sahabat pimpinan kampus dan anak muda diluar sana yang mahukan kita berkongsi agenda perjuangan.
Akhirnya, hak untuk melapor dan mendedahkan rasuah seperti yang telah saya & GERAK lakukan adalah merupakan hak yang telah sedia ada dalam Perlembagaan buat semua yang lain. Usah gusar tentang ruang sdra sdri juga untuk berbuat demian. Yang difokuskan adalah harus hadir dengan bukti dan dokumen agar kita tidak menganiaya insan yang tidak berdosa.

Salam hotmat dan Salam Perjuangan Buat Semua.

p/s: Buat sahabat-sahabat anak muda yang mahu membantu sebagai lawyer sukarela dan membantu dari sudut yang lain termasuk idea, kewangan bagi menhadapi saman ini dan pendekatan integriti & anti rasuah adalah amat-amat saya alu-alukan. Boleh berhubung langsung dengan saya ataupun melalui email: nazreeyunus@yahoo.com






MB Selangor saman Pengerusi Gerak



SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pengerusi sementara Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus.
Saman yang difailkan oleh peguam beliau, Sankara Nair, pada 11.30 pagi tadi, adalah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree yang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan belian aksesori serta alat ganti untuk kereta milik peribadi beliau.
Satu lagi saman ialah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree kononnya Abdul Khalid menggunakan wang kerajaan negeri Selangor bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya korban tahun lepas.
Pada 25 Feb lepas, peguam Abdul Khalid telah menuntut supaya Mohd Nazree menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu tetapi beliau enggan melakukannya.
Abdul Khalid juga memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan selain injunksi untuk menahan Mohd Nazree membuat kenyataan berbau fitnah.BERNAMA




http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=398580



SHAH ALAM, 24 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan dua saman di Mahkamah Tinggi di sini terhadap pengerusi sementara Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) Mohd Nazree Mohd Yunus.Saman yang difailkan oleh peguam beliau, Sankara Nair, pada 11.30 pagi tadi, adalah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree yang mendakwa beliau menyalahgunakan kuasa dan melakukan penyelewengan dengan menggunakan wang awam untuk membiayai kos penyelenggaraan dan belian aksesori serta alat ganti untuk kereta milik peribadi beliau.Satu lagi saman ialah berhubung kenyataan media oleh Mohd Nazree kononnya Abdul Khalid menggunakan wang kerajaan negeri Selangor bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya korban tahun lepas.Pada 25 Feb lepas, peguam Abdul Khalid telah menuntut supaya Mohd Nazree menarik balik, meminta maaf dan membayar ganti rugi terhadap dua kenyataan itu tetapi beliau enggan melakukannya.Abdul Khalid juga memohon ganti rugi pampasan, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan selain injunksi untuk menahan Mohd Nazree membuat kenyataan berbau fitnah.-- BERNAMA





3 comments:

uncle_abubakr said...

saudara,

jika anda dipihak yg benar,Bersabarlah..
setiap tindakan,haruslah difikirkan sedalam2nya sebelom diambil.krn xsemestinya niat yg baik,akan berkesudahan spt yg diharapkan..ramai diluar,yg sentiasa memerhati dan sedia mengambil peluang ats usaha atau kebaikan org lain.dan inilah realitinya.

~ua~

Anonymous said...

Salam...
Gerak disaman oleh MB Selangor kerana fitnah.
Persoalannya ada pendirian gerak mengenai penyalahgunaan & salahlaku Khir Toyo yg sedang disiasat SELCAT?

Bagaimana GERAK terlepas pandang?
Ataupun saje je buat tak nampak??

Kalau berani siarkan komen ini dan nyatakan pendirian anda.

Terima Kasih.

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam,

Saya ingin menyatakan pendirian bahawa saya dan GERAK menyokong usaha Kerajaan Selangor melalui SELCAT yang bertujuan untuk menyiasat salahguna kuasa dan rasuah yang melibatkan dana kerajaan negeri termasuk penggunaan oleh kerajaan terdahulu dan Khir Toyo.

Oleh kerana saya sendiri masih tidak menerima bukti fizikal dakwaan-dakwaan salah guna dana kerajaan negeri terdahulu beserta saksi, maka tidak ada laporan yang dapat dilakukan secara fizikal. Walaubagaimanapun, dengan bukti-bukti yang sudahpun diperoleh oleh SELCAT, saya mencadangkan agar perkara ini dilaporkan oeh SELCAT sendiri kepada SPRM termasuk SELCAT juga boleh mengambil tindakan dibawah bidang kuasa masing-masing. Gunakanlah segala bukti dan saksi yang dalam makluman SELCAT untuk mengambil tindakan. GERAK bersedia mendedahkan gejala rasuah tersebut jika SELCAT mahu bekerjasama untuk berkongsi maklumat dan dokumen terlibat.

Saya berpegang pada prinsip bahawa perjuangan menentang rasuah ini bukanlah hak eksklusif Saya dan GERAK tetapi ianya adalah hak semua. Maka tidak menjadi masalah bagi saya dan GERAK melihat ada pihak lain termasuk SELCAT juga agresif untuk mendedahkan rasuah.

Sdra perlu ada juga kesedaran, jika GERAK mendedahkan kepincangan rasuah melibatkan TSKI, maka dituduh GERAK agen kerajaan pusat, maka jika SELCAT banyak bertumpu kepada pimpinan UMNO apakah kita juga mahu menuduh SELCAT juga pula agen PKR?

Lakukanlah pendedahan termasuk laporan kpd SPRM jika mempunyai bukti fizikal dan saksi berkaitan rasuah tidak kira sama ada melibatkan BN atau PR. Dan kita pula tidak boleh mengambil sikap untuk menuduhkan mana-mana pihak yang mendedahkan rasuah agen kepada PR ataupun BN.

Jika mempunyai bukti, mana-mana pihak perlu tampil berani untuk melaporkan jenayah rasuah ini.