Wednesday, December 17, 2008

AUKU dipinda bukan dimansuh : Apa Kata GMMA?

Buat teman-teman (Gerakan Mahasiswa Mansuhkan AUKU) GMMA, apakah pendirian yang mahu diambil?apakah akan ada lagi desakan buat AUKU?Sanggupkah mereka berdemontrasi lagi di KPT? atau bakal mengikut jejak langkah Reformis untuk melakukan juga demontrasi bogel jika desakan GMMA untuk memansuhkan AUKU sekadar hanya disambut oleh KPT dengan pindaan?
Hakikatnya AUKU hanya dipinda, sudah pasti ada keperluan untuk GMMA meneruskan aksi massa bagi menterjemahkan maksud dan objektif kewujudan GMMA. Penglibatan dalam politik oleh mahasiswa masih lagi tidak diberikan ruang oleh pindaan AUKU (2008). Ternyata ini mengecewakan.
GMMA harus bangkit lebih agresif namun konstruktif agar dilihat lebih matang mendepani isu. Kelebihan GMMA adalah harus dimanfaatkan dalam konteks kekuatan mobilasi massa. Jika 'advantage' ini tidak dimanfaatkan, maka unjuran gerakan GMMA akan dilihat songsang menuruni graf yang sepatunya positif dalam perjuangan mahasiswa menuntut agar AUKU memberikan ruang demokrasi dan pembinaan watak negarawan yang lebih baik buat mahasiswa.
Kita memikirkan apakah penentuan sikap GMMA selepas ini? Apakah perjuangan GMMA akan diteruskan atau mereka sudah berpuas hati dengan janji gula-gula baru AUKU?

7 comments:

Anonymous said...

salam ziarah,saya berpandangan auku wajar dimansuh, pindaan auku ini juga hasil desakan GMMA untuk desak mansuh.tapi benar penulisan sdra nazree, kita tidak boleh berpuas hati dengan pindaan yang masih kongkong mahasiswa drpd terlibat dengan politik

Anonymous said...

memangbenar, mahasiswa termasuk GMMA telah desak utkmansuh,tapiKPT yang pekak takmahu dengar utkmansuh. kami mahasiswa akan tuntut hak utk berpolitik sprti yang sudah ada dalamperlembagaan.Dihrp saudara nazree sebagai mantan kepimpinan mahasiswa sudi bersama kami untuk teruskan perjuangan melawan AUKU,boleh berkongsipengalaman sebagai x pengerusi SMM

Anonymous said...

me tak suke sgtla nengok mahasiswa bdemonstrasi ganas2 conteng2 spray2rosakkan hrta bnda awam mcm kat kpt.
pastu kalo leh tang blaja pon mahasiswa kene smgt gak sama mcm dlm demnstrasi.
itu aje..tenkiu

Anonymous said...

nak kgsi pandangan.bolehje nak demo, tapi dgn cara yang tertib, hikmah,

Anonymous said...

pndekatan sdra nazree tahun 2005 dlm gerakan saya rsa boleh dijadikan panduan, beliau tlh memulakan sejarah diplomasi yang berjaya untuk pmium setelah zaman konfran yang keras oleh pmium, saya sebagai 1st year ketika itu rasa agak selesa, saya join pmium tahun 2, time 1st year memang takut nak join pmi, nampak keras.tahniah sdra nazree

Anonymous said...

teruskan uasaha sdra dalamgerak, abaikan sahaja gerakan mahasiswa, jika mereka tidak mahu lebih dinamik seperti saranan sdra.saya fikir lebh baik sdra jgn buang masa dengan mahasiswa yang dah jadi anak-anak atau kanak-kanak kampus bukan lagi MAHAsiswa kampus

Anonymous said...

en faizal,

maa leh biarkan..nanti melarat..sbb 'anak2 siswa' ini lah yang bakal menjadi generasi2 yg dipilih utk memimpin.

dan bukankah tanggungjawab kita juga utk men'tune' mana2 perkara yang sudah lari dari paksinya?? walaupon dgn tindakan yang dikira2 begituuuuu kecil.tetapi kecil juga akan menjadi hasil yang besar:) memperbetulkan yang salah tidak kira golongan,masa dan tempat...

sdr nazree,syabas dan teruskan..

~ua~