Tuesday, August 19, 2008

Gagasan Membentuk Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia

Mutakhir ini kita seringkali dimomokkan dengan polimik dan pendekatan politik perkauman yang jelas mengasak minda ummat Islam dalam menentukan haluan kita. Namun kita harus akur bahawa soal menentukan haluan perjuangan perlu berasaskan prinsip yang jelas. Perjuangan berasaskan Al-Quran dan Sunnah perlu menjadi pegangan buat yang terutamanya kepada seluruh pejuang anak muda.

Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia perlu dibina dan diisi secara optimum oleh kumpulan yang merasakan mereka punyai iltizam buat agama dan perjuangan membangunkan bangsa dan negara. Kita harus mencermati bahawa persoalan pendekatan politik harus digembleng secara bersama dengan memaknakan penglibatan aktivis-aktivis anak muda dan mahasiswa.

Perjuangan aktivis mahasiswa harus disambung dalam bentuk gerakan anak muda baru Malaysia yang mana acuannya adalah untuk melakukan islah atau reform ke arah yang makruf dan menentang kemungkaran. Kita bimbang bekas-bekas aktivis mahasiswa akan hanyut dalam gerakan masing-masing tanpa ada suatu bentuk usaha untuk membentuk solidariti secara networking antara karektor, kumpulan ataupun NGO yang mempunyai kepimpinan dan ahli yang berpotensi untuk digilap.

Seharusnya kita memikirkan soal kesatuan dalam bentuk organisasi yang pelbagai tetapi mempunyai matlamat yang difokuskan buat menjaga maslahah rakyat perlu dibina dan dikukuhkan dengan segera.

Adalah menjadi suatu bentuk kerugian buat gerakan yang mempunyai matlamat dan potensi kepimpinan yang baik, namun tidak bersatu dalam dan melebarkan sayap perkongsian nilai yang baik bersama teman-teman organisasi gerakan yang lain.

Bersambung.........

2 comments:

Mior Isfandy Mior Azizan said...

Saudara Nazree..

Saya bersetuju dengan pandangan saudara mengenai gagasan ini.

Tenaga pemuda yang ada harus digembleng untuk membentuk kepimpinan negara satu hari nanti.

Ada beberapa sektor tumpuan yang harus diisi oleh pemuda.

Saya khuatir sekiranya pemuda khususnya graduan pada hari ini boleh bercakap soal falsafah perjuangan tetapi dalam satu masa yang lain agak kekok dalam menghuraikan polisi-polisi dan isu teras negara.

Saya tidak hairan kalau golongan pemuda ini boleh mengungkap isu yang kebiasaannya digarap daripada pelbagai sumber, kerana kebanyakkannya kita hanya recycle isu-isu yang ada.

Saya amat berharap agar kita boleh bercakap sesuatu perkara yang lebih besar, boleh merungkaikan isu ekonomi negara, paling tidak pun mengenai rukun GDP dan CPI.

Gologan pemuda mesti membiasakan bercakap soal sosial dan menghuraikan soal perpaduan kaum, soal asas bumiputera, kontrak sosial dan sebagainya.

Itulah harapan saya jika kita benar-benar ingin membentuk Generasi Muda Baru Malaysia.

Salam Perjuangan!

Mior Isfandy Mior Azizan
013- 697 3646

Mohd Nazree Mohd Yunus said...

Salam,

terima kasih atas pandangan saudara Mior, bagi saya ialah yang perlu kita aturkan ialah diskusi dan perbincangan matang bagi kita mempamerkan usaha-usaha penterjemahan idelisme menjadi realiti. Adalah wajar buat kita untuk duduk bersama-sama dengan teman-teman aktivis dan mantan aktivis mahasiswa kampus buat merencana agenda yang lebih holistik dan strategis buat kita menggagaskan Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia.