Tuesday, August 19, 2008

Gagasan Membentuk Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia

Mutakhir ini kita seringkali dimomokkan dengan polimik dan pendekatan politik perkauman yang jelas mengasak minda ummat Islam dalam menentukan haluan kita. Namun kita harus akur bahawa soal menentukan haluan perjuangan perlu berasaskan prinsip yang jelas. Perjuangan berasaskan Al-Quran dan Sunnah perlu menjadi pegangan buat yang terutamanya kepada seluruh pejuang anak muda.

Gerakan Generasi Muda Baru Malaysia perlu dibina dan diisi secara optimum oleh kumpulan yang merasakan mereka punyai iltizam buat agama dan perjuangan membangunkan bangsa dan negara. Kita harus mencermati bahawa persoalan pendekatan politik harus digembleng secara bersama dengan memaknakan penglibatan aktivis-aktivis anak muda dan mahasiswa.

Perjuangan aktivis mahasiswa harus disambung dalam bentuk gerakan anak muda baru Malaysia yang mana acuannya adalah untuk melakukan islah atau reform ke arah yang makruf dan menentang kemungkaran. Kita bimbang bekas-bekas aktivis mahasiswa akan hanyut dalam gerakan masing-masing tanpa ada suatu bentuk usaha untuk membentuk solidariti secara networking antara karektor, kumpulan ataupun NGO yang mempunyai kepimpinan dan ahli yang berpotensi untuk digilap.

Seharusnya kita memikirkan soal kesatuan dalam bentuk organisasi yang pelbagai tetapi mempunyai matlamat yang difokuskan buat menjaga maslahah rakyat perlu dibina dan dikukuhkan dengan segera.

Adalah menjadi suatu bentuk kerugian buat gerakan yang mempunyai matlamat dan potensi kepimpinan yang baik, namun tidak bersatu dalam dan melebarkan sayap perkongsian nilai yang baik bersama teman-teman organisasi gerakan yang lain.

Bersambung.........