Friday, January 16, 2009

GERAK MALAYSIA GESA PENGUNDI PILIH CALON BERINTEGRITI


KENYATAAN MEDIA
GERAK MALAYSIA
16 JANUARI 2009




Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak Malaysia ) menggesa agar pengundi Parlimen Kuala Terengganu (P36) memilih mana-mana calon yang berintegriti di antara calon-calon yang bertanding. Pemilihan calon yang tepat oleh pengundi pada 17 Januari ini amat perlu agar pemimpin yang dilantik kelak mampu untuk membawa agenda rakyat secara telus, bertanggungjawab dan penuh integriti.

Pemilihan dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu bukan sekadar suatu proses memilih seorang wakil rakyat di Parlimen tetapi pemilihan ini adalah penting bagi meletakkan individu yang benar-benar mampu mengisi ruang perbahasan yang lebih cenderung untuk membahaskan polisi-polisi berkepentingan rakyat dan bukannya hanya bersifat agenda dan berkepentingan peribadi.

Pengundi-pengundi juga wajar menolak mana-mana calon bertanding yang menggunakan pendekatan rasuah politik. Rasuah politik tidak akan memberikan makna terhadap usaha rakyat Malaysia ke arah membentuk Good Governance.

Good Governance hanya akan lahir daripada pemilihan individu yang mempunyai nilai-nilai moraliti yang tinggi dalam membanteras rasuah politik. Rakyat mempunyai hak untuk menidakkan kemenangan calon yang tegar dengan amalan rasuah politik. Keazaman politik amat perlu dan rakyat di Kuala Terengganu juga mempunyai hak untuk meletakkan pemimpin yang lebih berani untuk menggalas cabaran membanteras rasuah politik di peringkat nasional.

Kuasa undi rakyat di P 36 akan lebih sempurna dengan dimanfaatkan bagi menentukan hanya calon yang benar-benar komited membudayakan integriti dan anti rasuah mendapat tempat di Parlimen. Kita percaya bahawa calon yang berintegriti akan membawa rakyat ke arah wawasan pembangunan yang lebih adil dan saksama tanpa mengira batasan agama dan bangsa.

Gerak Malaysia juga menggesa agar parti-parti politik menghindarkan diri daripada amalan rasuah politik yang bukan sahaja merosakkan rakyat bahkan juga merosakkan kredibiliti parti itu sendiri.

Dalam perkembangan terbaru, Gerak Malaysia juga mengecam tindakan merasuah petugas media di Media Centre Kuala Terengganu. Gerak menggesa agar SPR dan SPRM memulakan siasatan terhadap rasuah politik terhadap media. Dua tindakan segera oleh SPRM adalah menyiasat siapa yang terlibat dan apakah motif rasuah politik diberikan terhadap petugas media pula. Informasi dalam pilihanraya harus dilaporkan secara telus tanpa ada unsur-unsur untuk membeli media massa supaya hanya melaporkan isu yang berpihak kepada satu-satu parti sahaja.


MOHD NAZREE MOHD YUNUS
Pengerusi Gerak Malaysia


4 comments:

Anonymous said...

salam,

Moga GERAK akan terus maju dalam mengetengahkan segala perlakuan2 rasuah yang jijik ini.Rasuah musuh utama bangsa,agama dan negara.Tapi sejauh mana 'salakan' GERAK ini akan didengari dan diambil perhatian/tindakannya oleh pihak berwajib??

Isu di PRK KT,timbul pula sekarang sebuah party politik yang merasuah pihak media.sudah terdesak sngtkah??takut kalah bertanding??ke mmg dah xboleh blah..hahaha..dan kenapa pula media yang dikatakan 'pelapor berita demokrasi' ini tidak menulis perihal ini(ada party nk rasuah depa,suh kuarkan cerita depa shj!)??adakah 'media2 ini' juga sememangnya sudah bekerja utk mereka2 yang kaki rasuah/jijik/hina ini??hahaha...xperlulah sy nk berkias bagai; lihatlah bagaimana RTM saluran perdana mereka menayangkan segala kebaikan kerajaan Barisan Nasional.TV3 pula,sering meng'interview' calon2 bagi PRK KT ini yang mewakili kerajaan-Barisan Nasional(Abe We farid!)..dimana calon dr PAS(abd wahid)?? dimana pula calon BEBAS(maaf,xingat nama)?? adakah mereka2 ini tidak mahu berkata sesuatu dlm kempen mereka?? maksud saya menggunakan medium media siaran(tv and radio) utk menghebahkan/berkempen akan manifesto2 mereka jika mereka dipilih sbg wakil rakyat jelata di sana...?? erm,..semestinya mereka2 semua mahu tuan2,puan2,rakyat jelata sekalian.tetapi dihalang,tidak dibenarkan oleh 'media2 demokrasi' ini.sengaja tidak mahu keluarkan cerita2 bagi pihak selain daripada kerajaan Barisan Nasional!!

bkan lah hendak menyalahkan media2 ini 100%,berkemungkinan mereka juga telah diberi amaran awal ke..??hehe..tp kesalahan(bersekongkol dgn mereka2 yang tamakkan kuasa!) itu tetap ada walaupon tidak sampai 100%!!

so,bukankah ini juga salah satu ketidakadilan yang dapat dilihat secara terang2an oleh sekalian rakyat jelata Malaysia yang tidak pekak dan tidak buta?? ketidakadilan pemerintahan..kuasa..harta negara..

sy disini,memberi komentar bukanlah hendak menyokong calon mana2 parti politik.bukan PAS,Umno,MCA,MIC,KeAdilan,Bebas mahupon Akim(hanapi mamat xbertanding lak kt KT).bukan membidas 100% kerajaan Barisan Nasional.bukan barua PAS ataupon Pakatan Raykat..tetapi cuma menterjemahkan apa yang terlintas didalam kotak pikiran seorang rakyat jelata marhains peringkat bawahan..ketika sedang menulis komentar ini..

dan secara logiknya,kita dapat lihat di PRK KT ini..siapa yang benar2 jujur dalam mewakili rakyat,membantu dgn harapan kehidupan dapat dijalankan dgn penuh amanah..dan siapa pula yang hanya mahukan kuasa semata2,utk tujuan2 yang masih kabur..walaupon bau hangit nya menusuk2 lubang hidung para rakyat..

selamat mengundi buat warga KT.undilah dgn bijak,insyaAllah..

~ua~

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam,

Terima kasih atas pandangan uncle abu

Insyallah, Gerak Malaysia akan terus komited dan meneguhkan tekad untuk memberikan kesedaran berkaitan rasuah.

Perjuangan generasi hari ini adalah menentang penjajahan rasuah dan penidakkan terhadap integriti

Anonymous said...

Bro,
ko ni mesti nak kontrak dari kerajaan BN kan..so buatlah statemenet stupid and cheap...
ko ni mesti bodoh kan..ic graduate UM..bye

Anonymous said...

GERAK jadi bahan jenaka. Adakah patut tindakan pemimpin menderma lembu sempena adil adha dikatakan sebagai rasuah. Bodoh sangat la tu, jangan ingat rakyat malaysia sekarang bodoh. Dengan TV3 semua patung2 UMNO korek kuman-kuman dalam pambangkang. Sedangkan UMNO perabih duit rakyat sebesar dinosour di biarkan. Talam Dua Muka, berlakon baik tapi jahat? sedar la sikit!!