Thursday, July 31, 2008

Muzakarah: Gesa bincang isu 'Good Governance'

Azamin Amin
Thu | Jul 24, 08 | 3:54:49 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Hrkh) - Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) bersetuju dengan pendekatan Muzakarah Umno-PAS dan menggesa agar perbincangan tertumpu kepada isu pembentukan 'Good Governance' yang lebih holistik.

Pengerusi Gerak Malaysia Mohd Nazree Mohd Yunus berkata antara yang perlu dibangkit dalam isu tersebut ialah membincangkan isu rasuah politik, perpaduan sesama Melayu dan masyarakat majmuk

"Muzakarah juga harus membincangkan berkaitan Suruhanjaya Anti Rasuah Malaysia (MCAC) di samping turut memberi perhatian serius dalam isu moraliti kepimpinan negara," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Selain itu Muzakarah itu juga dicadangkan agar membincangkan mutu perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam konteks keselamatan negara, kredibiliti institusi kehakiman dan pendekatan ekonomi secara adil dalam membantu kaum Melayu dan juga kaum-kaum lain, katanya

Nazree berkata Gerak yakin dan optimis bahawa Muzakarah Umno-PAS bukan sahaja akan membawa kebaikan buat orang Melayu bahkan juga buat kaum-kaum lain di Malaysia jika ianya dibincangkan secara jujur.

"Kelompok majoriti Melayu yang memegang kuasa politiik harus jujur dan mengelakkan diri daripada terperangkap dalam rasuah politik sehingga tergadai polisi-polis berkepentingan rakyat.

"Jangan terjual disebabkan mainan material dan wang," katanya yang juga mahu usaha menangani rasuah politik menjadi agenda utama dalam usaha membentuk Good Governanace.-az _

http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=15979&Itemid=1